Khamis, Oktober 15, 2009

CUTI SEHINGGA ISNIN 19 OKT. 2009

Makluman kepada SEMUA pelajar tingkatan 1 hingga 5, cuti sekolah DILANJUTKAN sehingga ISNIN 19 OKTOBER 2009. pelajar-pelajar akan kembali semula ke maktab pada tarikh berkenaan sebelum jam 630 petang. Pemberian cuti ini dimaklumkan kepada maktab melalui fax drp BPL(M) pada petang 15 okt. 2009.Semua pelajar telah pulang bercuti pada pagi dan tengah hari tadi selepas selesai majlis Graduasi. HARAP MAKLUM.

Isnin, Oktober 05, 2009

majlis restu dan solat hajat....

alhamdulillah pada hari sabtu yang lepas telah dilangsungkan dengan jayanya majlis restu dan solat hajat bagi mendoakan keberkatan dan kejayaan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi....
sambutan para ibubapa sangat menggalakkan, beberapa maklumbalas secara aktif turut diterima pihak maktab...
namun begitu amat dikesalkan kerana hari yang mulia ini turut dicemari dengan beberapa karenah nakal para pelajar terutamanya dari tingkatan dua...semoga mereka cepat berubah kerana bak kata pepatah; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...

Jumaat, Oktober 02, 2009

UKKM

proses pengambilan nombor pin bagi tujuan permohonan menduduki ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM telahpun bermula sejak isnin, namun tidak sebagaimana yang dijangka sambutan adalah amat dingin sekali, walaupun setelah mengambil kira permohonan nombor pin di PMD Hulu Selangor...
manakala bagi permohonan yang dihantar, hanya terdapat seorang calon sahaja yang mengisi borang permohonan atas talian menggunakan kemudahan yang ada di maktab...
kita tunggu dan lihat.....

Jumaat

hari ini jumaat sudah...para pelajar telahpun bermula sesi persekolahan pad ahari isnin lepas selepas cuti berhari raya tempohari....
tidak mengendahkan pesanan sebelum bercuti, terdapat segelintir pelajar membawa mercun ke asrama dan membakarnya tanpa menghiraukan situasi pihak lain...spotcheck dilakukan dan beberapa orang pelajar tertangkap membawa mercun...
pengajarannya, buat jahat jangan sekali

Isnin, September 21, 2009

gangguan bekalan elektrik

hari terakhir sebelum bercuti hari raya(khamis) telah berlaku 'major fault' dimana bekalan elektrik terputus sama sekali bermula jam 12.30tghari sehinggalah kira-kira 7.00petang. para pelajar bernasib baik kerana telahpun pulang bercuti, tinggallah warga maktab lain menanggung derita....

Khamis, September 17, 2009

Salam Lebaran

kepada semua warga maktab dan sesiapa jua yang membaca blog ini....kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin....
semoga berjumpa lagi selepas raya nanti...

dan sebagai tambahan, ini dia hasil karya pelajar dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selasa, September 08, 2009

pautan

pautan, bukannya paultan...
bukan apa, sekadar ingin berkongsi beberapa pautan menarik...

http://hasmahmm.blogspot.com/2008/09/majlis-restu-mrsm-kkb.html
http://iejahazliza.blogspot.com/2008_11_01_archive.html
http://mrsmstudents.ning.com/
http://surayaanuar.blogspot.com/2007/12/interview-with-mrsm-kkb-juniors-coffee.html

Selasa, September 01, 2009

pagi yang dingin

kepanasan malam tadi rupanya membawa kepada hujan yang lebat pada pagi ini setelah beberapa hari kuala kubu bharu berpanas.....hampir pasti ramai yang akan mendapat selesema...kepada semua warga pastikan anda menjaga kebersihan dari semua aspek demi kesihatan...

Isnin, Ogos 31, 2009

kembali.....

hari ini semua pelajar kembali ke maktab...senario yang sama, kelihatan ada yang keberatan meniggalkan anak-anak, begitu juga ada anak-anak yang keberatan ditinggalkan. namun ada juga yang gembira tak terkata berjumpa kembali dengan rakan-rakan seperjuangan...
walau apapun, diharapkan para pelajar sempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini dapat menjaga sahsiah dan tatasusila masing-masing serta saling nasihat menasihati antara satu sama lain....
SELAMAT KEMBALI DIUCAPKAN
dan SELAMAT HARI MERDEKA KE-52 untuk semua

Sabtu, Ogos 29, 2009

salam ramadhan

rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam ramadhan kepada semua pembaca muslim khasnya...semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sudah dan mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan ramadhan yang akan datang...
seminggu bercuti dan para pelajar berpeluang berpuasa bersama keluarga masing-masing. pelajar tingkatan lima khabarnya akan pulang awal sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, selamat maju jaya untuk anda semua dan semoga pengorbanan ini berhasil untuk anda....amin...

Selasa, Julai 28, 2009

JAMBORI PANDU PUTERI MRSM SEMALAYSIA

LAPORAN JAMBORI PANDU PUTERI MRSM SEMALAYSIA
KALI KEENAM, 2009

Pasukan:Pandu Puteri Renjer/Pandu Puteri Remaja Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu,Selangor
Zon:Barat
Tarikh:22 – 25 Julai 2009
Tempat:Putra Beach Camp, MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu
Jumlah Pelajar:24 orang
Pemimpin:1. Nurzafirah Nasoha (Pandu Puteri Remaja)
2. Nurul Alyaa Ahmad (Pandu Puteri Renjer)

Keputusan Pertandingan :(belum dapat disenaraikan)

Tarikh : 22 Julai 2009
Masa bertolak : 2.00 pagi
Tiba di Kota Putra : 2 ptg

Bertolak balik : 25 Julai 2009
Masa : 12 tgh
Tiba di KKB :

Pesta Kerjaya dan Pendidikan IPT 2009

kembali lagi...kali ini lebih meriah dan lebih hebat!!!

AKTIVITI:ceramah kerjaya, pameran dari agensi : IPTA, IPTS, NGO dan badan berkanun,jualan buku-buku terbitan SASBADI, Karangkraf dan lain-lain, serta pemeriksaan kesihatan PERCUMA.

penganjur utama : SASBADI Sdn Bhd
rakan penganjur : MRSM Kuala Kubu Bharu
tempat : MRSM Kuala Kubu Bharu
tarikh : 31 Julai hingga 1 Ogos 2009
masa : 8.30 pagi - 5.00 ptg

Terbuka kepada SEMUA..!!!Hadirlah beramai-ramai..!!!
penyelaras program : kaunselor 2 : Nursarmila
ex-officio : Nurhaniza Mokhtar (kaunselor 1)

(haha-mcm promo SureHeboh)

Isnin, Julai 27, 2009

hari ko-q

pada hari sabtu lepas telahpun diadakan sambutan hari ko-q bagi tahun ini, bersempena dengan hari sekolah gantian....jika ada sesiapa/mana-mana pihak sudi untuk menyumbangkan sebarang artikel untuk program ini bolehleh berhubung secara langsung dengan saya di psp - Muhaimi-

Bas Baru

sukacita dimaklumkan maktab telahpun menerima sebuah bas serba baru....insya Allah gambar akan menyusul kemudian...

Isnin, Julai 06, 2009

Kenduri Doa Selamat Rumah Pn Suzi - 4th July, 2009

Puan Suzianti telahpun mengadakan kenduri doa selamat sempena memasuki rumah baru beliau di Rawang. Majlis berkenaan telah dihadiri warga maktab termasuk Pn Siti Fatimah serta Pn Siti Hajar....
Terdapat album Facebook ihsan Kak Ja Kaunselor, terima kasih diucapkan...

Sabtu, Julai 04, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Akademik

bagi menghargai para pelajar yang telah mencapai kecemerlangan di kalangan yang cemerlang, telah diadakan satu majlis penganugerahan sebagaimana tradisi setiap tahun. majlis berjalan dengan lancar, turut mendapat pujian adalah pengacara majlis yang begitu mantap dan mendapat pujian langsung dari naib yang dipertua muafakat cawangan mrsm kkb, syabas. En Mohd Radzuan selaku naib yang dipertua muafakat telah mewakili yang dipertua muafakat untuk merasmikan majlis yang mulia ini.tidak ketinggalan puteri beliau, NUR NAZIFA SYUHADA BINTI MOHD RADZUAN turut dianugerahkan ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI bagi kategori TINGKATAN 3. tahniah dan syabas diucapkan....

Ahad, Jun 14, 2009

Nadwah Islamiah 2009

Pada tahun ini MRSM KKB menjadi tuan rumah untuk program Nadwah Islamiah MRSM Peringkat Kebangsaan pada 15 hingga 17 Jun 2009. Sebelum ini program ini diadakan di MRSM Pontian. Segala perancangan, persiapan dan persediaan diadakan semenjak hampir empat bulan lepas dan sentuhan-sentuhan terakhir masih giat dijalankan sehingga hari ini...
Semoga program berkenaan akan diberkati dan mendapat sambutan serta berjalan lancar dengan jayanya hingga ke majlis perasmian dan penutup pada 17 Jun nanti.

Sukan MARA Kali Ke VI 2009

Sebagaimana tradisinya, pada tahun ini diadakan Temasya Sukan MARA, yang diadakan setiap tiga tahun sekali.
Kali ini Johor menjadi tuan rumah dengan temasya ini berlangsung di nun jauh pedalaman bandar Penawar huhuuuuu....tidak kurang bersemangat warga MRSM KKB, terdiri daripada para guru dan kakitangan yang mewakili Selangor. Mereka adalah...

1. Najib (pengurus petanque)
2. Azli (pengurus futsal wanita - phewwieett)
3. Suhaimi (pengurus memanah)
4. Rohaimi, Azhar, Khairol, Pozi - memanah
5. Hj Nizar, Fitri, Shah - petanque
6. Dayana, Zeezee, Haizun, Eiyta, Sahani - futsal wanita
7. Husin, Zainin - bola penampar
8. Wadi, Awien - bola sepak
9. Hasbullah - badminton

Isnin, Mei 04, 2009

jamuan desa....






seperti yang dijanjikan dna dijadualkan...siri jamuan desa kembali ke rumah Pn Siti Fatimah. menu kali ini cukup hebat iaitu nasi minyak disertai dengan kurma kambing...tidak ketinggalan seperti biasa menu buah-buahan tempatan serta buah-buahan import dan cukup istimewa, kerabu sotong....
kelihatan pn siti serta baba begitu bersemangat melayan para tetamu....
Alhamdulillah.....

Sabtu, April 18, 2009

Science Fair n' Hari Bumi

bertemakan warna hijau, science fair dan hari bumi diadakan serentak. sebilangan pelajar mengambil peluang menyertai kuiz falak....cuba teka siapa paling hijau ? hijaunya...

Fire Drill...

sebagaimana yang telah direncanakan, 'fire drill' telah diadakan pada tengahmalam tadi. ketiadaan siren tidak menghalang ujian diadakan namun 'kebocoran' informasi menjadikan keadaan di asrama pelajar lelaki sedikit 'huru-hara'.
masa yang diambil untuk 'evacuate' asrama lelaki memang tidak memuaskan. ramai yang berlenggang kangkung dan berbual2 sepanjang berjalan kaki ke padang...akibatnya, ramai 'rentungs'.....cikgu azdi berjaya menyelamatkan diri, mangsanya seorang pelajar yang tidur mati....kesian mereka...

Ahad, April 12, 2009

Minggu Bahasa Zon Barat 2009

Bertempat di MRSM Kuala Lipis.Berlangsung selama 3 hari 2 malam.MRSM KKB tak ketinggalan menghantar wakilnya seramai 33 orang.Kontijen KKB diiringi oleh Cg. Nizar, Ms. Aniza, Ms Alyaa dan Ms. Sandra.Kami bertolak mengikut jalan lama ke Raub.Memang memeningkan dengan jalan yang bengkang-bengkok dan agak lama.Dua kali tido bangun balik pun x abis-abis lagi.Kami sampai pd 1.30 ptg dan disambut mesra oleh BWP sana.MRSM Lipis berbeza dengan KKB kerana jarak antara bangunan dengan bangunan lain agak rapat berbanding dengan KKB yang jaraknya jauh antara satu sama lain.Pelbagai pertandingan telah berlangsung sepanjang tiga hari, antaranya ialah Public Speaking, Forum Remaja, Dramafest, Syair, Sajak, Story Telling, Pidato dan banyak lagi.Pada petang hari kedua, cg nizar telah bwa kami berjalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lipis dan sempatlah kami berjalan-jalan ke pasar malam di Bandar Lipis.Satu yang uniknya ialah batu di tepi jalan yang bernombor 0 menandakan kiraan bermula di situ.Majlis penutup pada hari ketiga telah berjalan dengan lancarnya walaupun agak mengantuk.MRSM Serting sepertinya telah menjuarai banyak pertandingan diikuti dengan MRSM KoKi.MRSM KKB telah menjuarai Public Speaking(Open) oleh Salman Ayassy(Presiden BWP), Public Speaking(Lower Form) oleh Saranyah,Syair oleh Syazwan, Pidato Menengah Atas(Kedua) oleh Hisham, Story Telling(Kedua) oleh Daniel. Kami bertolak pulang pada jam 3.30. Kali ini kami ikut lebuh raya..aman sikit..x de nk pening2 kepala..Dalam perjalanan, kami singgah McD di Genting Sempah.Banyak student diambil oleh parents kat sini.Kami teruskan perjalanan kami melalui jalan ke Genting Highlands seterusnya tembus ke Batang Kali.Kami sampai di maktab dalam pukul 8 malam dan asrama gelap gelita kerana pelajar pulang bermalam....Secara tak rasminya dengar2 MRSM KKB dapat no 3 utk minggu bahasa kali ni.....

the transition....

untuk makluman, syarikat yang menguruskan bekalan makanan bermasak di dewan selera telahpun ditamatkan perkhidmatannya semalam dan digantikan dengan pengusaha lain berikutan perkhidmatan yang kurang memuaskan...
saat-saat kritikal peralihan semalam berlangsung hampir tanpa sebarang masalah. adalah diharapkan mutu bekalan makanan untuk para pelajar boleh mencapai tahap terbaik selepas ini...

Jumaat, April 10, 2009

pot luck majlis perpisahan pn suriah dan pn ermalawati

pada 30 mac yang lepas telah diadakan satu majlis ringkas meraikan pn suriah dan pn ermalawati yang bakal berangkat ke HQ. turut tidak ketinggalan para warga yang menyambut hari ulangtahun juga diraikan bersama....
kepada pn suriah dan pn ermalawati, selamat maju jaya diucapkan

update on the journey to gua tempurung...

click here

Khamis, April 09, 2009

BUSTED!!!

memandangkan aduan yang diterima semakin menjadi-jadi, satu siri spotcheck telah diadakan di asrama pelajar lelaki. hah! bermacam-macam dijumpai...paling banyak adalah seluar jeans, handset, rokok.....warden-warden kepenatan tapi sasaran tercapai. kepada para pelajar yang 'terkena' tu, lain kali ingatlah...peraturan tetap peraturan, wajib dipatuhi dan jika dah buat salah tu, terimalah hukumannya.....

Sabtu, April 04, 2009

Angkasawan Pulang ke Gagang II

Segala persiapan adhoc bagi menyambut kehadiran angkasawan pertama negara, datuk dr sheikh muszaphar shukor sheikh mustapha yang hanya bermula selasa lalu, akhirnya berjaya juga disempurnakan. walaupun majlis hanya bermula pada jam 11.00 pagi, para pelajar dan guru beserta beberapa kakitangan telah membuat persiapan seawal jam 8.00 pagi. manakala para pelajar menunggu di dewan sejak jam 9.00 pagi.
beliau tiba pada jam 11.00 pagi dan diiringi oleh beberapa timbalan-timbalan pengetua mrsm dan wakil ANSARA. sejurus selesai ucapan pengetua, beliau telah mengambil tempat di bahagian bawah pentas dan bercerita mengenai pengalamannya bermula dari impiannnya semasa kecil, zaman persekolahan, proses pemilihan untuk program angkasawan, latihan, semasa di angkasa dan sehingga pulang ke bumi setelah 10 hari berada di ISS.
para pelajar juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan dan kesempatan ini diambil sepenuhnya walaupun terdapat pelajar yang kecewa kerana jumlah pelajar dihadkan. keseluruhan sesi mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit dan sebelum mengakhiri sesi ceramah, beliau telah menasihati para pelajar supaya menyimpan cita-cita walaupun dianggap mustahil oleh orang lain, berusaha bersungguh-sungguh dan menghormati guru...
sesudah itu acara bergambar bersama-sama guru-guru turut diadakan dan seperti mana sewaktu masuk, para pelajar juga berebut-rebut bersalaman sewaktu beliau berjalan keluar meninggalkan dewan untuk sesi autograf di bilik seminar.
hanya kira-kira 10 minit di bilik seminar, beliau terus meninggalkan majlis dan pulang menyebabkan sesi fotografi bersama pelajar terpaksa dibatalkan. majlis berakhir pada jam 12.45 tengah hari iaitu dua jam 15 minit lebih awal daripada jadual asal...
bagaimanapun, diharap segala pengalaman dan perjalanan menggapai impiannya akan terus menjadi motivasi dan inspirasi kepada kita semua terutama pelajar. peganglah segala nasihat dan pesanannya yang baik kerana kita tidak boleh memandang atau menilai peribadi kepada orang yang memberi nasihat. fikirkan dan ambillah yang positif kerana sesungguhnya manusia itu serba kekurangan walau sehebat mana pun dia dipandang oleh manusia lain.

Jumaat, April 03, 2009

Angkasawan Pulang ke Gagang

MRSMKKB akan menerima kehadiran Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pada Sabtu, 4 April 2009 ini sempena pogram Angkasawan Pulang ke Gagang. Majlis akan berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di dewan Al-Ghazali. Lima buah maktab berhampiran dan tidak ketinggalan tiga buah sekolah terdekat turut dijemput dan akan menghantar wakil pelajar untuk turut sama mendengar pengalaman dan bersua muka dengan beliau. Datuk Dr SMS dijadualkan memberikan ucapan berkenaan pengalaman beliau sepanjang program angkasawan berjalan dan semasa tinggal di ISS. moga kehadiran beliau akan menyuntik semangat baru kepada semua pelajar dan mereka yang hadir kelak.

Sabtu, Mac 28, 2009

EARTH HOUR 2009

blok A/B

sekitar maktab

nampak gigi je...

goreng fries bertemankan cahaya lilin...

cahaya lilin semata-mata

blok F/K
Warga maktab turut tidak ketinggalan dalam menjayakan kempen Earth Hour - fight global warming. bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam semua lampu di blok asrama, blok akademik, surau dan dewan selera (kecuali dapur) telah dipadamkan untuk satu jam. terima kasih kepada semua kerana memberikan sokongan dalam menjayakan kempen ini. malahan ahli PUM sanggup menggunakan lilin dalam kiosk mereka sambil menggoreng fries.jangan hangus sudahlah. demi Earth Hour!. kafe juga turut memberikan sokongan. pemerhatian di sekitar kawasan maktab mendapati keadaan seperti biasa : terang benderang! bagaimanapun KBS/PLKN turut bergelap sebahagiannya (mungkin juga mereka memang tiada di bilik)tetapi suasana di pekan kkb tidak diketahui. kepada yang seronok sangat masa bergelap tu : kalau ada buat 'benda lain' ingat satu je : ALLAH dan malaikatNya tetap nampak walaupun cikgu/warden tak nampak...!terima kasih sekali lagi kerana sikap sporting masing-masing. sumbangan sekecil ini akan menjadi besar dan bermakna jika ada kerjasama semua...bravo!

Mesyuarat Agung Koperasi kali ke 5....

semalam, 27 mac 2009 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Koperasi kali ke 5 yang diadakan di Dewan Besar Al-Ghazali. para pelajar dikehendaki berkumpul di dewan pada pukul 3 petang. tapi jenuh menunggu, mesyuarat hanya dimulakan pada pukul 4 petang. tertidur2 dibuatnya budak-budak tu menunggu. akhirnya, mesyuarat itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Hussin bin Ghazali selaku pengerusi koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu. kemudian mesyuarat diteruskan dengan cadangan untuk mempengerusikan majlis. pelbagai gelagat dapat dilihat ketika para pelajar memberi cadangan. al maklumlah mereka ni mana pernah datang mesyuarat formal macam ni. tetapi apa pun, mesyuarat telah dijalankan dengan jayanya walaupun ramai pelajar lena dibuai mimpi ditambah pula hujan lebat. mesyuarat ini dihentikan seketika apabila wakil suruhanjaya koperasi malaysia(SKM) datang merasmikan mesyuarat walaupun sepatutnya majlis tersebut dirasmikan sejak awal lagi. akhirnya majlis tersebut bersurai pada pukul 6 petang.

Ahad, Mac 22, 2009

gua tempurung...the journey....

blogger tak ikut sama xpdc nie.....but it looks interesting, should give it a try next time ;p

photos courtesy of mr suhaimi
and if there are anybody else want to share their bits, i'll appreciate it much and credit will be given :)

Jumaat, Mac 13, 2009

cuti lagi....

cuti pertengahan semester telah pun bermula dan para pelajar telah berangkat pulang hari ini. kali ini mereka hanya dibenarkan balik pada jam 2.30 petang, selepas sembahyang jumaat termasuk yang pulang dijemput keluarga masing-masing.

bagaimanapun terdapat beberapa orang pelajar tingkatan 3 dan 5 yang mengikuti PROTEM (program terus maju). ini adalah program tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru khusus untuk pelajar yang berada dalam kedudukan 30 kebawah (gpa). terdapat juga pelajar yang mengikuti program secara sukarela. tuisyen ini akan berlangsung sehingga isnin. nampaknya hari selasa baru boleh balik ke rumah..tak mengapalah..berkorban masa seronok tu sekejap demi masa depan...

Rabu, Mac 11, 2009

lawatan dari SMK Syed Mashor

pada hari ini maktab menerima sejumlah tetamu dari SMK Syed Mashor yang mana merupakan sebahagian daripada PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MRSM KKB: SEHARI BERSAMA PELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)SEK MEN SYED MASHOR BATANG KALI

OBJEkTIF
Memberi khidmat masyarakat kepada sekolah berhampiran dengan MRSM Kuala Kubu Bharu

Membuka laluan hubungan kerjasama di antara MRSM KKB dan SMKSM

Memberi motivasi dan rangsangan kepada pelajar KRK yang akan menduduki PMR nanti

Sepintas Kata Secebis Bicara Yg. Bhg. Pn. Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu
Assalamualaikum w.b.t,
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, Program Khidmat Masyarakat MRSM KKB: Sehari Bersama Pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) bagi tahun 2009 dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Program ini terutamanya barisan pendidik, kakitangan dan pelajar-pelajar PRS.
Saya berharap pelajar dapat memanfaatkan pengalaman yang ditimba kerana penglibatan pelajar secara tidak langsung telah mengasuh pelajar untuk menguasai kemahiran-kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan. Semoga pelajar-pelajar cemerlang dari aspek akademik, tinggi akhlaknya, menguasai ilmu dan kemahiran, berketerampilan dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pn. Siti Fatimah bt Hassan

hujan....

"hujan yang turunnn...bagaikan airmata....", bagai kata allahyarham Sudirman
hari ini hujan turun dengan lebat sekali bermula kira-kira jam 3.00 petang.
kemungkinan akan ramai mendapat selesema memandangkan cuaca di maktab adalah agak panas dan kering sebelum ini

Ahad, Mac 08, 2009

tayangan.....

malam tadi telah diadakan satu program tayangan filem, dianjurkan oleh homeroom cik najmen.
tajuk filem adalah Taken lakonan Liam Neeson dan lain-lain....boleh tahan filemnya, tapi terpaksa hantar pelajar ke hospital dan tak berkesempatan menonton bersama-sama....
tayangan tamat hampir jam 11.30 malam setelah dimulakan lewat, hampir jam 9.40 malam....
tahniah kepada homeroom kerana menjayakan tayangan dengan lancar sekali, melainkan permohonan yang dihantar terlalu lewat sebenarnya....
SYABBASSSS!!!!

Sabtu, Mac 07, 2009

majlis pelancaran kecemerlangan SPM dan PMR...

pada hari khamis, 5 mac 2009 yang lepas telah diadakan satu majlis gilang gemilang bagi melancarkan dan merasmikan program kecemerlangan SPM dan PMR 2009.
program ini dirasmikan oleh wakil jemputan khas dari BPL(M), Tn Hj Arshad yang merupakan Timbalan Pengarah Pembangunan Kurikulum...
majlis diserikan dengan paluan kompang serta alunan gamelan Gemalai Sari yang merupakan tradisi turun temurun di MRSM KKB yang gemilang, cemerlang dan terbilang ini...
gambar sepanjang majlis boleh dilihat disini....

uptime!!!

ok, finally....after dedicatedly 'struggling' in the server room for a few hours on this weird saturday morning...the connection is coming back up again!
but the RM24k tipping point firewall is not really in its peak since the configuration is missing here and there, so prepare for the worst within three weeks to come!
aiseh speaking pulaks...saja je melepaskan perasaan pagi sabtu...

downtime....

makluman, talian internet dalam maktab mengalami gangguan serius, berpunca daripada kerosakan firewall, yang mana kerosakan berkenaan pula berpunca daripada gangguan bekalan elektrik(masih misteri) yang berlaku di Bilik Server sebanyak dua kali, iaitu pada hari ahad dan isnin, semuanya pada waktu lewat malam/awal pagi...

jadi sebarang komunikasi menggunakan internet adalah sangat-sangat terbatas sehingga firewall berkenaan dapat dipulihkan...

sebarang kesulitan, amatlah dikesali..

Isnin, Mac 02, 2009

kebersihan asrama....

ronda asrama pagi nie...bila sampai jer di asrama, ketua warden dah ada...
atas permintaan ketua warden, pemeriksaan dilakukan kepada bilik pelajar2 tingkatan lima di tingkat atas....
hasilnya - MENARIK! bilik2 pelajar tingkatan lima umumnya amat bersih, malah ada yang berbau harum....tinggal lagi ada banyak yang menyidai tuala di dalam bilik serta meletakkan kasut di atas tembok koridor...buruk mata memandang, akhirnya item2 berkenaan(yang tidak dibenarkan) melayang terbang ke tanah....apart from that, GOOD JOB form 5 students...bilik you all mmg bersih, rasa nak jer bagi peluang pelajar2 puteri melawat ;p

KEM KEPIMPINAN 2009

Kem Kepimpinan khusus untuk BWP, LDP dan beberapa orang ahli Badar (Badan Dakwah dan Kerohanian) telah diadakan di Kamar Aishah Resort, Ulu Tamu, Batang Kali pada 27 & 28 hingga 1 Mac 2009.
seramai 42 orang pelajar menyertai kem yang antara lain bertujuan untuk memantap dan memperkasakan badan perwakilan pelajar yang banyak membantu urusan maktab. peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 5. kursus ini lebih banyak memberi pendedahan dan maklumat berkaitan kepimpinan seperti mengendali/membuat minit mesyuarat, kertas kerja, pengucapan awam, protokol, komunikasi asertif dan Budaya MRSM. penceramah terdiri daripada timbalan-timbalan pengetua akademik dan kokurikulum, guru-guru cemerlang dan ketua jabatan. walaupun masa yang singkat dan maklumat yang disampaikan terhad, ia sedikit sebanyak dapat membentuk ciri-ciri pemimpin seperti yang diperlukan antaranya: berkaliber, bertangungjawab, dedikasi, berpengetahuan dan amanah.
hujan lebat yang turun hampir setiap hari menyebabkan paras air sungai meningkat dan agak keruh. acara meredah sungai seperti yang dilakukan dalam kem2 terdahulu tidak dapat dijalankan kali ini. bagaimanapun, mereka dibawa berjalan oleh komandan kem, cikgu nasir sehingga ke kolam air panas di ulu tamu sambil setiap kumpulan membawa plastik sampah untuk mengutip sampah-sampah bukan organik yang terdapat di sepanjang perjalanan. setibanya di kolam air panas, mereka diberi peluang merasai tahap kepanasan air di situ.
sebelah malamnya pula..acara tradisi-BBQ. orang kuat tentunya kak ja kaunselor...semua bahan beliau yang sediakan. kalau dia tak ada, tak ada la BBQ...tukang jaga api pulak en zainin dan cik adlin (ambik tempat ayah...hehe). TPHEK, en 'pak' hussin bermurah hati menaja udang dan kerang. Bagaimanapun, kerang hanya dikhususkan kepada ajk sahaja bagi mengelakkan terjadi masalah yang tidak diingini. malam tu masing2 kekenyangan makan ikan siakap, udang, sosej, potato salad, ditambah nasi goreng cina, bihun, air sirap bandung....
ucapan ringkas tetapi bermakna daripada puan pengetua menutup secara rasmi majlis berkenaan pada keesokan hari. dalam ucapannya bonda pengetua mengingatkan para peserta supaya memegang tanggungjawab yang diamanahkan dengan amanah dan dedikasi . beliau juga turut menegur segelintir pemimpin pelajar yang hanya bangga memakai pakaian rasmi BWP/LDP tetapi tidak bersungguh dalam menjalankan tugas.
turut sama dalam majlis ini ialah TPHEP Tn. Hj. Abd. Ghani Yahya, TPHEK En. 'Pak' Hussin Ghazalli, penyelaras kem Pn Disdi Munah Mad Saman, komanden kem En Mohd Nasir Mohd Faroji dan barisan ajk yang terdiri daripada guru dan kakitangan.
majlis diakhiri dengan makan tengah hari dan usai acara makan dan solat zuhur, acara mengemas pun bermula. Peserta bertolak balik ke maktab pada kira-kira jam 3.00 petang.
minggu depan, di tempat dan masa yang sama akan berlangsung pula kem jati diri tingkatan 3 dan 5.

Ahad, Mac 01, 2009

mesej dari doha

baru sahaja mendapat emel dari ustaz azharuddin.....nampaknya beliau baru sahaja menerima mesej dari doha, dan buat yang masih mengingati, terutamanya anak2 didik ustazah aishah....saksikan...

kembali ke asrama...

dua malam tanpa 'bintang', heh...dua malam bermalam dengan keluarga, para pelajar harus kembali ke asrama selewat-lewatnya jam 6 petang hari ini. diharapkan semua pelajar dapat kembali dengan selamat, semangat dan tekad - ingin menjadi lebih baik, lebih cemerlang, lebih bersih dan bersahsiah.
kami di maktab sentiasa menantikan kehadiran anda, dengan hati dan terbuka...disinilah kami, selamanya...selagi ada mrsm kkb....

Jumaat, Februari 27, 2009

pulang bermalam...

yaaa...pada hari ini para pelajar dibenarkan pulang bermalam....dan kembali ke asrama pada hari ahad nanti....
tentulah ini hari yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar tingkatan satu dan empat yang baru, yang belum pernah merasai 'kedamaian' tinggal di asrama...
terbukti...semasa pemeriksaan(terukkkk...memang terukkk) asrama pagi tadi, kebanyakan bilik pelajar-pelajar baru ni dah tersedia dengan beg-beg besar....macam nak pergi haji keadaannya....
sebut pemeriksaan asrama....keadaan asrama secara keseluruhannya OK....sekadar OK, tidak cemerlang, tidak 'oustanding'....OK tu pun dianugerahkan setelah mengambil kira terlalu banyak faktor...
1. bekas-bekas dan bungkusan-bungkusan makanan bersepah di sana sini - khidmat kontraktor dewan selera yang teruk menyebabkan para pelajar mendapatkan makanan berbungkus sebagai alternatif, sehinggakan tong sampah sekitar asrama tidak dapat menampung bahan buangan ini....yg penghuni asrama nie pulak...bukannya pakat2 nak kutip dan buang dalam tong sammpah pun...tengokkk jer...ingat magik ke bende tu boleh gerak sendiri ?
2. toilet kotttoorrr sangat - tapi ini hanya di tingkat bawah. kotor berpunca dari tapak kaki pelajar yang sebelumnya memijak tanah, membawa kotoran ke dalam asrama dan seterusnya ke dalam tandas...toilet tingkat atas kelihatan lebih baik, dan ada kesan abu rokok.....hhhmmmm...taraguna punya budak2
3. rasa tanggungjawab yang rendah - para pelajar tidak peka dengan keadaan di sekeliling mereka. contoh utama sampah, mereka tiada keinginan, bahkan tak ambil tahu pun jika ada sampah di depan mata mereka....satu lagi contoh adalah seterika di bilik utiliti. seorang pelajar boleh meninggalkan seterika tanpa ditutup di bilik utiliti. walaupun seterika berkenaan bukan miliknya dan dia tidak menggunakan seterika berkenaa, sepatutnya hendaklah seterika tu dimatikan. bahaya sangat jika ia dibiarkan, macam-macam boleh terjadi - kebakaran dan kemalangan...dan lain-lain lagi....

Jumaat, Februari 20, 2009

program pengurusan jenazah(minggu aktiviti)

telah juga diadakan program latihan pengurusan jenazah bagi menyediakan pelajar dengan hakikat kehidupan....program ini merupakan sebahagian daripada program-program minggu aktiviti....
terima kasih ustaz azharuddin atas gambar-gambar yang disumbangkan disini...
*'mayat'nya senyuuumm ajeeeee

minggu orientasi

apa2 sajalah aktiviti budak2 nie......
lihatlah disini...atau disini....

hari pendaftaran

isnin, minggu lepas telah mendaftar para pelajar baru tingkatan satu dan empat, serta pelajar-pelajar tingkatan empat yang berjaya kembali ke MRSM...tahniah diucapkan!
pendaftaran berjalan lancar sekali, beberapa komen diterima namun kami percaya kami telah memberikan yang terbaik untuk semua.....sebarang komen dan kritikan membina amatlah dialu-alukan...
dan disini dikongsikan beberapa gambar senario hari pendaftaran...
warga di maktab boleh melihat gambar-gambar berkenaan disini....

Sabtu, Februari 14, 2009

potluck warga februari 2009

potluck kelab warga dimulakan selepas selesai mesyuarat pengurusan, kira-kira jam 11 pagi. cikgu nizar selaku presiden yang juga guru cemerlang telah membuat pengumuman 'mewajibkan' semua penerima hadiah/cenderamata agar hadir. ya lah, kalau cenderamata tu tak sampai ke tangan tuannya, susah juga...
menu utama hari ini adalah nasi kerabu...semua kelihatan begitu berselera sekali. tak ketinggalan adalah rojak buah, makaroni bakar fevret maktab. air minuman yang lambat tiba telah menyebabkan din penserra serta roslan hampir tercekik, tapi akhirnya air minuman tiba tepat pada masanya menyelamatkan keadaan.
pendek kata, potluck hari ini begitu meriah, dengan kehadiran istimewa saipulmizan serta cikgu hanida sekeluarga(dah berempat sekarang)...
syabas kelab warga

Isnin, Februari 09, 2009

bubur lambuk....

sempena hari thaipusam.....(bukan...! bukan ..sempena hari thaipusam tapi mengambil kesempatan cuti thaipusam, kelab warga menganjurkan 'rewang' memasak bubur lambuk/bubur asyura. )
seperti biasa semua bergotong royong dari pagi lagi. bermula dengan menyediakan dapur dan bahan-bahan untuk dimasak. paling menarik adalah gelagat shah, najib dan ustaz azharuddin 'mengerjakan' serai.....huru hara dibuatnya sehingga patah pisau, serai tak ke mana....
tuan haji ghani telah me'register'kan dirinya seawal pagi. manakala puan siti hajar sekeluarga tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis kahwin/menyambut menantu keluarga terdekat. puan siti fatimah pula menghadirkan diri kira-kira jam 10.30 pagi dan memberikan sokongan moral yang hebat terutamanya untuk para guru/warga yang baru...

album boleh dilihat disini

Isnin, Februari 02, 2009

cerekarama malam selasa

bila bab kena gi hospital malam-malam ni memang lemah tapi nak buat camne.dah namanya warden.kena pulak minggu bertugas...agak hangat hati kalau tengah-tengah malam.adoi...tapi dah sakit kena la hantar. apa-apa hal kang jenuh menjawab. pernah sekali tu hantar pelajar patah tangan..tengah-tengah malam.pesakit taklah ramai tapi disebabkan menunggu juru x ray datang (on call)...ada la 3 jam melangut kat hospital.dari jam 11.00 sampai 2.00 pagi! rasa nak letak jawatan la la tu jugak.

bulan puasa lepas pulak, berbuka dalam bilik kecemasan dengan air sejuk..tu pun mujur tercapai botol air masa kalut-kalut nak pergi. kalu tidak buka dengan air liur la jawabnya..sedangkan masa tu sepatutnya ada undangan berbuka...

tapi malam ni agak menarik juga suasana di hospital kkb. biasanya cuma tengok orang sakit, tapi malam ni dapat pulak tengok 'cerekarama'. julung-julung kali pernah disaksikan secara live..adegan 'amuk' dan meninggikan suara yang mengejutkan pesakit dalam wad...antara seorang ibu dengan anak kerana ibunya menyerang kawannya (girlfriend la kot).puncanya....(punca sebenar tak diketahui dengan jelas) tapi si ibu menyalahkan budak perempuan tu sebab (ajak?) anaknya keluar......dan accident la pulak.tak lah teruk mana. dengarnya (tak tengok)macam budak lelaki tu tak ada lesen dan si ibu ni tak mau budak perempuan tadi buat laporan polis. macam tu la lebih kurangnya.

sedih bila tengok anak tinggikan suara pada mak dan berbalas-balas depan orang ramai dan budak perempuan tadi diserang oleh si ibu bersama dua lagi (makcik-makcik dia kot) di depan hospital sebelum dibawa 'lari' ke tempat letak kereta.... kesian tak ada siapa bela budak tu..adegan seterusnya tak dapat dilihat sebab tersorok tapi masih boleh dengar suara bertingkah (cam nyanyi la pulak). bagaimana sudahnya tak tahu la tapi budak lelaki tadi hantar kawannya balik walaupun mulanya dia tak nak. ala..macam dalam drama tu (tak kisahlah drama melayu ke, hindustan ke, korea ke atau mandarin ke..)ada je adegan lari, kejar, pujuk (tapi dalam hal ni budak lelaki tadi tengking suruh naik motor tu). iye la sanggup ke dia nak jalan kaki balik rumah malam-malam ni?

tak tau la salah siapa. para 'penonton' yang memerhati dan mendengar ni (walaupun macam buat-buat tak nak peduli) dah tentu ada kesimpulan masing-masing. si ibu tadi pun tak sewajarnya menyalahkan budak perempuan tu sorang. marah-marah depan public , malu la budak-budak tu. tapi hati seorang ibu...waullahua'lam.

dan servis malam ni agak cepat.dalam 1 setengah jam dah siap. waktu melalui unit forensik (rumah mayat la..), ada banyak orang kat situ...kes apa pulak? bunuh ke accident? hish! mujur tak park kereta depan rumah mayat tu macam selalu aku buat...

Jumaat, Januari 30, 2009

TAHNIAH!!!

berkalung-kalung tahniah dan berjuta-juta kesyukuran diucapkan kepada pak hussin dan tn hj nizar yang dinaikkan pangkat ke jawatan timbalan pengetua (kokurikulum) dan Guru Cemerlang. bersyukur kerana kedua-duanya kekal di kkb.tn hj nizar tidak perlu pindah ke transkrian bagi menjawat jawatan tp kokurikulum seperti yang ditawarkan sebelumnya. beliau telah memilih tawaran kedua iaitu sebagai guru cemerlang, maka tidak perlulah kemana-mana..kalau tidak...kkb akan hilang lagi orang kuatnya. tarikh kuatkuasa ialah pada 2 februari 2009.

maka, akan datanglah lagi seorang guru baru pjk menggantikan pak hussin untuk digandingkan bersama cikgu nasir (khabarnya perempuan juga). kelibat pak hussin akan sentiasa kelihatan di bilik barunya yang kini masih 'under renovation'. tak perlulah lagi ke padang dan berseluar trek. imej barunya nanti akan diumum dan dipaparkan kemudian.tunggu...!!! (hari isnin ni)

gelaran bagi timbalan pengetua kokurikulum yang baru ialah tuan hussin atau encik hussin atau 'encik pak hussin....'

muka-muka baru di kkb...

mrsm kkb telah menerima kehadiran guru-guru baru yang bertukar dari beberapa mrsm lain. ini bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh hampir sepuluh orang guru yang bercuti, berpindah dan berhenti dari perkhidmatan tahun lalu. pada awal tahun tujuh orang guru baru (pindah) telah melaporkan diri untuk bertugas termasuk timbalan pengetua hal ehwal pelajar yang baru iaitu tn hj abd ghani bin yahya yang berpindah dari mrsm pontian, menggantikan ust mustaffa daharun yg bertukar ke batu pahat. turut bersamanya ialah pn disdi munah bt. mad saman (bahasa melayu). guru-guru lain ialah pn. ithnaini bt muhamed kamil(fizik-cg mohd ali) dari kuala terengganu, pn suzieana deraman (sejarah-cg suriani) dari pasir salak, pn nik samhanin mohd ghazali (pend islam-ustz siti aishah) dari mersing, pn nor tutiani abd wahid (biologi - cg asmah) dari gemencheh dan pn atikah kabol (kimia-cg hairul anuar) dari kuala klawang.

bagaimanpun, pada 28 januari lalu, kkb menerima tujuh orang guru baru lagi! memang baru...freshie!nama? tak tahu lagi, maaf lah ye..tak kenal pun lagi. ramai sangat...enam perempuan dan seorang sahaja lelaki. haa...hanya seorang sangat dikenali iaitu nurul najmen taha (kimia) yang pernah menjadi guru sambilan untuk matematik dan kimia menggantikan cg sahani dan farizah. difahamkan, hanya seorang guru bahasa inggeris menggantikan miss marlina. tidak ada pengganti lagi utk cg azmi (matematik) dan yang lain-lain tu tak menggantikan sesiapa pun...jadi, beruntunglah bagi beberapa subjek yang ada guru yang ramai...akan datang nanti ialah guru pjk baru dan matematik, yang rasa-rasanya BARU juga...

Rabu, Januari 28, 2009

lawatan dari brunei dan YATIM

pada 21 januari lepas, maktab telah menerima dua lawatan serentak. satu daripadanya adalah dari Brunei Darussalam, sampai tepat pada masa yang dijanjikan iaitu jam 8.00 pagi, diikuti oleh wakil dari YATIM(Yayasan Anak-anak Yatim) kira-kira setengah jam kemudian. semua tetamu dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum diberi taklimat ringkas program-program yang dijalankan di maktab.

Selasa, Januari 27, 2009

bengkel RPH v6

dengan adanya kaedah berkomputer merekodkan Rancangan Pengajaran Harian v6, satu bengkel ringkas telah diadakan di Makmal ICT pada hari Khamis yang lepas, jam 3.00 petang. walaupun begitu kehadiran adalah kurang menggalakkan, mungkin disebabkan kebanyakan guru perlu menghadiri aktiviti badan beruniform yang diadakan pada masa yang sama....

kemaskini gambar-gambar keputusan PMR 2008

beberapa daripada gambar-gambar berkenaan telahpun dimuatnaik ke blog dalam bentuk persembahan 'slide' dan boleh dilihat dengan klik disini
juga boleh didapati di album picasa
turut boleh didapati di simpanan foto-foto maktab(bagi yang mempunyai akses sahaja)

selamat kembali....

cuti hari raya cina sudahpun habis....dan esok sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa. seawal jam 10.30 pagi kelihatan sudah ada penjaga menghantar pelajar ke maktab, sebuah X5 dengan no plat dari Pahang. mungkin perlu balik awal atau ada urusan lain, maka datang lebih awal....
sekarang kira-kira jam 4.50 petang, kedengaran dari dalam rumah nie kenderaan-kenderaan lalu lalang, menandakan sibuknya kawasan asrama dengan para ibubapa/penjaga dan para pelajar yang kembali dari asrama...
esok kita kan berjumpa lagiii.....

Sabtu, Januari 24, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Para pelajar dibenarkan pulang bercuti mulai semalam bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Kebenaran diberikan kepada para pelajar dari kaum Cina untuk bercuti lebih panjang dari pelajar lain.
Kelihatan deretan kereta sudahpun berada di depan pintu pagar maktab pada jam 11.45 pagi, dan para ibubapa dibenarkan mulai masuk pada jam 12.30 tengahari bagi mengelakkan gangguan kepada proses/aktiviti pembelajaran di maktab...
Sebahagian pelajar lain pulang menggunakan pengangkutan awam, termasuklah komuter, bas, dan sebagainya. Ada juga yang baru pulang pada hari ini, dengan beberapa buah kenderaan milik ibubapa kelihatan memasuki perkarangan maktab.
SELAMAT TAHUN BARU CINA diucapkan kepada semua warga maktab....

Khamis, Januari 15, 2009

munajat perdana - selamatkan palestin!

apakah tindakan kita sebagai saudara islam dan sebagai manusia?

mrsm kkb akan menganjurkan program munajat palestin pada 16 januari 2009 (jumaat) bertempat di dataran letak kereta mrsmkkb bermula jam 8.45 - 10.45 mlm. program ini akan disertai oleh guru, kakitangan dan pelajar.

antara program yang akan diadakan ialah :

solat isya' berjemaah
solat hajat
tayangan filem : "GAZA : Under The Siege"
penyerahan sumbangan kepada tabung gaza

selain itu, program isaniah yang dikhususkan kepada pelajar tingkatan empat turut memasukkan slot "anti-zionis/save palestine". antara aktiviti yang dijalankan ialah melukis poster, sepanduk menyatakan sokongan kepada palestine, boikot barangan AS-(pemilik /penyokong yahudi), mengenali dan melukis peta israel dan palestine, dan tayangan filem "Umar Mukhtar - Lion of the Desert" iaitu kisah seorang pejuang libya yang menentang penjajah itali pada perang dunia pertama.

program munajat perdana adalah kemuncak kepada program dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar sejak israel menyerang Gaza. selain ceramah mengenai palestin, sejarah zionis/israel, solat hajat diadakan selepas sembahyang isya' dan *doa qunut nazilah pula dibaca setiap kali sembahyang subuh. ini akan dilakukan sehinggalah israel berhenti membunuh rakyat palestin.dalam pada itu, kakitangan dan guru turut membuat kutipan derma untuk dilsalurkan ke tabung gaza. para pelajar juga turut digalakkan menderma dan kutipan daripada pelajar akan dibuat pada malam tersebut.

inilah jihad kecil yang mampu kita lakukan selain bekerjasama memboikot barangan/produk dari Amerika Syarikat yang dimiliki oleh yahudi atau penyokongnya. inilah kemampuan kita.

selamatkan palestin, hancurkan israel!

* qunut nazilah ialah bacaan doa tertentu yang dibaca selepas doa qunut dalam sembahyang subuh berjemaah. ia bertujuan untuk memohon bantuan Allah supaya melindungi orang Islam dan mencabut kezaliman yang dilakukan oleh orang kafir. sejarahnya bermula pada zaman Rasulullah apabila berlaku kematian 60 orang penghafaz Al-Quran yang dibunuh. Rasulullah telah meminta para sahabat membaca qunut nazilah ini selama sebulan.
(terima kasih ustaz azharuddin)

siapa yahudi? siapa islam? lawati dan baca :http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
(terima kasih wan hasifi amin atas kiriman anda)

hangin satu maktab

ok, jangan terbawa-bawa dengan tajuk di atas... musim angin kencang melanda kembali...
sebenarnya sekarang ni adalah musim berangin seperti kebiasaannya (antara januari hingga mac), cuma kali ini musim berangin adalah musim berangin yang kuat...sangat kuat, mungkin paling kuat sejak maktab dibuka.... angin kuat dan kering (tiada hujan) juga melanda seluruh hulu selangor yang berbukit-bukau tetapi bagi kkb (kirikananbukit) teutama mrsm kesannya amat dirasakan keranan kedudukannya betul-betul di kaki bukit. malah ia adalah ancaman bagi mereka yang mempunyai berat badan kurang 40kg.. macam nak terbang rasenyeee..dan setiap kali angin bertiup terpaksa cari tiang untuk berpaut! hehehe...macam lawak tetapi itulah kenyataannya. kejadian bumbung terbang dan tingkap pecah adalah antara kesan luar biasa kali ini.
musim berangin yang sebelum-sebelumnya tidak melarat sehingga ke waktu malam, tidak seperti kali ini....24 jam! dan bunyinya (amat) menyeramkan terutama bila terjaga tengah malam dan terdengar geseran daun serta pokok buluh (yang banyak di sekitar maktab) menerbitkan bunyi siulan yang kadang-kala juga mengasyikkan. sekarang nie jam hampir dua pagi, dan angin sesekali menerpa sangat kuat.
kebetulan pula pembinaan bangunan IKBN di sebelah sedang giat dilaksanakan, maka debu pasir dan tanah berterbangan setiap kali angin menerpa...menjadikan setiap genap inci kawasan maktab(melainkan kawasan-kawasan yang betul-betul bertutup) berdebu, berpasir.
kepada warga maktab keseluruhannya khasnya para pelajar, pastikan keselamatan anda. AWAS DENGAN PINTU DAN LAIN-LAIN OBJEK YANG DITOLAK ANGIN....kemalangan dan kecederaan mungkin berlaku jika anda tak berhati-hati...jadiii...awas kamu ya!

Ahad, Januari 11, 2009

kursus pengurusan tekanan (stress) dan menangani disiplin pelajar

hmmm...bila keluar arahan kena hadiri kursus ni, ramai guru yang gembira dan teruja terutama dengan tajuk yang pertama tapi tajuk kedua jadikan stress balik!huhuhu...!

kursus berjalan selama 1 1/2 hari pada 9-10hb januari di bilik tayangan.

hari pertama :

sarapan pagi itu nasi lemak dan air teh dan teh o. oleh kerana free, makanya sarapan pagi tu ala-ala makan tengahari lagaknya..heheh

sesi bermula pada jam 8.30 pagi dengan dimulakan oleh en. khairul anuar, seorang bekas pensyarah di UIA (anak muridnya ada sorang kat sini). selain didedahkan dengan punca dan akibat stress, peserta juga diajar kaedah mengawal dan mengurangkan stress yang rupanya mudah saja dan ada tu dah lama tau tapi tak amalkan....isshh! "banyak sangat kerja! tak tau nak buat yang mana dulu..." ha...! tu ayat biasa dengar dan itu tanda stress la jugak.

pukul 1030 berhenti rehat dan peserta ke bilik seminar untuk minum pagi. tapi...alamak! nasik lagi???yaa...'minum pagi' itu adalah nasi goreng dan telur goreng bersama air teh o dan teh yang manis leting! oleh kerana masih rasa kenyang, ada yang cuma minum air je tapi dengan muka berkerut-kerut. kuih pulak sampai lambat sikit dan manis jugak! adoiii..! boleh kena kencing manis camni. bab pedas boleh la tahan lagi tapi manis ni tak tahan wooo.rasa sampai ke otak!

sesi kedua disambung semula dengan ujian psikometrik. ada sorang tu tak jawab...awas kamu yaa! selepas selesai menjawab dan mengira markah masing-masing, peserta dijelaskan dengan maksud bagi empat kategori kumpulan itu iaitu kumpulan 1, 2, 3 dan 4. kumpulan 4 tak ada orang, tapi kumpulan 3 paling ramai diikuti kumpulan 1 dan 2. kumpulan 2 cuma ada 3 orang, itu pun sorang tu pakai masuk jek! manakala kumpulan 3 mempunyai ahli paling ramai. saya? sebenarnya ada satu lagi kumpulan yang tak dikategorikan iaitu kumpulan 'dua alam'...sebab 'score' kami sama untuk keempat-empat kategori soalan. ada le dua orang kot! kumpulan ni kiranya jenis mana-mana pun boleyyy. sebab tak cukup korum kami masuk je mana-mana kumpulan yang disukai. selepas tu setiap kumpulan kena buat tugasan sikit. huh! kecohnya cam budak2 student gak! tapi seronok la.

sesi ditangguhkan untuk memberi laluan kaum lelaki sembahyang jumaat dan sebelum tu kena la makan dulu. waaah! makan nasi ayam kita. makan pun laju je dan siap tambah lagi.cam tak cukup je..?sebab ramai yang makan bertambah! sedap gak penangan nasi ayam kak yah ni. kali ni air orennya yang rasanya ok la sebab campur ais. sesi petang disambung semula pada 2.45 petang.

sesi petang disambung semula dan keadaan lebih meriah dan agak huru-hara dengan satu game yang nampak macam mudah tapi ramai tak boleh buat sebab kurang tumpuan dan asyik geeelak je. selepas menjelaskan rasional sebalik game tersebut, en. khairul mengajar peserta cara mengurangkan stress fizikal dan menariknya, beliau turut menyelitkan kaedah ini cara islamik. contohnya jika selama ini kita biasa dengar mengunyah chewing gum sebagai salah satu cara senaman muka sekaligus menangani stress, bacaan fatihah yang betul -dengan gerakan mulut(tanpa taranum)boleh dijadikan amalan alternatif. selain dapat relax, dapat juga pahala, apatah lagi jika dibaca berulang kali sambil berniat menyedekahkannya kepada yang telah tiada...insyaAllah. bukan setakat itu peserta juga menari chicken dance, dan esok dijanjikan dengan tarian poco-poco.waa..best!

hari pertama berakhir pada jam 5.00 petang dan masing-masing sekali lagi menuju ke bilik seminar menikmati minum petang. kali ini kuih popia dan.... apa lagi satu ek? airnya nescafe manis lagi. banyak sungguh stok gula dia agaknya.hehe

hari kedua :

pagi sabtu sebelum pukul 8 masing-masing dah sampai. oleh kerana penceramah pun tak sampai lagi, maka kafe la tempat dituju untuk sarapan percuma lagi. pagi ni cuma sandwich dan teh o/teh panas manis lagi. ada tu order roti canai sebab cam tak kenyang je. sarapan lebih ringan sebagai persediaan untuk menari poco-poco. kalau kenyang sangat nanti pancit. sedang sedap menikmati roti canai yang dikongsi, pn siti hajar 'menyergah' kami beberapa kali supaya cepat kerana instructor telah menunggu dan sambil itu juga beliau mencapai sandwich dan air....
tarian poco-poco ni memang biasa dengar dan kalau sesiapa terlibat dengan pandu puteri terutamanya ini adalah tarian rasmi persatuan dan popular dalam kalangan ahli lama sebelum tarian ini popular dalam kalangan masyarakat kini sebagai tarian senamrobik. ia ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan atau disebut juga sebagai line dancing. tarian ini akan nampak cantik dan kemas jika ditarikan dengan langkah yang sama dalam beberapa barisan. apatah lagi jika ia ditarikan oleh mereka yang berpakaian seragam. maka tidak hairanlah anggota perkhidmatan awam yang beruniform seperti tentera dan polis antara yang mahir dengan tarian ini.

sebagai info tambahan , tarian ini adalah gabungan dua jenis tarian tradisional berasal dari dua suku kaum di papua dan ambon. pada mulanya ia tidak bernama dan ia mula popular apabila ditarikan oleh anggota TNI (tentera nasional indonesia) yang bertugas di sana. tarian ini kemudian digabungkan dan diberi nama poco-poco yang bermaksud 'gadis yang badannya berisi dan lincah'. jadi kepada yang badannya (agak) berisi tu patut rasa bangga sebab nampak cantik bila menarikan tarian tersebut macam cikgu...eerrr tak apa lah.hehehe. kalau tak percaya tengok liriknya di bawah. tapi itu pun kalau dapat dia punya step la.yang slim-slim ni tak berapa sangat la nampaknya. tarian ini ditarikan oleh semua peringkat umur dan masyarakat. ia juga telah tersebar ke peringkat anatarabangsa dan menjadi line dancing yang popular dari timur.

Lirik Lagu Poco-Poco :

Balenggang pata-pata (jalannya berlenggang)
Ngana pe goyang pica-pica (goyangan badanmu...lincah)
Ngana pe bodi poco-poco (tubuhmu yang berisi dan lincah)
Cuma ngana yang kita cinta (hanya kamu yang ku cinta)
Cuma ngana yang kita sayang (hanya kamu yang ku sayang)
Cuma ngana suka biking pusing (hanya kamu suka buat aku pening)
Ngana bilang Kita na sayang
Rasa hati ini malayang
Jau… uh… ci ya … ci ya
Biar kita ngana pe bayang
Biar na biking layang-layang
Cuma ngana yang kita sayang

(rangkap ni tak dapat la pulak tapi boleh diagak maksudnya)

berbalik kepada sesi tarian ni, dua orang instructor dari atm mengajar kami langkah demi langkah. macam belajar kawad pun ada sebab sebut check!heheh.masa mula-mula menari lintang-pukang! keluar line tak usah kira lah! berterabur! tapi makin lama makin syok dan step 1 dan 2 mudah dihafal walaupun sorang dua tu agak lambat. syabas kepada cikgu norazian dan cikgu rohani, diorang tak keluar langsung dan ikut sampai habis walaupun menurut cikgu rohani sampai ke sudah dia tak dapat step-step tu. semua guru cukup sporting dan ikut menari termasuklah yang lelaki seperti pak hussin,cikgu nasir, ustaz2, cikgu azdi, cikgu zaidi dan cikgu fitri. cikgu nizar tak sempat menyudahkan tarian kerana ada hal katanya. hanya sekumpulan 'ibu mengandung' sahaja yang cuma memerhati. tapi ada sorang tu tinggal tunggu hari tapi melihat keadaannya macam menggelitik nak join sekali.

barisan paling depan (yang mahir) adalah 'gadis-gadis berisi dan lincah' seperti cikgu faiz, cikgu rafidah, cikgu sahani, cikgu ermalawa dan tidak ketinggalan pn siti hajar yang sekali pandang macam menari hip-hop...laju gile!err sori kak hajar...dalam kumpulan tu juga dapat diperhatikan dan diamati terdapat beberapa orang guru yang kelihatannya biasa masuk disko dan menari ronggeng! macam mana nak tahu? mudah je. kata cikgu nizar : yang menari pakai kasut tumit tajam dan tinggi tu lah yang biasa masuk disko antaranya ialah puan suriah dan cikgu ermalawa, manakala penari ronggeng ramai juga, salah sorangnya ialah cikgu isni sebab menari tanpa kasut..hehehe....jangan mara aa..?kami hanya sempat belajar hingga step 3 kerana masa yang tidak mengizinkan dan difahamkan ada lebih 20 step! perrgghh! sejam tanpa henti memang menyeronokkan dan badan mula rasa panas. tak apa kita akan praktikkan lagi selepas ini. itu azam masing-masing. jangan terkejut kalau selepas ni ada poco-poco dalam bilik guru sebab nak hilangkan stress! tak habis lagi kat situ sebab ramai yang semangatnya masih berkobar-kobar sibuk membeli cd lagu tersebut (1 jam non stop!) semangat beb! ada hati nak buat kat rumah la tu...

habis menari kami terus ke bilik tayangan untuk sesi seterusnya. kali ini kami disajikan dengan tayangan slaid yang menarik dan ceramah mengenai disiplin dari Brig Jen (B) Dato’ Hj. Abd Rani bin Ismail, probos marsyal TDM. pesara dari 'camp bridge' .. ;) ini seorang perundingcara dan sedang mengusahakan beberapa syarikat yang terlibat dengan keselamatan. cara penyampaian dan isi topik yang diberikan amat menarik dan masa setengah jam yang diberikan memang tidak mencukupi. tidak puas rasanya kerana banyak lagi pengalaman dan ilmu beliau tidak sempat dicurahkan.

Moderator seterusnya ialah puan Dayang Ku Intan Tunku Hamid, bagi generasi 80an macam kebanyakan kami, (errr...saya terkecuali) nama ini memang cukup dikenali . bekas penyanyi (masih menyanyi tetapi tidak seaktif dulu) yang popular sekitar penghujung 80an. lagu beliau "kita Insan Biasa" duet bersama jay jay adalah antara lagu popular ketika itu hingga kini (siaran retro). beliau kini mengusahakan sebuah rumah perlindungan untuk remaja bermasalah. mendengar suaranya bercakap pun sedap apatah lagi bila menyanyi...:) beliau berkongsi pengalaman mengenai anak-anak ini yang terlibat dengan gejala sosial seawal usia sembilan tahun. jika selama ini hanya membaca atau mendengarnya dari media sudah cukup menakutkan, rupa-rupanya di luar sana lebih dahsyat dan masih ada lagi gejala besar yang sedang melanda anak-anak remaja kini.

encik razman (suami pn dayang) mengakhiri sesi kursus dengan kisah gangsterisme yang sedang melanda dan mengancam anak-anak kita sekarang! takutnya!

upacara penyampaian sijil oleh en khairul anuar dan cenderamata kenang-kenangan untuk setiap moderator disampaikan oleh puan siti hajar yang mewakili puan pengetua. harapan kami agar mereka dapat hadir lagi ada berkongsi cerita, pengalaman dan mencari jalan untuk cuba menangani masalah disiplin yang sering berlaku di mrsmkkb.

majlis berakhir pada jam 12.00 tegahari awal sejam daripada dijadualkan atas permintaan moderator. makan tengahari kami disajikan dengan dua menu! lontong dan nasi beriani. ini kerana kami tidak berhenti untuk minum pagi disebabkan anjakan masa tadi. walaupun nampak banyak tapi habis! ramai yang makan dua2 sekali dan siap tapau lagi terutama yang dah hilang 1kg sebab poco-poco pagi tadi. terpaksa la habiskan buat apa membazirkan? sedang-sedang makan, terpandang la dua orang ini yang cukup dikenali. miss marlina dan cikgu hairul (kata en khairul anuar - qada dan qadar seorang guru ialah sekali menjadi guru, selamanya menjadi guru.maka gelaran cikgu tu tak akan hilang walaupun tidak terlibat dengan dunia pendidikan lagi). rindukan kkb ke?itu la siapa suruh pindah...?hehe

diharapkan selepas kursus ini guru-guru telah bersedia dan tahu cara menanganinya sama ada stress atau disiplin. banyak kaedah yang diberi dan patut diamalkan oleh guru kkb yang sentiasa stress bermula awal tahun hingga peperiksaan berakhir! bak kata cikgu azmi kepahitan menjadi seorang guru dirasai sepanjang tahun tapi kemanisannya hanya seketika (selepas keputusan peperiksaan diumumkan). itu kata cikgu azmi. kursus ini sangat baik dan boleh diadakan lagi setiap tahun dan boleh ada poco-poco lagi..;)

1st outing day....2009

semalam hari sabtu, yang juga merupakan hari outing pertama 2009....
giliran pelajar lelaki....
tak pasti siapa warden bertugas, ketua warden meminta en muhaimi bertugas tapi beliau ada kelas wajib hadir jadi terpaksa minta pelepasan...
masa kat rawang, jam 3.30 petang kelihatan masih ada beberapa kumpulan pelajar sedang berjalan kaki di sekitar pekan rawang, takpasti sama ada mereka sempat balik sebelum jam 5.00 petang...tapi mereka masih berpakaian outing lengkap dan mengikut peraturan, baguslah...kelihatannya seperti para pelajar tingkatan 3, tapi tak pasti sangat...
bila balik ke maktab, dah lebih kurang 5.15petang, masa dalam perjalanan tu ada sebuah kereta proton wira, penuh dengan pelajar lelaki....pemandunya perempuan, mungkin ibu salah seorang pelajar...baguslah....ini yang kita mahukan...senang hati melihat...tiada resah guru-guru di maktab....
*adalah dimaklumkan mesy. warden lepas telah memutuskan mana-mana pelajar lelaki yang memakai t-shirt/baju lain di dalam baju batik outing, baju berkenaan akan dirampas serta-merta. ini adalah untuk mengelakkan para pelajar menukar baju semasa berada di luar maktab....harap maklum semua pelajar lelaki

Khamis, Januari 08, 2009

tahun baru, selera baru

sempena kedatangan tahun baru, warga maktab juga telah disajikan dengan menu-menu baru dan harga baru dari tauke kafe baru yang memulakan operasi mulai 4 januari lepas.

guru dan kakitangan hanya dapat menikmatinya pada 5 januari memandangkan pada hari sebelumnya semua guru dan kakitangan yang terlibat dengan pendaftaran tidak berpeluang langsung menjejakkan kaki ke sana. makan tengah hari pun pukul 3 petang. bagi kakitangan pejabat yang menguruskan kutipan yuran, mereka hanya dapat menjamah makanan pada pukul 5 petang!

pada hari kedua kafe dibuka,disebabkan teruja, maka pada pagi hari isnin itu kami beramai-ramai menuju ke kafe tersebut yang telah lama tidak dikunjungi. (hari-hari sebelumnya sarapan dan makan tengah hari kami di sek memandu samy, mai selalu, gerai soto disebelah bsn dan kedai-kedai makan sekitar kkb...)

masing-masing tidak sabar untuk menikmati pelbagai menu yang selama ini hanya dapat dinikmati di gerai luar. dalam pada masa yang sama juga kelihatan masing-masing bajet semasa mengambil makanan. dan rupanya pagi itu semua dapat makan free sebab ada seorang dermawan yang menaja kesemua sarapan yang diambil oleh guru dan kakitangan.ishh...disebabkan ramai tak tau maka masing-masing cuma ambil menu biasa dan terhad..hehehe

tengahari itu barulah tajaan berakhir dan berbondong-bondong ke kafe termasuk saya sendiri pilih lauk-lauk biasa dan dijangka agak murah berbanding yang lain (makan catu - jaga badan)tapi bila tiba di kaunter bayaran, kebanyakannya bertanya dua-tiga kali pada cashier sebab tak percaya dengan harga yang perlu dibayar. murah beb! murah gile!...ayam masak lemak, tempe 2 keping baru 2.50...! dan sorang cikgu fizik tu kata hari ini dalam sejarah sebab makan tengahari cuma rm4 sahaja! dengan segala lauk-pauk dalam pinggannya!itu juga termasuk air.

setiap kali sarapan juga meja penuh dan makan nasi impit kuah kacang, kuey tiaw goreng, hati seketul dan air milo tarik = rm2.50..dan ada yang kena singgit je...!kuih sebiji 30 sen.

moga bertambah murah lah rezeki tuan punya kafe baru ini walaupun harganya murah. ada tu rasa tak sampai hati nak bayar dengan harga yang diletak :) walaupun masih ada beberapa kekurangan, secara keseluruhan warga maktab berpuas hati kerana tak perlu keluar maktab untuk sarapan pagi lagi...

doa perpisahan

Sempena perpindahan cikgu azmi dan ust roslan, pihak maktab telah mengadakan satu majlis ringkas bagi.....(apa ayat yg sesuai?bukan merai kerana kami tidak gembira dengan perpindahan tersebut) tetapi mungkin sebagai tanda kenang-kenangan daripada warga guru dan kakitangan. majlis bermula selepas sesi persekolahan turut diserikan dengan kehadiran bekas guru sains/biologi mrsmkkb yg kini bertugas di ibu pejabat iaitu cikgu rosli. beliau kebetulan berada di maktab untuk urusan tugas. kehadiran beliau seolah-olah bagai menjemput cikgu azmi yang akan bertugas di tempat yang sama walaupun berlainan aras di ibu pejabat nanti.


majlis yang dipengerusikan oleh tn hj nizar didahului dengan bacaan fatihah dan doa untuk saudara kita di Palestin. selepas ucapan ringkas puan pengetua, mic pun diberikan kepada ust roslan yang akan berpindah ke mrsm kuantan. beliau yg dikenali dengan kepetahannnya berbicara mengungkap bait-bait ayat dengan tenang dan agak perlahan. mrsmkkb merupakan tempat kedua ustaz bertugas selepas mrsm muadzam shah dan mrsm kuantan mengembalikannya semula ke negeri pahang dan mendekatkannya dengan kampung halamannya di kelantan. bermakna juga pada suzons akan datang kkb bakal tidak menghantar (?)pasukan bola sepak/futsal disebabkan salah seorang pemain sayapnya telah terbang...dan juga disebabkan guru/staf lelaki yang semakin berkurangan...lagi kkb kehilangan seorang 'sub inspektor'..


sebelum cikgu azmi memberikan ucapan terakhirnya, kebanyakan kami yang mengenalinya menjangkakan akan ada air mata yang gugur dan boleh juga menyebabkan bilik seminar banjir dek air mata rakan-rakan lain yang sedih kerana kehilangan seorang rakan guru yang amat berdedikasi. bagaimanapun jangkaan itu jauh meleset...nampaknya beliau dapat mengawal perasaannya dan telah redha dengan perpindahan tersebut. dalam pada itu sempat juga buat lawak. beliau adalah salah seorang perintis maktab ini dan pada awalnya disangka sebagai ustaz. pemergiannya tentulah amat dirasai apatah lagi beliau salah satu tunjang program kecemerlangan. menurutnya segala ilmu dan pengalamannya akan dikongsi bersama semua mrsm sesuai dengan tugas barunya di bahagian pembangunan sumber (bps) berbanding tugasnya kini yang hanya menumpu kepada kkb.dan demi menunjukkan betapa kasihnya kepada kkb, beliau telah berjanji untuk hadir dan menabur ilmunya dalam setiap kem kecemerlangan yang akan diadakan. pemergiannya bermakna tidak akan kedengaran lagi gelak ketawa beliau yang memecah 'ketenangan' bilik guru, seorang lagi warden lelaki pergi dan banyak lagi la...ucapan beliau ringkas tetapi bermakna dan menyentuh hati sebahagian besar kami yang telah lama mengenalinya. tidak cukup ruangan dan masa untuk dinyatakan di sini betapa besar sumbangan dan peranan kedua-duanya kepada kkb. harapan kami semoga budaya dan cara kerja kkb akan terus dikekalkan di tempat baru.


acara seterusnya diserikan dengan penyampaian hadiah daripada setiap jabatan, kelab warga, muafakat dan unit. pantun minang empat kerat daripada tn hj nizar (maklum la baru balik dari Padang) menutup majlis perpisahan ini yang berbunyi (sila baca dalam dialek minang):


Adaik bosabung jo monang kalahnyo,

Adaik bokampuang jo gogak gempita,

Alau bokabung seakian lamo,

Indakkan baulang suko nan duko.



Adaik bokampung jo gogak gempita,

Adaik bakawan jo ado lawannya,

Simpanlah kanangan biar daito,

Semuga hubungan balamo satio.


maksudnya :


Adat bersabung menang kalahnya,

Adat berkampung gegak gempita,

Walau bersedih sekian lama,

Tidak berulang suka dan duka.



Adat berkampung gegak gempita,

Adat berkawan pasti ada lawan,

Simpan kenangan biarpun sedih,

Semoga hubungan terus setia.



kedua-duanya akan memulakan tugas di tempat baru pada Isnin, 12 Januari 2009. selamat bertugas dan moga kkb tetap di hati...


seperti biasa majlis diakhiri dengan acara makan-makan..dan menu kali ini ialah nasi ayam kak yah.

Rabu, Januari 07, 2009

1st day.....PSP

hari pertama pelajar dibenarkan masuk ke PSP, semalam ada guru meggunakan ruang PSP menyebabkan PSP ditutup untuk para pelajar buat sementara waktu...
BISINGGGGGNNYYYYEEEEEEE......hampir dua bulan cuti tak abis-abis lagi borak korang ye ? tension nak kerje mcm nie...dah lah keje minimbun......huaarrggghhh!!!! terpaksa lah layan alizee, jayjay+dayangku intan dengan george michael...haduhhh...sib baik PC dah ok...

gangguan Internet

jam 00.29 firewall maktab melaporkan port 4 link down, bermaksud tiada sambungan broadband/streamyx mulai masa yang dinyatakan...
ok, redirect semua request ke leased line tapi sudah pasti sangat lah slow dan prioriti sudah tentulah untuk pentadbiran maktab, harap maklum dan terima kasih atas penerimaan semua...
talian broadband/streamyx akan dipulihkan secepat mungkin....

Selasa, Januari 06, 2009

pendaftaran tingkatan 4

hari ini merupakan hari kedua persekolahan, walaupun kebanyakan kelas belum bermula. pendaftaran para pelajar 'pra' tingkatan 4 berjalan dengan lancar. paling menarik pada hari ini adalah kehadiran sebuah SsangYongg Rexton silver dengan cermin hitam legap sepenuhnya bernombor ZZ xx.....dasyattttt....
pendaftaran tingkatan 4 juga dicemari dengan tertangkapnya seorang pelajar(yang baru mendaftar) menghisap rokok di asrama.....

Isnin, Januari 05, 2009

hari pertama 2009

hari ini 5 januari 2009, merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2009.

kelihatan semua warga maktab begitu sibuk dan terkejar-kejar ke sana sini. masing-masing pastinya ada sesuatu untuk dibereskan, untuk diuruskan. para pelajar dan guru terutamanya kelihatan begitu ceria. banyak wajah-wajah baru kelihatan pada hari ini......

esok para pelajar tingkatan 3 2008 akan mendaftarkan diri untuk persediaan tingkatan 4 2009. kaedahnya agak berbeza pada tahun ini kerana semua pelajar tingkatan 3 2008 akan mengikuti program yang disediakan. hanya apabila keputusan PMR 2008 dikeluarkan, barulah 'tapisan' akan diadakan. ini adalah bagi mengelakkan pelajar keciciran akibat "terlalu lama bercuti" dan bagi memastikan masa yang ada dimanfaatkan dengan lebih bermakna....

kelihatan berhampiran dengan Pejabat Pentadbiran, beberapa orang pekerja binaan sedang sibuk menyiapkan bilik untuk kegunaaan TP Ko-Q.

para pelajar pula mulai sibuk dengan jadual orientasi yang sememangnya padat sebagaimana yang dijangka.....

Ahad, Januari 04, 2009

hari pendaftaran sesi 2009

tidak sepertimana kebiasaan, kali ini pendaftaran diadakan pada hari ahad, iaitu hari ini, 4 januari 2009. ini tentunya banyak memudahkan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka kerana kebanyakannya bercuti pada hari ahad.

para guru dan kakitangan yang terlibat telah mengorbankan masa cuti dan rehat bersama keluarga bagi membolehkan segala urusan pendaftaran pelajar berjalan lancar. asrama telah disediakan dengan sebaik mungkin, walaupun masih ada beberapa bahagian yang tentunya boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa. kali ini sistem merit/mata mungkin dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kerosakan peralatan serta kemudahan di asrama, terutamanya asrama pelajar lelaki.

sepertimana yang dinyatakan cikgu zaiton dalam blognya, pedaftaran bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 6.00 petang. mana-mana pelajar yang datang lewat dikehendaki mendaftarkan diri di pejabat pada keesokan harinya.

semoga sesi persekolahan kali ini akan lebih baik dan bermakna, cemerlang dan terbilang sebagaimana tradisi di MRSM KKB....

Jumaat, Januari 02, 2009

sayonara...

benar bagai dikata, sungguh bagai dibuat...
kini telah sah setelah dengan rasminya surat pekeliling perpindahan dikeluarkan(Surat Pekeliling Pertukaran/Perubahan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Bil.01/2009 ) bahawa Cikgu azmi nasran dan us. roslan akan bertukar tempat kerja. masih-masing dipindahkan ke Ibu Pejabat, iaitu Bahagian Pembangunan Sumber(Cikgu Azmi) manakala us. roslan ditempatkan di MRSM Kuantan.
makin berkuranglah warden lelaki dan guru lelaki di MRSM KKB buat masa ini....
buat kalian, selamat maju jaya kami warga MRSM KKB ucapkan.....semoga kita kan berjumpa lagi, dan di ketika itu kita masing-masing lebih gembira, lebih bahagia.....amin