Khamis, Januari 15, 2009

hangin satu maktab

ok, jangan terbawa-bawa dengan tajuk di atas... musim angin kencang melanda kembali...
sebenarnya sekarang ni adalah musim berangin seperti kebiasaannya (antara januari hingga mac), cuma kali ini musim berangin adalah musim berangin yang kuat...sangat kuat, mungkin paling kuat sejak maktab dibuka.... angin kuat dan kering (tiada hujan) juga melanda seluruh hulu selangor yang berbukit-bukau tetapi bagi kkb (kirikananbukit) teutama mrsm kesannya amat dirasakan keranan kedudukannya betul-betul di kaki bukit. malah ia adalah ancaman bagi mereka yang mempunyai berat badan kurang 40kg.. macam nak terbang rasenyeee..dan setiap kali angin bertiup terpaksa cari tiang untuk berpaut! hehehe...macam lawak tetapi itulah kenyataannya. kejadian bumbung terbang dan tingkap pecah adalah antara kesan luar biasa kali ini.
musim berangin yang sebelum-sebelumnya tidak melarat sehingga ke waktu malam, tidak seperti kali ini....24 jam! dan bunyinya (amat) menyeramkan terutama bila terjaga tengah malam dan terdengar geseran daun serta pokok buluh (yang banyak di sekitar maktab) menerbitkan bunyi siulan yang kadang-kala juga mengasyikkan. sekarang nie jam hampir dua pagi, dan angin sesekali menerpa sangat kuat.
kebetulan pula pembinaan bangunan IKBN di sebelah sedang giat dilaksanakan, maka debu pasir dan tanah berterbangan setiap kali angin menerpa...menjadikan setiap genap inci kawasan maktab(melainkan kawasan-kawasan yang betul-betul bertutup) berdebu, berpasir.
kepada warga maktab keseluruhannya khasnya para pelajar, pastikan keselamatan anda. AWAS DENGAN PINTU DAN LAIN-LAIN OBJEK YANG DITOLAK ANGIN....kemalangan dan kecederaan mungkin berlaku jika anda tak berhati-hati...jadiii...awas kamu ya!

1 ulasan:

  1. To those yg pernah ker MRSM YT Dungun, then you knew how comfy the wind blew off to ur face..
    I guess dat da only MRSM on dat period that have such a beautiful scenery.

    Teringat lg. Selalunya Tn Hj Nizar Idris will lead da Solat Subuh pagi jumaat. Seusai solat subuh berjemaah, dimulakan dgn tazkirah pagi (juga dr Tn Hj Nizar) disambung dengan alunan Asma Ul Husna dan zikir-zikir munajat (juga dr Tn Hj Nizar) dan diakhiri dengan perarakan oleh sume pelajar (jemaah lelaki dengan kain pelikatnya dan jemaah wanita dengan telekung sembahyangnyer) menikmati pemandangan matahari naik di pagi jumaat di Pantai Teluk Lipat (Is da name? Dh lupa la.haha..)

    So down memory lane~

    BalasPadam