yaaa...pada hari ini para pelajar dibenarkan pulang bermalam....dan kembali ke asrama pada hari ahad nanti....
tentulah ini hari yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar tingkatan satu dan empat yang baru, yang belum pernah merasai 'kedamaian' tinggal di asrama...
terbukti...semasa pemeriksaan(terukkkk...memang terukkk) asrama pagi tadi, kebanyakan bilik pelajar-pelajar baru ni dah tersedia dengan beg-beg besar....macam nak pergi haji keadaannya....
sebut pemeriksaan asrama....keadaan asrama secara keseluruhannya OK....sekadar OK, tidak cemerlang, tidak 'oustanding'....OK tu pun dianugerahkan setelah mengambil kira terlalu banyak faktor...
1. bekas-bekas dan bungkusan-bungkusan makanan bersepah di sana sini - khidmat kontraktor dewan selera yang teruk menyebabkan para pelajar mendapatkan makanan berbungkus sebagai alternatif, sehinggakan tong sampah sekitar asrama tidak dapat menampung bahan buangan ini....yg penghuni asrama nie pulak...bukannya pakat2 nak kutip dan buang dalam tong sammpah pun...tengokkk jer...ingat magik ke bende tu boleh gerak sendiri ?
2. toilet kotttoorrr sangat - tapi ini hanya di tingkat bawah. kotor berpunca dari tapak kaki pelajar yang sebelumnya memijak tanah, membawa kotoran ke dalam asrama dan seterusnya ke dalam tandas...toilet tingkat atas kelihatan lebih baik, dan ada kesan abu rokok.....hhhmmmm...taraguna punya budak2
3. rasa tanggungjawab yang rendah - para pelajar tidak peka dengan keadaan di sekeliling mereka. contoh utama sampah, mereka tiada keinginan, bahkan tak ambil tahu pun jika ada sampah di depan mata mereka....satu lagi contoh adalah seterika di bilik utiliti. seorang pelajar boleh meninggalkan seterika tanpa ditutup di bilik utiliti. walaupun seterika berkenaan bukan miliknya dan dia tidak menggunakan seterika berkenaa, sepatutnya hendaklah seterika tu dimatikan. bahaya sangat jika ia dibiarkan, macam-macam boleh terjadi - kebakaran dan kemalangan...dan lain-lain lagi....
Dahulu lain sekarang lain...Semasa di Muar dulu asrama kami dibuat dari kayu,walaupun kekurangan air tapi kebersihan terkawal ini hasil teguran dan tindakan yg di ambil oleh guru guru warden kita dulu , mereka menjaga kami seperti menjaga anak anak mereka sendiri dan mereka iklas walaupun kekadang membuatkan kami meluat tetapi berbaloi kerana akhirnya kami diserapkan dengan rasa tanggunjawap yang jitu.
BalasPadamKemudian saya ke MRSM jasin pula,bangunan asrama batu,kebersihan toilet ala kadar saja mungkin disebbkan bangunan baru tetapi berkat tunjuk ajar dari MRSM Dungun Dan MRSM MUAR kami cuba lakukan yang terbaik.
Tadi di MRSM KKB teramatlah sedih nya,macam anak anak ayam tak ada ibu,parent keluar masuk dom sesuka hati macam cowboy town dan tak ada law.Dom nampak kotor sangat ,kontraktor pembersihan (perempoan India) 3 or 4 orang duduk borak ketawa terbahak di bawah pokok.apa buat pun sy tak tahu....Puan Pengetua dari Jasin,tolonglah bawa budaya Jasin tu ke KKB
Wassalam...Ansara Jasin
jikalau tuan boleh turut serta bersama kami....segalanya telah kami curahkan disini. teguran demi teguran, tindakan demi tindakan. bukan setakat terhadap para pelajar, bahkan kontraktor, semua unit termasuk warden, guru dan lain-lain juga....betapa penat dan jerihnya, kami usahakan jua...dan tak seindah usaha kami hasilnya...
BalasPadamjgn la marah...standard la budak baru...ape la..
BalasPadamDulu lain sekarang lain..Usaha cikgu Mie dan Dulu Pak Husin amat lah Kami HArgai..anak anak warisan kita,,didiklah mereka...tapi masih ada lagi ruang utk menjadkan nya bertambah baik...apa gunanya kepandaian jika mereka tidak ada jati diri..masalah kecurian ,masalah rokok di Dom atau di Town Rawang ,masalah fly , masalah kebersihan persikitaran perlulah diintai - intai..usaha cikgu cikgu semuanya dihargai....wasalam...AnsaraJAsin
BalasPadamf.y.i., sebenarnya cikgu2 kami di kkb cukup menekankan kesedaran tentang kebersihan di maktap,terutamanya pak husin.tapi para pelajar yang terlalu keras kepala mengenainya.anda perlu menyiasat sebelum mengatakan sesuatu...
BalasPadamterima kasih atas semua teguran anda...saya pasti ibu bapa dulu x sama dgn skrg wpun mereka sdri pernah tinggal di asrama (x semua). soal ibu bapa keluar masuk mmg dah penat kami tegur trmasuk kpd ibu bapa itu sdri.apabila ditegur, jwpn mereka "x tahu"..kalau bole kereta tu nak letak di depan bilik anak!dan soal kebersihan saya juga pasti latar blkg juga menjadi penyebab..kalau lah bole kami senaraikan apa jua yg telah kami lakukan...harap tuan/puan bole mmberi cadangan membina...
BalasPadammakluman : puan pengetua kami bukan dari jasin...dan semua bekas2 pengetua dn pengetua kami telah berusaha sedaya upaya.harap bantu kami.tk
Untuk mengelak parents ke asrama / dewan selera, contohi mrsm Alor Gajah & mrsm Taiping, ada palang menghalang kereta ke dalam.. Saya ada tiga anak sedang mengikuti pelajaran di mrsm. Hidup MRSM.
BalasPadamBatch '80 Kuantan
sebenarnya sewaktu tahun pertama hingga ketiga kami juga menggunakan sistem palang di depan blok b (ke kaw kuarters), malah cadangan ketika itu utk melaksana sistem kad spt di mrsm langkawi (kalau x silap)tidak terlaksana disebabkan bbrapa masalah lain yg timbul.antaranya selalu rosak dan kawasan yg terhad utk meletak kereta. jika dibandingkan dgn mktb lain kkb adalah yg paling sempit dari segi keluasannya. akhirnya palang tsb yang tidak lagi berfungsi terpaksa dimansuhkan.
BalasPadamkebersihan 2 dtg dr diri sendiri klu diri sendiri xpandai nk jaga nk wat cam ne..ke pikir gak xkan tiap tiap hari nk mrah pasal bende yg sama..bosan gak kan..
BalasPadamhaha lg satu budak2 baru 2 jaga la diri korg je xyah kisah psl org len la..tp undang2 tetap undang2..klu nk langgar jgn la sampai org tau..korg dgn allah tau cukup..
BalasPadamsaya bukanyya nak komen cuma nak kata yang kawan saya yang bernama taufiqillah itu sungguh handsome . kekacakannya mengalahkan cikgu pitt mahupun ustad jaamat muslim . lagi satu , kawan saya yang bernama mohd shazreen how bin mohd firdaus how ni memanglah amatlah macho macam cikgu math kami iaitu cikgu kiefli . and then saya suka sangat kat sorang badar (girl) ni . nak tau sapa dia ? hmm......... boleh , tapi bersyarat. syaratnya ialah jangan rampas dia, okey ? baiklah nama dia ialah Nur Ain Aqillah dari kelas 2b dan homeroom 2 topaz b .(syazwan, jangan marah tau).bagi saya , dialah bidadari.
BalasPadamasrama mrsm felda amat memuaskan..tandas bersih..keadaanbilik amat memuaskan..kawan aku cakap,die dah x sabar nak masuk skola baru..hehe..kolej tun abdul razak la katakan..
BalasPadamsaya pernah berurusan di mrsm kkb 2006 dan 2007; macamana keadaannya berbanding sekarang? saya berpendapat sekarang lebih-lebih baiknya!! saya dengar sekarang orang-orang kuat MRSM selalu datang ..... pastinya semua terbaik. dan keputusan peperiksaan pasti terhebat. tahniah kpd semua ibubapa.
BalasPadampg mati la cyal
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamreaksi keterlaluan seorang pelajar agaknya...tidak hairanlah asrama lelaki dan sebahagian kemudahan maktab begitu teruk dirosakkan...mungkin mereka mengalami tekanan yang berlebihan? kepada pelajar yang berkenaan, anda boleh bersuara disini, namun pastikan ianya tidak melanggar batas-batas norma ketatasusilaan....jika anda menggunakan kemudahan maktab untuk berbuat demikian, tidakan anda sesungguhnya boleh dikesan jika diperlukan, jadi...sila berhati-hati dengan apa yang anda luahkan, terima kasih
BalasPadam