Khamis, September 29, 2011

BLACKOUT BLACKOUT

Lima kali sebulan, boleh tahan...namun bekalan elektrik diputuskan semalam oleh pihak TNB untuk tujuan senggaraan(mungkin pencawang di RASA) dan telah dimaklumkan lebih awal bagi membolehkan pengguna bersedia. Bekalan elektrik diputuskan agak lewat iaitu kira-kira jam 11 pagi, namun kembali pulih lebih awal yang dijadualkan iaitu pada jam 4 petang(dijadualkan pulih jam 8 malam). Terima kasih kepada pihak TNB untuk kali ini, semoga kualiti bekalan elektrik lebih cemerlang selepas ini.

Ahad, September 25, 2011

BLACKOUT BLACKOUT BLACKOUT

Malang dan seribu kali malang...entah apa yang tidak kena agaknya pada bulan ini sahaja kalau tidak silap sudah empat kali berlaku kejadian bekalan elektrik terputus. Pertama adalah semasa cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas...mungkin kebanyakan warga maktab/pelajar tidak perasan kerana berada di kampung.
Dan malam tadi adalah kali keempat, bermula kira-kira jam 12.15 tengahmalam hinggalah awal pagi, kira-kira jam 5 pagi. Situasi ini lebih teruk daripada ketika maktab mula dibuka pada tahun 2002 dahulu.
Dengan maktab berada dalam kapasiti penuh, peperiksaan yang kian menjelang dan pelbagai faktor lain yang kritikal, kejadian bekalan elektrik terputus ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi berulang-ulang seperti ini.
Mungkin sedikit keterlaluan untuk mengatakan perkara ini lebih kerap berlaku sejak operasi pejabat TNB Hulu Selangor dipindahkan ke Jalan Maxwell, Rawang tapi begitulah hakikatnya.
Juga sedikit menghairankan apabila lampu-lampu jalan di IKBN Peretak yang bersebelahan dengan maktab kembali menyala sedangkan bekalan elektrik kelihatannya masih belum dipulihkan(aduan ke 15454 mengatakan pencawang di Rasa mengalami masalah dan akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan). Rupa-rupanya pihak IKBN Peretak dan juga Kem Bina Semangat lebih bersedia dengan memasang generator siapsedia bagi menampung penggunaan elektrik sepanjang bekalan terputus.

Isnin, September 19, 2011

'LAGI'JAWATAN KOSONG - GURU SAMBILAN BIOLOGI

TAWARAN DIBUKA KEPADA SISWAZAH DALAM BIDANG YANG BERKENAAN UNTUK MENJAWAT JAWATAN SEPERTI BERIKUT :

JAWATAN : GURU BIOLOGI
TARAF : SAMBILAN
TEMPOH : 2 BULAN (MULAI *1 NOVEMBER HINGGA 30 NOVEMBER 2011 DAN 2 JANUARI HINGGA 1 FEBRUARI 2012)
TEMPAT BERTUGAS : MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR
KELAYAKAN : SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOLOGI) ATAU SETARAF ATAU YANG BERKAITAN. GRADUAN TANPA DIPLOMA PENDIDIKAN BOLEH MEMOHON.
SKIM GAJI : HARIAN (RM100.07) - SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
SKOP PENGAJARAN : MENGAJAR SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN 4 & 5 (2011) DAN BERSEDIA UNTUK MENGAJAR SAINS PERINGKAT MENENGAH RENDAH (2012)

SILA HUBUNGI TIMBALAN PENGETUA HAL-EHWAL AKADEMIK, PN SITI HAJAR BT MOHD RASHID DI TALIAN 03-60643907/60643944 ATAU EMEL hea@mrsmkkb.edu.my UNTUK PERTANYAAN LANJUT.

* TERTAKLUK KEPADA TARIKH MULA CUTI GURU SEDIA ADA

Selasa, September 06, 2011

JAWATAN KOSONG - GURU SAINS KOMPUTER SAMBILAN (2)

JAWATAN : GURU SAINS KOMPUTER
TARAF : SAMBILAN
TEMPOH : SEGERA (6 SEPTEMBER 2011 HINGGA 2 OKTOBER 2011)
TEMPAT BERTUGAS : MRSM KUALA KUBU BHARU
KELAYAKAN : SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER/IT ATAU SETARAF ATAU BERKAITAN
SKIM GAJI : HARIAN (RM100.07*)
SKOP PENGAJARAN : MENGAJAR TINGKATAN 1 & 2 - MICROSOFT OFFICE, PHOTOSHOP DAN VISUAL BASIC

SILA HUBUNGI TIMBALAN PENGETUA HAL-EHWAL AKADEMIK, PN SITI HAJAR BT MOHD RASHID DI TALIAN 03-60643907/3944 PERTANYAAN LANJUT.