Sabtu, Mac 28, 2009

Mesyuarat Agung Koperasi kali ke 5....

semalam, 27 mac 2009 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Koperasi kali ke 5 yang diadakan di Dewan Besar Al-Ghazali. para pelajar dikehendaki berkumpul di dewan pada pukul 3 petang. tapi jenuh menunggu, mesyuarat hanya dimulakan pada pukul 4 petang. tertidur2 dibuatnya budak-budak tu menunggu. akhirnya, mesyuarat itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Hussin bin Ghazali selaku pengerusi koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu. kemudian mesyuarat diteruskan dengan cadangan untuk mempengerusikan majlis. pelbagai gelagat dapat dilihat ketika para pelajar memberi cadangan. al maklumlah mereka ni mana pernah datang mesyuarat formal macam ni. tetapi apa pun, mesyuarat telah dijalankan dengan jayanya walaupun ramai pelajar lena dibuai mimpi ditambah pula hujan lebat. mesyuarat ini dihentikan seketika apabila wakil suruhanjaya koperasi malaysia(SKM) datang merasmikan mesyuarat walaupun sepatutnya majlis tersebut dirasmikan sejak awal lagi. akhirnya majlis tersebut bersurai pada pukul 6 petang.

9 ulasan:

  1. bagus!bagus!bahasa yang baik...ada bakat jadi wartawan tapi bkn wartawan hiburan ye...

    BalasPadam
  2. opppsss...ada silap sikit...ejaan AGONG hanya utk sebutan DYMM Yang Dipertuan Agong.Ejaan AGUNG utk selain drp itu.

    BalasPadam
  3. ejaan dah pun dibetulkan, harap maklum

    BalasPadam
  4. (a) Tahniah diucapkan kerana mesyuarat Agung telah diadakan tetapi contoh yg tidak baik dipaparkan kepada pelajar2 mengenai disiplin menepati masa. Kalau mesyuarat dijadualkan jam 3 ptg maka perlulah mula 3 ptg.!!!
    (b) Laman rasmi MRSM KKB kenapa tak diupdate?? Dah lapuk dgn info yg lama. Pohon Pengetua ambil perhatian.

    TK

    BalasPadam
  5. the word sounds really familiar...
    with little effort i can trace you back no matter where you are...
    guess this -> its quite sure you know me, guess i know you, too
    u can bark at the mountain, don't worry it won't bite....but beware of the avalanche, lady...

    BalasPadam
  6. hmmm...klu website tu xde masalah, x ada la kita buat blog ni kan..????

    BalasPadam
  7. Nak buat sumbangan kepada MUAFAKAT untuk program Tingkatan 4 melalui surat edaran baru-baru ni. Tapi nak buat payment atas nama sapa ye.MUAFAKAT atau MRSM .Kalau bagi no Akaun bolehlah bank in..

    BalasPadam