sempena kedatangan tahun baru, warga maktab juga telah disajikan dengan menu-menu baru dan harga baru dari tauke kafe baru yang memulakan operasi mulai 4 januari lepas.
guru dan kakitangan hanya dapat menikmatinya pada 5 januari memandangkan pada hari sebelumnya semua guru dan kakitangan yang terlibat dengan pendaftaran tidak berpeluang langsung menjejakkan kaki ke sana. makan tengah hari pun pukul 3 petang. bagi kakitangan pejabat yang menguruskan kutipan yuran, mereka hanya dapat menjamah makanan pada pukul 5 petang!
pada hari kedua kafe dibuka,disebabkan teruja, maka pada pagi hari isnin itu kami beramai-ramai menuju ke kafe tersebut yang telah lama tidak dikunjungi. (hari-hari sebelumnya sarapan dan makan tengah hari kami di sek memandu samy, mai selalu, gerai soto disebelah bsn dan kedai-kedai makan sekitar kkb...)
masing-masing tidak sabar untuk menikmati pelbagai menu yang selama ini hanya dapat dinikmati di gerai luar. dalam pada masa yang sama juga kelihatan masing-masing bajet semasa mengambil makanan. dan rupanya pagi itu semua dapat makan free sebab ada seorang dermawan yang menaja kesemua sarapan yang diambil oleh guru dan kakitangan.ishh...disebabkan ramai tak tau maka masing-masing cuma ambil menu biasa dan terhad..hehehe
tengahari itu barulah tajaan berakhir dan berbondong-bondong ke kafe termasuk saya sendiri pilih lauk-lauk biasa dan dijangka agak murah berbanding yang lain (makan catu - jaga badan)tapi bila tiba di kaunter bayaran, kebanyakannya bertanya dua-tiga kali pada cashier sebab tak percaya dengan harga yang perlu dibayar. murah beb! murah gile!...ayam masak lemak, tempe 2 keping baru 2.50...! dan sorang cikgu fizik tu kata hari ini dalam sejarah sebab makan tengahari cuma rm4 sahaja! dengan segala lauk-pauk dalam pinggannya!itu juga termasuk air.
setiap kali sarapan juga meja penuh dan makan nasi impit kuah kacang, kuey tiaw goreng, hati seketul dan air milo tarik = rm2.50..dan ada yang kena singgit je...!kuih sebiji 30 sen.
moga bertambah murah lah rezeki tuan punya kafe baru ini walaupun harganya murah. ada tu rasa tak sampai hati nak bayar dengan harga yang diletak :) walaupun masih ada beberapa kekurangan, secara keseluruhan warga maktab berpuas hati kerana tak perlu keluar maktab untuk sarapan pagi lagi...
syyaabbbasssss!!!!
BalasPadammurahnye.....waaaaa
BalasPadamhaha..
BalasPadamtu la
skrg mana nak cari harga camtu.
adoi. hebat2..
rindu nak mkn kat DS..
hehehhe....kemaruk korang ngan DS yeeerr...
BalasPadamaku penah masuk ke dapur....perrrhhh....
tak lalu bebbb!!! nak-nak masa tahun 2004...tiga tahun aku tak makan kat DS!!!
*rasanya skrg ok sket kut :)
haha..
BalasPadamaku 5 tahun duk makan DS.
3 tahun kat MRSM Dungun, 2 tahun kat MRSM KT.
Aku rasa dua2 tempat best arr.
balik prep, berlari-lari pg dining cari makanan..
zaman aku dulu abis prep pkul 4.30 ptg mee bandung duk menanti, prep malam plak abis pkul 10.30 mlm, murtabak plak kat DS.
Masyuk. Masyuk~
waahhh! lumayan tuh. skang xdok dah suma tu...brg dah mahal kot, w'pun bajet sorang dah naik lg rm2. thn lps (thn ni pengurusan baru)slalu gak abis prep mlm bdk2 ni cuma makan biskut kering cicah milo cayoo...kesian diorang..harap2 thn ni x gitu sbb warden pun x penah lg nak mkn kat ds tu disebabkan faktor masa dan jarak.
BalasPadamramai dah tak lalu nak makan kat situ...naik jemu dgn menu yg sama dan rasanya yg tak memenuhi selera ramai, w'pun murah!
BalasPadam