JAWATAN-JAWATAN KOSONG - TERKINI 2012

TAWARAN DIBUKA KEPADA SISWAZAH DALAM BIDANG YANG BERKAITAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SEPERTI BERIKUT :

JAWATAN 1 : GURU PENDIDIKAN SIVIK (SEKARANG HINGGA APRIL)
JAWATAN 2 : GURU KIMIA (MULAI MAC*)
JAWATAN 3 : GURU SEJARAH (MULAI APRIL*)
JAWATAN 4 : GURU KEMAHIRAN HIDUP (MULAI APRIL*)
JAWATAN 5 : GURU MATEMATIK (MULAI OGOS*)
JAWATAN 6 : GURU FIZIK (MULAI OGOS*)

TARAF JAWATAN : SAMBILAN

TEMPOH : 2 HINGGA 3 BULAN

TEMPAT BERTUGAS : MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR

KELAYAKAN : SARJANA MUDA (BIDANG BERKAITAN) DENGAN KEPUJIAN ATAU SETARAF ATAU YANG BERKAITAN. GRADUAN TANPA DIPLOMA PENDIDIKAN BOLEH MEMOHON.

SKIM GAJI : HARIAN (RM100.07) - SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

SKOP PENGAJARAN : MENGAJAR TINGKATAN 1 - 5 (BERGANTUNG KEPADA SUBJEK)

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI TIMBALAN PENGETUA HAL-EHWAL AKADEMIK, PN SITI HAJAR BT MOHD RASHID DI TALIAN 03-60643907/60643944 ATAU EMEL hea@mrsmkkb.edu.my UNTUK PERTANYAAN LANJUT.

* TERTAKLUK KEPADA TARIKH MULA CUTI GURU SEDIA ADA

UJIAN KECENDERUNGAN DAN KEMASUKAN (UKKM)

Ujian Kecenderungan dan Kemasukan MRSM (UKKM) tingkatan 1 dan 4 sesi 2012 akan diadakan seperti butiran berikut :

1) Tingkatan Satu (1) - 12 hingga 16 Disember 2011
8.00 pagi - 5.00 petang (2 sesi)

*Calon perlu menghadiri temuduga dan menduduki ujian bertulis UKKM.


2) Tingkatan Empat (4) - 28 November hingga 2 Disember 2011.
8.00 pagi (28 November 2011-ujian tetap berjalan walaupun hari tersebut adalah cuti umum)
* Calon akan menduduki ujian UKKM - 'Computer Based'

*Berpakaian sekolah dan bawa kalkulator.

Calon dikehendaki datang awal dan berada di maktab selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi bagi menjamin kelancaran perjalanan ujian.

Bagi mereka yang belum pernah datang ke MRSM KKB sila rujuk post sebelum berkaitan 'pendaftaran' untuk arahan petunjuk atau layari laman sesawang maktab http://www.mrsmkm.edu.my/kkb/index.php/hubungi-kami untuk panduan peta.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha






Pihak MRSM KKB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H/2011M kepada semua pembaca blog. Bagi warga maktab, ada sedikit makluman berkenaan dengan cuti umum sempena Hari Raya Aidil Adha . Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

Iklan Sebutharga Kerja Membaikpulih Tandas





TAJUK SEBUTHARGA : CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH TANDAS ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU SELANGOR




Dengan ini semua kontraktor yang berkelayakan adalah dijemput untuk menghantar sebutharga masing-masing. Sila klik disini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selamat Hari Deepavali

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua pelajar dan ibubapa yang beragama Hindu.

Makluman Untuk IbuBapa/Penjaga Pelajar Tingkatan Tiga

Sukacita dimaklumkan  para pelajar Tingkatan Tiga baru sahaja selesai mengambil peperiksaan Percubaan PMR 2011 dan keputusan dari percubaan tersebut telah dihantar bersama-sama dengan borang permohonan pilihan penempatan kemasukkan ke MRSM PKP(Program Khas Pendidikan) sesi 2012. Sehubungan dengan itu para ibubapa/penjaga pelajar Tingkatan Tiga diminta mengisi dan mengembalikan borang berkenaan kepada Pengurusan MRSM KKB dengan kadar SEGERA untuk cadangan penempatan  bagi tahun 2012 bagi mereka yang layak. Pengurusan MRSM KKB percaya dan yakin anak-anak Tingkatan Tiga  boleh melakukannya untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam PMR nanti. Sama-samalah kita berusaha dan mendoakannya.
Seterusnya berikut adalah makluman tambahan:

  • PEPERIKSAAN  PMR 2011-Kami mengucapkan tahniah kepada anak tuan/puan yang telah menunjukkan keputusan yang cemerlang dan peningkatan dalam peperiksaan percubaan yang lepas. Sepanjang hari peperiksaan PMR 2011 ibu bapa dibenarkan bertemu pelajar  untuk tujuan memberi sokongan/motivasi kepada anak masing-masing mulai jam 7.00 pagi. Ibu bapa juga dibenarkan berada bersama guru-guru di hadapan Dewan Besar sebelum para pelajar masuk bagi setiap kali peperiksaan dan hendaklah beredar sebaik sahaja peperiksaan bermula. Ibu bapa hanya dibenarkan berada di surau atau Dewan Makan dan hendaklah meninggalkan MRSM KKB sebelum jam 2.15 ptg. 
  • PROGRAM MIGTY (MARA INTENSIVE GIFTED AND TALENTED YOUTH PROGRAMME)- Program MIGHTY akan berlangsung dari 11 Oktober 2011 sehinnga 29 Oktober 2011. Kehadiran pelajar pada setiap program adalahdiwajibkan. Kegagalan mematuhi dan mengikutinya akan menjejaskan penempatan ke Tingkatan Empat pada tahun 2012.
  • PULANG BERCUTI HUJUNG MINGGU SEMASA PROGRAM MIGTY - Semua pelajar Tingkatan Tiga dibenarkan pulang pada setiap hujung minggu. Walau pun begitu, ibu bapa hendaklah membuat permohonan rasmi (boleh dibuat sekali gus untuk cuti hujung minggu pada 15 Oktober 2011 hingga 16 Oktober 2011 dan 22 Oktober 2011 sehingga 23 Oktober 2011. Pelajar yang permohonannya diluluskan adalah dibenarkan pulang pada setiap hari Jumaat selepas jam 2.00 petang dan kembali semula ke MRSM KKB pada hari Ahad  sebelum jam 6.30 petang.
  • TUNGGAKAN BAYARAN - SILA KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAN LANJUT
  •  BUKU TEKS BANTUAN PINJAMAN - Pelajar diminta untuk memulangkan semua buku teks yang telah dipinjam pada 10 Oktober 2011
  •  PROGRAM PKP (PROGRAM KHAS PENDIDIKAN) BAGI TAHUN 2012 - Semua pelajar telah diminta mengisi borang pilihan PKP dan perlu diserahkan kembali kepada Pengurusan MRSM KKB pada/sebelum 30 September 2011. Borang tersebut hendalah disahkan oleh ibu bapa/penjaga masing-masing. Kegagalan mengisi borang akan menjejaskan penempatan  ke Tingkatan Empat sekiranya terpilih ke program PKP.
  • UKKM ‘COMPUTER BASED’ (UJIAN  KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM) - Semua pelajar Tingkatan Tiga(MRSM KKB) diwajibkan menduduki UKKM pada 12 Okt 2011 
  • MAJLIS GRADUASI - Majlis Graduasi akan berlangsung pada 29 Oktober 2011
  • CUTI AKHIR SEMESTER - Cuti Akhir Semester 2 untuk pelajar Tingkatan Tiga adalah mulai 30 Okt  2011. Pelajar dibenarkan pulang selepas sahaja tamat Majlis Graduasi pada 29 Okt  2011

    *Sebarang kemusykilan berkenaan perkara-perkara diatas boleh diajukan kepada pptm@mrsmkkb.edu.my 
    **Artikel ini adalah dipetik dari laman web rasmi MRSM KKB, sila klik disini untuk makluman terkini

    PMR bermula hari ini....

    seperti yang umum sedia maklum, hari ini bermula PMR bagi tahun 2011. kelihatan sebilangan ibubapa serta penjaga pelajar datang memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka. semoga para pelajar MRSM KKB yang menduduki PMR tahun ini dapat menduduki peperiksaan dengan baik serta mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun ini. Amin....

    BLACKOUT BLACKOUT

    Lima kali sebulan, boleh tahan...namun bekalan elektrik diputuskan semalam oleh pihak TNB untuk tujuan senggaraan(mungkin pencawang di RASA) dan telah dimaklumkan lebih awal bagi membolehkan pengguna bersedia. Bekalan elektrik diputuskan agak lewat iaitu kira-kira jam 11 pagi, namun kembali pulih lebih awal yang dijadualkan iaitu pada jam 4 petang(dijadualkan pulih jam 8 malam). Terima kasih kepada pihak TNB untuk kali ini, semoga kualiti bekalan elektrik lebih cemerlang selepas ini.

    BLACKOUT BLACKOUT BLACKOUT

    Malang dan seribu kali malang...entah apa yang tidak kena agaknya pada bulan ini sahaja kalau tidak silap sudah empat kali berlaku kejadian bekalan elektrik terputus. Pertama adalah semasa cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas...mungkin kebanyakan warga maktab/pelajar tidak perasan kerana berada di kampung.
    Dan malam tadi adalah kali keempat, bermula kira-kira jam 12.15 tengahmalam hinggalah awal pagi, kira-kira jam 5 pagi. Situasi ini lebih teruk daripada ketika maktab mula dibuka pada tahun 2002 dahulu.
    Dengan maktab berada dalam kapasiti penuh, peperiksaan yang kian menjelang dan pelbagai faktor lain yang kritikal, kejadian bekalan elektrik terputus ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi berulang-ulang seperti ini.
    Mungkin sedikit keterlaluan untuk mengatakan perkara ini lebih kerap berlaku sejak operasi pejabat TNB Hulu Selangor dipindahkan ke Jalan Maxwell, Rawang tapi begitulah hakikatnya.
    Juga sedikit menghairankan apabila lampu-lampu jalan di IKBN Peretak yang bersebelahan dengan maktab kembali menyala sedangkan bekalan elektrik kelihatannya masih belum dipulihkan(aduan ke 15454 mengatakan pencawang di Rasa mengalami masalah dan akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan). Rupa-rupanya pihak IKBN Peretak dan juga Kem Bina Semangat lebih bersedia dengan memasang generator siapsedia bagi menampung penggunaan elektrik sepanjang bekalan terputus.