kursus berjalan selama 1 1/2 hari pada 9-10hb januari di bilik tayangan.
hari pertama :
sarapan pagi itu nasi lemak dan air teh dan teh o. oleh kerana free, makanya sarapan pagi tu ala-ala makan tengahari lagaknya..heheh
sesi bermula pada jam 8.30 pagi dengan dimulakan oleh en. khairul anuar, seorang bekas pensyarah di UIA (anak muridnya ada sorang kat sini). selain didedahkan dengan punca dan akibat stress, peserta juga diajar kaedah mengawal dan mengurangkan stress yang rupanya mudah saja dan ada tu dah lama tau tapi tak amalkan....isshh! "banyak sangat kerja! tak tau nak buat yang mana dulu..." ha...! tu ayat biasa dengar dan itu tanda stress la jugak.
pukul 1030 berhenti rehat dan peserta ke bilik seminar untuk minum pagi. tapi...alamak! nasik lagi???yaa...'minum pagi' itu adalah nasi goreng dan telur goreng bersama air teh o dan teh yang manis leting! oleh kerana masih rasa kenyang, ada yang cuma minum air je tapi dengan muka berkerut-kerut. kuih pulak sampai lambat sikit dan manis jugak! adoiii..! boleh kena kencing manis camni. bab pedas boleh la tahan lagi tapi manis ni tak tahan wooo.rasa sampai ke otak!
sesi kedua disambung semula dengan ujian psikometrik. ada sorang tu tak jawab...awas kamu yaa! selepas selesai menjawab dan mengira markah masing-masing, peserta dijelaskan dengan maksud bagi empat kategori kumpulan itu iaitu kumpulan 1, 2, 3 dan 4. kumpulan 4 tak ada orang, tapi kumpulan 3 paling ramai diikuti kumpulan 1 dan 2. kumpulan 2 cuma ada 3 orang, itu pun sorang tu pakai masuk jek! manakala kumpulan 3 mempunyai ahli paling ramai. saya? sebenarnya ada satu lagi kumpulan yang tak dikategorikan iaitu kumpulan 'dua alam'...sebab 'score' kami sama untuk keempat-empat kategori soalan. ada le dua orang kot! kumpulan ni kiranya jenis mana-mana pun boleyyy. sebab tak cukup korum kami masuk je mana-mana kumpulan yang disukai. selepas tu setiap kumpulan kena buat tugasan sikit. huh! kecohnya cam budak2 student gak! tapi seronok la.
sesi ditangguhkan untuk memberi laluan kaum lelaki sembahyang jumaat dan sebelum tu kena la makan dulu. waaah! makan nasi ayam kita. makan pun laju je dan siap tambah lagi.cam tak cukup je..?sebab ramai yang makan bertambah! sedap gak penangan nasi ayam kak yah ni. kali ni air orennya yang rasanya ok la sebab campur ais. sesi petang disambung semula pada 2.45 petang.
sesi petang disambung semula dan keadaan lebih meriah dan agak huru-hara dengan satu game yang nampak macam mudah tapi ramai tak boleh buat sebab kurang tumpuan dan asyik geeelak je. selepas menjelaskan rasional sebalik game tersebut, en. khairul mengajar peserta cara mengurangkan stress fizikal dan menariknya, beliau turut menyelitkan kaedah ini cara islamik. contohnya jika selama ini kita biasa dengar mengunyah chewing gum sebagai salah satu cara senaman muka sekaligus menangani stress, bacaan fatihah yang betul -dengan gerakan mulut(tanpa taranum)boleh dijadikan amalan alternatif. selain dapat relax, dapat juga pahala, apatah lagi jika dibaca berulang kali sambil berniat menyedekahkannya kepada yang telah tiada...insyaAllah. bukan setakat itu peserta juga menari chicken dance, dan esok dijanjikan dengan tarian poco-poco.waa..best!
hari pertama berakhir pada jam 5.00 petang dan masing-masing sekali lagi menuju ke bilik seminar menikmati minum petang. kali ini kuih popia dan.... apa lagi satu ek? airnya nescafe manis lagi. banyak sungguh stok gula dia agaknya.hehe
hari kedua :
pagi sabtu sebelum pukul 8 masing-masing dah sampai. oleh kerana penceramah pun tak sampai lagi, maka kafe la tempat dituju untuk sarapan percuma lagi. pagi ni cuma sandwich dan teh o/teh panas manis lagi. ada tu order roti canai sebab cam tak kenyang je. sarapan lebih ringan sebagai persediaan untuk menari poco-poco. kalau kenyang sangat nanti pancit. sedang sedap menikmati roti canai yang dikongsi, pn siti hajar 'menyergah' kami beberapa kali supaya cepat kerana instructor telah menunggu dan sambil itu juga beliau mencapai sandwich dan air....
tarian poco-poco ni memang biasa dengar dan kalau sesiapa terlibat dengan pandu puteri terutamanya ini adalah tarian rasmi persatuan dan popular dalam kalangan ahli lama sebelum tarian ini popular dalam kalangan masyarakat kini sebagai tarian senamrobik. ia ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan atau disebut juga sebagai line dancing. tarian ini akan nampak cantik dan kemas jika ditarikan dengan langkah yang sama dalam beberapa barisan. apatah lagi jika ia ditarikan oleh mereka yang berpakaian seragam. maka tidak hairanlah anggota perkhidmatan awam yang beruniform seperti tentera dan polis antara yang mahir dengan tarian ini.
sebagai info tambahan , tarian ini adalah gabungan dua jenis tarian tradisional berasal dari dua suku kaum di papua dan ambon. pada mulanya ia tidak bernama dan ia mula popular apabila ditarikan oleh anggota TNI (tentera nasional indonesia) yang bertugas di sana. tarian ini kemudian digabungkan dan diberi nama poco-poco yang bermaksud 'gadis yang badannya berisi dan lincah'. jadi kepada yang badannya (agak) berisi tu patut rasa bangga sebab nampak cantik bila menarikan tarian tersebut macam cikgu...eerrr tak apa lah.hehehe. kalau tak percaya tengok liriknya di bawah. tapi itu pun kalau dapat dia punya step la.yang slim-slim ni tak berapa sangat la nampaknya. tarian ini ditarikan oleh semua peringkat umur dan masyarakat. ia juga telah tersebar ke peringkat anatarabangsa dan menjadi line dancing yang popular dari timur.
Lirik Lagu Poco-Poco :
Balenggang pata-pata (jalannya berlenggang)
Ngana pe goyang pica-pica (goyangan badanmu...lincah)
Ngana pe bodi poco-poco (tubuhmu yang berisi dan lincah)
Cuma ngana yang kita cinta (hanya kamu yang ku cinta)
Cuma ngana yang kita sayang (hanya kamu yang ku sayang)
Cuma ngana suka biking pusing (hanya kamu suka buat aku pening)
Ngana bilang Kita na sayang
Rasa hati ini malayang
Jau… uh… ci ya … ci ya
Biar kita ngana pe bayang
Biar kita ngana pe bayang
Biar na biking layang-layang
Cuma ngana yang kita sayang
(rangkap ni tak dapat la pulak tapi boleh diagak maksudnya)
berbalik kepada sesi tarian ni, dua orang instructor dari atm mengajar kami langkah demi langkah. macam belajar kawad pun ada sebab sebut check!heheh.masa mula-mula menari lintang-pukang! keluar line tak usah kira lah! berterabur! tapi makin lama makin syok dan step 1 dan 2 mudah dihafal walaupun sorang dua tu agak lambat. syabas kepada cikgu norazian dan cikgu rohani, diorang tak keluar langsung dan ikut sampai habis walaupun menurut cikgu rohani sampai ke sudah dia tak dapat step-step tu. semua guru cukup sporting dan ikut menari termasuklah yang lelaki seperti pak hussin,cikgu nasir, ustaz2, cikgu azdi, cikgu zaidi dan cikgu fitri. cikgu nizar tak sempat menyudahkan tarian kerana ada hal katanya. hanya sekumpulan 'ibu mengandung' sahaja yang cuma memerhati. tapi ada sorang tu tinggal tunggu hari tapi melihat keadaannya macam menggelitik nak join sekali.
barisan paling depan (yang mahir) adalah 'gadis-gadis berisi dan lincah' seperti cikgu faiz, cikgu rafidah, cikgu sahani, cikgu ermalawa dan tidak ketinggalan pn siti hajar yang sekali pandang macam menari hip-hop...laju gile!err sori kak hajar...dalam kumpulan tu juga dapat diperhatikan dan diamati terdapat beberapa orang guru yang kelihatannya biasa masuk disko dan menari ronggeng! macam mana nak tahu? mudah je. kata cikgu nizar : yang menari pakai kasut tumit tajam dan tinggi tu lah yang biasa masuk disko antaranya ialah puan suriah dan cikgu ermalawa, manakala penari ronggeng ramai juga, salah sorangnya ialah cikgu isni sebab menari tanpa kasut..hehehe....jangan mara aa..?kami hanya sempat belajar hingga step 3 kerana masa yang tidak mengizinkan dan difahamkan ada lebih 20 step! perrgghh! sejam tanpa henti memang menyeronokkan dan badan mula rasa panas. tak apa kita akan praktikkan lagi selepas ini. itu azam masing-masing. jangan terkejut kalau selepas ni ada poco-poco dalam bilik guru sebab nak hilangkan stress! tak habis lagi kat situ sebab ramai yang semangatnya masih berkobar-kobar sibuk membeli cd lagu tersebut (1 jam non stop!) semangat beb! ada hati nak buat kat rumah la tu...
habis menari kami terus ke bilik tayangan untuk sesi seterusnya. kali ini kami disajikan dengan tayangan slaid yang menarik dan ceramah mengenai disiplin dari Brig Jen (B) Dato’ Hj. Abd Rani bin Ismail, probos marsyal TDM. pesara dari 'camp bridge' .. ;) ini seorang perundingcara dan sedang mengusahakan beberapa syarikat yang terlibat dengan keselamatan. cara penyampaian dan isi topik yang diberikan amat menarik dan masa setengah jam yang diberikan memang tidak mencukupi. tidak puas rasanya kerana banyak lagi pengalaman dan ilmu beliau tidak sempat dicurahkan.
Moderator seterusnya ialah puan Dayang Ku Intan Tunku Hamid, bagi generasi 80an macam kebanyakan kami, (errr...saya terkecuali) nama ini memang cukup dikenali . bekas penyanyi (masih menyanyi tetapi tidak seaktif dulu) yang popular sekitar penghujung 80an. lagu beliau "kita Insan Biasa" duet bersama jay jay adalah antara lagu popular ketika itu hingga kini (siaran retro). beliau kini mengusahakan sebuah rumah perlindungan untuk remaja bermasalah. mendengar suaranya bercakap pun sedap apatah lagi bila menyanyi...:) beliau berkongsi pengalaman mengenai anak-anak ini yang terlibat dengan gejala sosial seawal usia sembilan tahun. jika selama ini hanya membaca atau mendengarnya dari media sudah cukup menakutkan, rupa-rupanya di luar sana lebih dahsyat dan masih ada lagi gejala besar yang sedang melanda anak-anak remaja kini.
encik razman (suami pn dayang) mengakhiri sesi kursus dengan kisah gangsterisme yang sedang melanda dan mengancam anak-anak kita sekarang! takutnya!
upacara penyampaian sijil oleh en khairul anuar dan cenderamata kenang-kenangan untuk setiap moderator disampaikan oleh puan siti hajar yang mewakili puan pengetua. harapan kami agar mereka dapat hadir lagi ada berkongsi cerita, pengalaman dan mencari jalan untuk cuba menangani masalah disiplin yang sering berlaku di mrsmkkb.
majlis berakhir pada jam 12.00 tegahari awal sejam daripada dijadualkan atas permintaan moderator. makan tengahari kami disajikan dengan dua menu! lontong dan nasi beriani. ini kerana kami tidak berhenti untuk minum pagi disebabkan anjakan masa tadi. walaupun nampak banyak tapi habis! ramai yang makan dua2 sekali dan siap tapau lagi terutama yang dah hilang 1kg sebab poco-poco pagi tadi. terpaksa la habiskan buat apa membazirkan? sedang-sedang makan, terpandang la dua orang ini yang cukup dikenali. miss marlina dan cikgu hairul (kata en khairul anuar - qada dan qadar seorang guru ialah sekali menjadi guru, selamanya menjadi guru.maka gelaran cikgu tu tak akan hilang walaupun tidak terlibat dengan dunia pendidikan lagi). rindukan kkb ke?itu la siapa suruh pindah...?hehe
diharapkan selepas kursus ini guru-guru telah bersedia dan tahu cara menanganinya sama ada stress atau disiplin. banyak kaedah yang diberi dan patut diamalkan oleh guru kkb yang sentiasa stress bermula awal tahun hingga peperiksaan berakhir! bak kata cikgu azmi kepahitan menjadi seorang guru dirasai sepanjang tahun tapi kemanisannya hanya seketika (selepas keputusan peperiksaan diumumkan). itu kata cikgu azmi. kursus ini sangat baik dan boleh diadakan lagi setiap tahun dan boleh ada poco-poco lagi..;)
menarik....nampaknya para guru dah bersedia menangani stress yang bakal melandaaa!!!!.....hehheheheh
BalasPadamslot yang paling sukses is slot poco-poco.. hahaha.. hingga hari ni masih diperkatakan lagi kehebatan cikgu2 menari poco-poco. tu belum masuk cerita yang berpoco dgn kasut tinggi..
BalasPadam