Sabtu, Disember 29, 2012

malware on site

Salam para pembaca blog semua. Sekian lama tidak bersua....sejak kejadian laman web rasmi MRSM KKB deface oleh hackers Indo(mungkin) berikutan rasa tidak puas hati mereka setelah kekalahan pasukan bolasepak mereka dalam piala AFF 2012.
Mungkin ada para pembaca pernah cuba membuka blog ini dan mendapat makluman daripada browser chrome bahawa site ini mempunyai malware. Sebenarnya malware berkenaan berada dalam website rasmi yang dihostkan oleh Heitech Padu. Website rasmi masih mengalami masalah malware dan broken link namun akan segera dibaik pulih.
Selain daripada blog, pembaca boleh mengetahui perkembangan maktab melalui akaun Facebook rasmi maktab, http://www.facebook.com/MRSMKKB
Semoga bersua lagi

Isnin, Oktober 01, 2012

Innalillahiwa innailaihiraji'un....

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa Tn. Hj. Mohd Saroni bin Kasmani, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2012 (Jumaat) jam 9.10 malam. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada hari Sabtu, jam 10.00 pagi  di Kampung beliau,  No. 33, Parit Hj. Moin 2, Bagan, Batu Pahat, Johor.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengetua di MRSM Kuala Kubu Bharu pada tahun 2004 sehingga 2006 dan merupakan bapa kepada Cikgu Noor Adlin. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

Kehilangannya turut amat dirasai di kalangan warga maktab terutamanya yang pernah berkhidmat di bawah beliau.

Bersama-samalah kita menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah, semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah.

Al Fatihah...

 


Jumaat, September 14, 2012

KEBAKARAN DI MRSM KUALA KUBU BHARU


Dukacita dimaklumkan satu kejadian kebakaran telah berlaku di Blok K asrama lelaki. Kejadian bermula pada kira-kira jam 9.30,10 September 2012. Kebakaran berkenaan telah memusnahkan sepuluh buah bilik di tingkat atas blok berkenaan. Walaupun begitu, TIADA SEBARANG KECEDERAAN ATAU KEMALANGAN JIWAdilaporkan. 
Berikutan kejadian berkenaan keseluruhan kedua-dua blok asrama lelaki ditutup oleh pihak bomba dan polis bagi tujuan siasatan dan keselamatan. Para pelajar lelaki pula ditempatkan sementara waktu di Kem PLKN yang berdekatan dan bas disediakan untuk ke kelas.
Sukacita pihak maktab menyarankan ibubapa supaya tidak terlalu bimbang keadaan anak-anak di asrama kerana keadaan masih terkawal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui telefon atau emel (sila rujuk ruangan Hubungi Kami di laman web rasmi MRSM KKB).


 

Agihan bantuan oleh TP KoKurikulum(Pak Hussin) semalam, 18 Sept 2012.















Selasa, Ogos 07, 2012

Percubaan PMR 2012

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca...hari ini merupakan hari pertama peperiksaan percubaan PMR 2012 dengan subjek B.M. sebagai subjek pertama. Sama-sama kita doakan kejayaan untuk para pelajar dan MRSM KKB....amin

Rabu, April 18, 2012

KECURIAN KABEL TELEKOM(sekali lagi!)

Dukacita dimaklumkan bahawa kabel telefon milik Telekom yang membawa talian telefon dan Internet MRSM KKB telah dicuri. Sehubungan dengan itu semua perhubungan telefon, faks dan Internet(kecuali komputer Pengetua dan PPTM/Juruteknik) adalah terputus sama sekali.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa urusan penting, bolehlah menghubungi kami melalui emel Pengetua dialamat mustafar@mara.gov.my atau pengetua@mrsmkkb.edu.my atau mustafar@mrsmkkb.edu.my. Sebagai pilihan anda boleh menghantar emel kepada webmaster MRSM KKB dialamat mrsmsk@mara.gov.my jika ada sebarang makluman perlu disampaikan kepada mana-mana pihak di MRSM KKB.
Sekiranya anda ingin menghantar faks, bolehlah dihantar ke Pejabat MARA Daerah Hulu Selangor(03-60641082). Pastikan anda mencatatkan dengan jelas pada bahan faks bahawa ianya ditujukan kepada pihak yang berkenaan di MRSM KKB.
Sambungan telekomunikasi mungkin hanya dapat dipulihkan dalam masa dua hari. Segala kesulitan amatlah dikesali dan kami menghargai kesabaran anda. Terima kasih.

Khamis, Januari 19, 2012

JAWATAN - JAWATAN KOSONG - TERKINI

TAWARAN DIBUKA KEPADA SISWAZAH DALAM BIDANG YANG BERKAITAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SEPERTI BERIKUT :

JAWATAN 1 : GURU MATEMATIK (MULAI OGOS*)


TARAF JAWATAN : SAMBILAN

TEMPOH : 2 HINGGA 3 BULAN

TEMPAT BERTUGAS : MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR

KELAYAKAN : SARJANA MUDA (BIDANG BERKAITAN) DENGAN KEPUJIAN ATAU SETARAF ATAU YANG BERKAITAN. GRADUAN TANPA DIPLOMA PENDIDIKAN BOLEH MEMOHON.

SKIM GAJI : HARIAN

SKOP PENGAJARAN : MENGAJAR TINGKATAN 1 - 5 (BERGANTUNG KEPADA SUBJEK)

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI TIMBALAN PENGETUA HAL-EHWAL AKADEMIK, PN SITI HAJAR BT MOHD RASHID DI TALIAN 03-60643907/60643944 ATAU EMEL hea@mrsmkkb.edu.my UNTUK PERTANYAAN LANJUT.

* TERTAKLUK KEPADA TARIKH CUTI GURU SEDIA ADA