Jumaat, Januari 30, 2009

muka-muka baru di kkb...

mrsm kkb telah menerima kehadiran guru-guru baru yang bertukar dari beberapa mrsm lain. ini bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh hampir sepuluh orang guru yang bercuti, berpindah dan berhenti dari perkhidmatan tahun lalu. pada awal tahun tujuh orang guru baru (pindah) telah melaporkan diri untuk bertugas termasuk timbalan pengetua hal ehwal pelajar yang baru iaitu tn hj abd ghani bin yahya yang berpindah dari mrsm pontian, menggantikan ust mustaffa daharun yg bertukar ke batu pahat. turut bersamanya ialah pn disdi munah bt. mad saman (bahasa melayu). guru-guru lain ialah pn. ithnaini bt muhamed kamil(fizik-cg mohd ali) dari kuala terengganu, pn suzieana deraman (sejarah-cg suriani) dari pasir salak, pn nik samhanin mohd ghazali (pend islam-ustz siti aishah) dari mersing, pn nor tutiani abd wahid (biologi - cg asmah) dari gemencheh dan pn atikah kabol (kimia-cg hairul anuar) dari kuala klawang.

bagaimanpun, pada 28 januari lalu, kkb menerima tujuh orang guru baru lagi! memang baru...freshie!nama? tak tahu lagi, maaf lah ye..tak kenal pun lagi. ramai sangat...enam perempuan dan seorang sahaja lelaki. haa...hanya seorang sangat dikenali iaitu nurul najmen taha (kimia) yang pernah menjadi guru sambilan untuk matematik dan kimia menggantikan cg sahani dan farizah. difahamkan, hanya seorang guru bahasa inggeris menggantikan miss marlina. tidak ada pengganti lagi utk cg azmi (matematik) dan yang lain-lain tu tak menggantikan sesiapa pun...jadi, beruntunglah bagi beberapa subjek yang ada guru yang ramai...akan datang nanti ialah guru pjk baru dan matematik, yang rasa-rasanya BARU juga...

10 ulasan:

  1. semat jugak tp kalo x de spot check lg semat.............

    BalasPadam
  2. saya knal cikgu atikah kabol!!! dia warden kt mrsm kk masa batch saya (2001-2003) di mrsm kuala klawang :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum puan, saya nk tanya..
    macam mana flow sebenarnya nak apply jadi cikgu MRSM.. saya dulu bekas student MRSM. tp x thu cara nk apply tuk jadi cikgu di sana...

    terima kasih.

    BalasPadam
  4. @Shura:

    Pertama rajin baca paper. Biasanya tawaran guru Inst Pendidikan MARA (IKM, Giat MARA, KKTM, KPM, Kolej MARA, MRSM dll) diiklankan di akhbar2 utama.

    Kedua call ibu pejabat MARA Bahagian Sumber Manusia tanya bila ada offer. 03-26915111

    BalasPadam
  5. CIKGU PE JE YANG DA KAT SANA LAGI NI...
    RASANYA LAU DATANG KKB TAK KENAL SAPE2 DAH KOT...
    SEDIHNYE..

    BalasPadam
  6. zuridah-
    assalamuaikum

    pemohonan utk guru mara ni...mengutamakan pengalaman mengajar tak? adakah yg berpengalaman diberikan keutamaan?

    BalasPadam
  7. mn nk cari kontek no cikgu ithnaini kamil?

    BalasPadam
  8. boleh emelkan no telefon/emel anda kepada webmaster di alamat webmaster@mrsmkkb.edu.my untuk diserahkan kepada cikgu ithnaini, terima kasih

    BalasPadam
  9. ASSALAM..bole ke klu sy guru smk ingin memohon utk masuk mrsm dan klu bole mrsm kkb?

    BalasPadam