Laman alternatif yang memaparkan aktiviti dan senario semasa maktab.
Jumaat, Januari 30, 2009
TAHNIAH!!!
maka, akan datanglah lagi seorang guru baru pjk menggantikan pak hussin untuk digandingkan bersama cikgu nasir (khabarnya perempuan juga). kelibat pak hussin akan sentiasa kelihatan di bilik barunya yang kini masih 'under renovation'. tak perlulah lagi ke padang dan berseluar trek. imej barunya nanti akan diumum dan dipaparkan kemudian.tunggu...!!! (hari isnin ni)
gelaran bagi timbalan pengetua kokurikulum yang baru ialah tuan hussin atau encik hussin atau 'encik pak hussin....'
muka-muka baru di kkb...
bagaimanpun, pada 28 januari lalu, kkb menerima tujuh orang guru baru lagi! memang baru...freshie!nama? tak tahu lagi, maaf lah ye..tak kenal pun lagi. ramai sangat...enam perempuan dan seorang sahaja lelaki. haa...hanya seorang sangat dikenali iaitu nurul najmen taha (kimia) yang pernah menjadi guru sambilan untuk matematik dan kimia menggantikan cg sahani dan farizah. difahamkan, hanya seorang guru bahasa inggeris menggantikan miss marlina. tidak ada pengganti lagi utk cg azmi (matematik) dan yang lain-lain tu tak menggantikan sesiapa pun...jadi, beruntunglah bagi beberapa subjek yang ada guru yang ramai...akan datang nanti ialah guru pjk baru dan matematik, yang rasa-rasanya BARU juga...
Rabu, Januari 28, 2009
lawatan dari brunei dan YATIM
Selasa, Januari 27, 2009
bengkel RPH v6
kemaskini gambar-gambar keputusan PMR 2008
juga boleh didapati di album picasa
turut boleh didapati di simpanan foto-foto maktab(bagi yang mempunyai akses sahaja)
selamat kembali....
sekarang kira-kira jam 4.50 petang, kedengaran dari dalam rumah nie kenderaan-kenderaan lalu lalang, menandakan sibuknya kawasan asrama dengan para ibubapa/penjaga dan para pelajar yang kembali dari asrama...
esok kita kan berjumpa lagiii.....
Sabtu, Januari 24, 2009
Selamat Tahun Baru Cina
Kelihatan deretan kereta sudahpun berada di depan pintu pagar maktab pada jam 11.45 pagi, dan para ibubapa dibenarkan mulai masuk pada jam 12.30 tengahari bagi mengelakkan gangguan kepada proses/aktiviti pembelajaran di maktab...
Sebahagian pelajar lain pulang menggunakan pengangkutan awam, termasuklah komuter, bas, dan sebagainya. Ada juga yang baru pulang pada hari ini, dengan beberapa buah kenderaan milik ibubapa kelihatan memasuki perkarangan maktab.
SELAMAT TAHUN BARU CINA diucapkan kepada semua warga maktab....
Khamis, Januari 15, 2009
munajat perdana - selamatkan palestin!
mrsm kkb akan menganjurkan program munajat palestin pada 16 januari 2009 (jumaat) bertempat di dataran letak kereta mrsmkkb bermula jam 8.45 - 10.45 mlm. program ini akan disertai oleh guru, kakitangan dan pelajar.
antara program yang akan diadakan ialah :
solat isya' berjemaah
solat hajat
tayangan filem : "GAZA : Under The Siege"
penyerahan sumbangan kepada tabung gaza
selain itu, program isaniah yang dikhususkan kepada pelajar tingkatan empat turut memasukkan slot "anti-zionis/save palestine". antara aktiviti yang dijalankan ialah melukis poster, sepanduk menyatakan sokongan kepada palestine, boikot barangan AS-(pemilik /penyokong yahudi), mengenali dan melukis peta israel dan palestine, dan tayangan filem "Umar Mukhtar - Lion of the Desert" iaitu kisah seorang pejuang libya yang menentang penjajah itali pada perang dunia pertama.
program munajat perdana adalah kemuncak kepada program dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar sejak israel menyerang Gaza. selain ceramah mengenai palestin, sejarah zionis/israel, solat hajat diadakan selepas sembahyang isya' dan *doa qunut nazilah pula dibaca setiap kali sembahyang subuh. ini akan dilakukan sehinggalah israel berhenti membunuh rakyat palestin.dalam pada itu, kakitangan dan guru turut membuat kutipan derma untuk dilsalurkan ke tabung gaza. para pelajar juga turut digalakkan menderma dan kutipan daripada pelajar akan dibuat pada malam tersebut.
inilah jihad kecil yang mampu kita lakukan selain bekerjasama memboikot barangan/produk dari Amerika Syarikat yang dimiliki oleh yahudi atau penyokongnya. inilah kemampuan kita.
selamatkan palestin, hancurkan israel!
* qunut nazilah ialah bacaan doa tertentu yang dibaca selepas doa qunut dalam sembahyang subuh berjemaah. ia bertujuan untuk memohon bantuan Allah supaya melindungi orang Islam dan mencabut kezaliman yang dilakukan oleh orang kafir. sejarahnya bermula pada zaman Rasulullah apabila berlaku kematian 60 orang penghafaz Al-Quran yang dibunuh. Rasulullah telah meminta para sahabat membaca qunut nazilah ini selama sebulan.
(terima kasih ustaz azharuddin)
siapa yahudi? siapa islam? lawati dan baca :http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
(terima kasih wan hasifi amin atas kiriman anda)
hangin satu maktab
sebenarnya sekarang ni adalah musim berangin seperti kebiasaannya (antara januari hingga mac), cuma kali ini musim berangin adalah musim berangin yang kuat...sangat kuat, mungkin paling kuat sejak maktab dibuka.... angin kuat dan kering (tiada hujan) juga melanda seluruh hulu selangor yang berbukit-bukau tetapi bagi kkb (kirikananbukit) teutama mrsm kesannya amat dirasakan keranan kedudukannya betul-betul di kaki bukit. malah ia adalah ancaman bagi mereka yang mempunyai berat badan kurang 40kg.. macam nak terbang rasenyeee..dan setiap kali angin bertiup terpaksa cari tiang untuk berpaut! hehehe...macam lawak tetapi itulah kenyataannya. kejadian bumbung terbang dan tingkap pecah adalah antara kesan luar biasa kali ini.
musim berangin yang sebelum-sebelumnya tidak melarat sehingga ke waktu malam, tidak seperti kali ini....24 jam! dan bunyinya (amat) menyeramkan terutama bila terjaga tengah malam dan terdengar geseran daun serta pokok buluh (yang banyak di sekitar maktab) menerbitkan bunyi siulan yang kadang-kala juga mengasyikkan. sekarang nie jam hampir dua pagi, dan angin sesekali menerpa sangat kuat.
kebetulan pula pembinaan bangunan IKBN di sebelah sedang giat dilaksanakan, maka debu pasir dan tanah berterbangan setiap kali angin menerpa...menjadikan setiap genap inci kawasan maktab(melainkan kawasan-kawasan yang betul-betul bertutup) berdebu, berpasir.
kepada warga maktab keseluruhannya khasnya para pelajar, pastikan keselamatan anda. AWAS DENGAN PINTU DAN LAIN-LAIN OBJEK YANG DITOLAK ANGIN....kemalangan dan kecederaan mungkin berlaku jika anda tak berhati-hati...jadiii...awas kamu ya!
Ahad, Januari 11, 2009
kursus pengurusan tekanan (stress) dan menangani disiplin pelajar
kursus berjalan selama 1 1/2 hari pada 9-10hb januari di bilik tayangan.
hari pertama :
sarapan pagi itu nasi lemak dan air teh dan teh o. oleh kerana free, makanya sarapan pagi tu ala-ala makan tengahari lagaknya..heheh
sesi bermula pada jam 8.30 pagi dengan dimulakan oleh en. khairul anuar, seorang bekas pensyarah di UIA (anak muridnya ada sorang kat sini). selain didedahkan dengan punca dan akibat stress, peserta juga diajar kaedah mengawal dan mengurangkan stress yang rupanya mudah saja dan ada tu dah lama tau tapi tak amalkan....isshh! "banyak sangat kerja! tak tau nak buat yang mana dulu..." ha...! tu ayat biasa dengar dan itu tanda stress la jugak.
pukul 1030 berhenti rehat dan peserta ke bilik seminar untuk minum pagi. tapi...alamak! nasik lagi???yaa...'minum pagi' itu adalah nasi goreng dan telur goreng bersama air teh o dan teh yang manis leting! oleh kerana masih rasa kenyang, ada yang cuma minum air je tapi dengan muka berkerut-kerut. kuih pulak sampai lambat sikit dan manis jugak! adoiii..! boleh kena kencing manis camni. bab pedas boleh la tahan lagi tapi manis ni tak tahan wooo.rasa sampai ke otak!
sesi kedua disambung semula dengan ujian psikometrik. ada sorang tu tak jawab...awas kamu yaa! selepas selesai menjawab dan mengira markah masing-masing, peserta dijelaskan dengan maksud bagi empat kategori kumpulan itu iaitu kumpulan 1, 2, 3 dan 4. kumpulan 4 tak ada orang, tapi kumpulan 3 paling ramai diikuti kumpulan 1 dan 2. kumpulan 2 cuma ada 3 orang, itu pun sorang tu pakai masuk jek! manakala kumpulan 3 mempunyai ahli paling ramai. saya? sebenarnya ada satu lagi kumpulan yang tak dikategorikan iaitu kumpulan 'dua alam'...sebab 'score' kami sama untuk keempat-empat kategori soalan. ada le dua orang kot! kumpulan ni kiranya jenis mana-mana pun boleyyy. sebab tak cukup korum kami masuk je mana-mana kumpulan yang disukai. selepas tu setiap kumpulan kena buat tugasan sikit. huh! kecohnya cam budak2 student gak! tapi seronok la.
sesi ditangguhkan untuk memberi laluan kaum lelaki sembahyang jumaat dan sebelum tu kena la makan dulu. waaah! makan nasi ayam kita. makan pun laju je dan siap tambah lagi.cam tak cukup je..?sebab ramai yang makan bertambah! sedap gak penangan nasi ayam kak yah ni. kali ni air orennya yang rasanya ok la sebab campur ais. sesi petang disambung semula pada 2.45 petang.
sesi petang disambung semula dan keadaan lebih meriah dan agak huru-hara dengan satu game yang nampak macam mudah tapi ramai tak boleh buat sebab kurang tumpuan dan asyik geeelak je. selepas menjelaskan rasional sebalik game tersebut, en. khairul mengajar peserta cara mengurangkan stress fizikal dan menariknya, beliau turut menyelitkan kaedah ini cara islamik. contohnya jika selama ini kita biasa dengar mengunyah chewing gum sebagai salah satu cara senaman muka sekaligus menangani stress, bacaan fatihah yang betul -dengan gerakan mulut(tanpa taranum)boleh dijadikan amalan alternatif. selain dapat relax, dapat juga pahala, apatah lagi jika dibaca berulang kali sambil berniat menyedekahkannya kepada yang telah tiada...insyaAllah. bukan setakat itu peserta juga menari chicken dance, dan esok dijanjikan dengan tarian poco-poco.waa..best!
hari pertama berakhir pada jam 5.00 petang dan masing-masing sekali lagi menuju ke bilik seminar menikmati minum petang. kali ini kuih popia dan.... apa lagi satu ek? airnya nescafe manis lagi. banyak sungguh stok gula dia agaknya.hehe
hari kedua :
pagi sabtu sebelum pukul 8 masing-masing dah sampai. oleh kerana penceramah pun tak sampai lagi, maka kafe la tempat dituju untuk sarapan percuma lagi. pagi ni cuma sandwich dan teh o/teh panas manis lagi. ada tu order roti canai sebab cam tak kenyang je. sarapan lebih ringan sebagai persediaan untuk menari poco-poco. kalau kenyang sangat nanti pancit. sedang sedap menikmati roti canai yang dikongsi, pn siti hajar 'menyergah' kami beberapa kali supaya cepat kerana instructor telah menunggu dan sambil itu juga beliau mencapai sandwich dan air....
tarian poco-poco ni memang biasa dengar dan kalau sesiapa terlibat dengan pandu puteri terutamanya ini adalah tarian rasmi persatuan dan popular dalam kalangan ahli lama sebelum tarian ini popular dalam kalangan masyarakat kini sebagai tarian senamrobik. ia ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan atau disebut juga sebagai line dancing. tarian ini akan nampak cantik dan kemas jika ditarikan dengan langkah yang sama dalam beberapa barisan. apatah lagi jika ia ditarikan oleh mereka yang berpakaian seragam. maka tidak hairanlah anggota perkhidmatan awam yang beruniform seperti tentera dan polis antara yang mahir dengan tarian ini.
sebagai info tambahan , tarian ini adalah gabungan dua jenis tarian tradisional berasal dari dua suku kaum di papua dan ambon. pada mulanya ia tidak bernama dan ia mula popular apabila ditarikan oleh anggota TNI (tentera nasional indonesia) yang bertugas di sana. tarian ini kemudian digabungkan dan diberi nama poco-poco yang bermaksud 'gadis yang badannya berisi dan lincah'. jadi kepada yang badannya (agak) berisi tu patut rasa bangga sebab nampak cantik bila menarikan tarian tersebut macam cikgu...eerrr tak apa lah.hehehe. kalau tak percaya tengok liriknya di bawah. tapi itu pun kalau dapat dia punya step la.yang slim-slim ni tak berapa sangat la nampaknya. tarian ini ditarikan oleh semua peringkat umur dan masyarakat. ia juga telah tersebar ke peringkat anatarabangsa dan menjadi line dancing yang popular dari timur.
Balenggang pata-pata (jalannya berlenggang)
Ngana pe goyang pica-pica (goyangan badanmu...lincah)
Biar kita ngana pe bayang
berbalik kepada sesi tarian ni, dua orang instructor dari atm mengajar kami langkah demi langkah. macam belajar kawad pun ada sebab sebut check!heheh.masa mula-mula menari lintang-pukang! keluar line tak usah kira lah! berterabur! tapi makin lama makin syok dan step 1 dan 2 mudah dihafal walaupun sorang dua tu agak lambat. syabas kepada cikgu norazian dan cikgu rohani, diorang tak keluar langsung dan ikut sampai habis walaupun menurut cikgu rohani sampai ke sudah dia tak dapat step-step tu. semua guru cukup sporting dan ikut menari termasuklah yang lelaki seperti pak hussin,cikgu nasir, ustaz2, cikgu azdi, cikgu zaidi dan cikgu fitri. cikgu nizar tak sempat menyudahkan tarian kerana ada hal katanya. hanya sekumpulan 'ibu mengandung' sahaja yang cuma memerhati. tapi ada sorang tu tinggal tunggu hari tapi melihat keadaannya macam menggelitik nak join sekali.
barisan paling depan (yang mahir) adalah 'gadis-gadis berisi dan lincah' seperti cikgu faiz, cikgu rafidah, cikgu sahani, cikgu ermalawa dan tidak ketinggalan pn siti hajar yang sekali pandang macam menari hip-hop...laju gile!err sori kak hajar...dalam kumpulan tu juga dapat diperhatikan dan diamati terdapat beberapa orang guru yang kelihatannya biasa masuk disko dan menari ronggeng! macam mana nak tahu? mudah je. kata cikgu nizar : yang menari pakai kasut tumit tajam dan tinggi tu lah yang biasa masuk disko antaranya ialah puan suriah dan cikgu ermalawa, manakala penari ronggeng ramai juga, salah sorangnya ialah cikgu isni sebab menari tanpa kasut..hehehe....jangan mara aa..?kami hanya sempat belajar hingga step 3 kerana masa yang tidak mengizinkan dan difahamkan ada lebih 20 step! perrgghh! sejam tanpa henti memang menyeronokkan dan badan mula rasa panas. tak apa kita akan praktikkan lagi selepas ini. itu azam masing-masing. jangan terkejut kalau selepas ni ada poco-poco dalam bilik guru sebab nak hilangkan stress! tak habis lagi kat situ sebab ramai yang semangatnya masih berkobar-kobar sibuk membeli cd lagu tersebut (1 jam non stop!) semangat beb! ada hati nak buat kat rumah la tu...
habis menari kami terus ke bilik tayangan untuk sesi seterusnya. kali ini kami disajikan dengan tayangan slaid yang menarik dan ceramah mengenai disiplin dari Brig Jen (B) Dato’ Hj. Abd Rani bin Ismail, probos marsyal TDM. pesara dari 'camp bridge' .. ;) ini seorang perundingcara dan sedang mengusahakan beberapa syarikat yang terlibat dengan keselamatan. cara penyampaian dan isi topik yang diberikan amat menarik dan masa setengah jam yang diberikan memang tidak mencukupi. tidak puas rasanya kerana banyak lagi pengalaman dan ilmu beliau tidak sempat dicurahkan.
Moderator seterusnya ialah puan Dayang Ku Intan Tunku Hamid, bagi generasi 80an macam kebanyakan kami, (errr...saya terkecuali) nama ini memang cukup dikenali . bekas penyanyi (masih menyanyi tetapi tidak seaktif dulu) yang popular sekitar penghujung 80an. lagu beliau "kita Insan Biasa" duet bersama jay jay adalah antara lagu popular ketika itu hingga kini (siaran retro). beliau kini mengusahakan sebuah rumah perlindungan untuk remaja bermasalah. mendengar suaranya bercakap pun sedap apatah lagi bila menyanyi...:) beliau berkongsi pengalaman mengenai anak-anak ini yang terlibat dengan gejala sosial seawal usia sembilan tahun. jika selama ini hanya membaca atau mendengarnya dari media sudah cukup menakutkan, rupa-rupanya di luar sana lebih dahsyat dan masih ada lagi gejala besar yang sedang melanda anak-anak remaja kini.
encik razman (suami pn dayang) mengakhiri sesi kursus dengan kisah gangsterisme yang sedang melanda dan mengancam anak-anak kita sekarang! takutnya!
upacara penyampaian sijil oleh en khairul anuar dan cenderamata kenang-kenangan untuk setiap moderator disampaikan oleh puan siti hajar yang mewakili puan pengetua. harapan kami agar mereka dapat hadir lagi ada berkongsi cerita, pengalaman dan mencari jalan untuk cuba menangani masalah disiplin yang sering berlaku di mrsmkkb.
majlis berakhir pada jam 12.00 tegahari awal sejam daripada dijadualkan atas permintaan moderator. makan tengahari kami disajikan dengan dua menu! lontong dan nasi beriani. ini kerana kami tidak berhenti untuk minum pagi disebabkan anjakan masa tadi. walaupun nampak banyak tapi habis! ramai yang makan dua2 sekali dan siap tapau lagi terutama yang dah hilang 1kg sebab poco-poco pagi tadi. terpaksa la habiskan buat apa membazirkan? sedang-sedang makan, terpandang la dua orang ini yang cukup dikenali. miss marlina dan cikgu hairul (kata en khairul anuar - qada dan qadar seorang guru ialah sekali menjadi guru, selamanya menjadi guru.maka gelaran cikgu tu tak akan hilang walaupun tidak terlibat dengan dunia pendidikan lagi). rindukan kkb ke?itu la siapa suruh pindah...?hehe
diharapkan selepas kursus ini guru-guru telah bersedia dan tahu cara menanganinya sama ada stress atau disiplin. banyak kaedah yang diberi dan patut diamalkan oleh guru kkb yang sentiasa stress bermula awal tahun hingga peperiksaan berakhir! bak kata cikgu azmi kepahitan menjadi seorang guru dirasai sepanjang tahun tapi kemanisannya hanya seketika (selepas keputusan peperiksaan diumumkan). itu kata cikgu azmi. kursus ini sangat baik dan boleh diadakan lagi setiap tahun dan boleh ada poco-poco lagi..;)
1st outing day....2009
giliran pelajar lelaki....
tak pasti siapa warden bertugas, ketua warden meminta en muhaimi bertugas tapi beliau ada kelas wajib hadir jadi terpaksa minta pelepasan...
masa kat rawang, jam 3.30 petang kelihatan masih ada beberapa kumpulan pelajar sedang berjalan kaki di sekitar pekan rawang, takpasti sama ada mereka sempat balik sebelum jam 5.00 petang...tapi mereka masih berpakaian outing lengkap dan mengikut peraturan, baguslah...kelihatannya seperti para pelajar tingkatan 3, tapi tak pasti sangat...
bila balik ke maktab, dah lebih kurang 5.15petang, masa dalam perjalanan tu ada sebuah kereta proton wira, penuh dengan pelajar lelaki....pemandunya perempuan, mungkin ibu salah seorang pelajar...baguslah....ini yang kita mahukan...senang hati melihat...tiada resah guru-guru di maktab....
*adalah dimaklumkan mesy. warden lepas telah memutuskan mana-mana pelajar lelaki yang memakai t-shirt/baju lain di dalam baju batik outing, baju berkenaan akan dirampas serta-merta. ini adalah untuk mengelakkan para pelajar menukar baju semasa berada di luar maktab....harap maklum semua pelajar lelaki
Khamis, Januari 08, 2009
tahun baru, selera baru
guru dan kakitangan hanya dapat menikmatinya pada 5 januari memandangkan pada hari sebelumnya semua guru dan kakitangan yang terlibat dengan pendaftaran tidak berpeluang langsung menjejakkan kaki ke sana. makan tengah hari pun pukul 3 petang. bagi kakitangan pejabat yang menguruskan kutipan yuran, mereka hanya dapat menjamah makanan pada pukul 5 petang!
pada hari kedua kafe dibuka,disebabkan teruja, maka pada pagi hari isnin itu kami beramai-ramai menuju ke kafe tersebut yang telah lama tidak dikunjungi. (hari-hari sebelumnya sarapan dan makan tengah hari kami di sek memandu samy, mai selalu, gerai soto disebelah bsn dan kedai-kedai makan sekitar kkb...)
masing-masing tidak sabar untuk menikmati pelbagai menu yang selama ini hanya dapat dinikmati di gerai luar. dalam pada masa yang sama juga kelihatan masing-masing bajet semasa mengambil makanan. dan rupanya pagi itu semua dapat makan free sebab ada seorang dermawan yang menaja kesemua sarapan yang diambil oleh guru dan kakitangan.ishh...disebabkan ramai tak tau maka masing-masing cuma ambil menu biasa dan terhad..hehehe
tengahari itu barulah tajaan berakhir dan berbondong-bondong ke kafe termasuk saya sendiri pilih lauk-lauk biasa dan dijangka agak murah berbanding yang lain (makan catu - jaga badan)tapi bila tiba di kaunter bayaran, kebanyakannya bertanya dua-tiga kali pada cashier sebab tak percaya dengan harga yang perlu dibayar. murah beb! murah gile!...ayam masak lemak, tempe 2 keping baru 2.50...! dan sorang cikgu fizik tu kata hari ini dalam sejarah sebab makan tengahari cuma rm4 sahaja! dengan segala lauk-pauk dalam pinggannya!itu juga termasuk air.
setiap kali sarapan juga meja penuh dan makan nasi impit kuah kacang, kuey tiaw goreng, hati seketul dan air milo tarik = rm2.50..dan ada yang kena singgit je...!kuih sebiji 30 sen.
moga bertambah murah lah rezeki tuan punya kafe baru ini walaupun harganya murah. ada tu rasa tak sampai hati nak bayar dengan harga yang diletak :) walaupun masih ada beberapa kekurangan, secara keseluruhan warga maktab berpuas hati kerana tak perlu keluar maktab untuk sarapan pagi lagi...
doa perpisahan
majlis yang dipengerusikan oleh tn hj nizar didahului dengan bacaan fatihah dan doa untuk saudara kita di Palestin. selepas ucapan ringkas puan pengetua, mic pun diberikan kepada ust roslan yang akan berpindah ke mrsm kuantan. beliau yg dikenali dengan kepetahannnya berbicara mengungkap bait-bait ayat dengan tenang dan agak perlahan. mrsmkkb merupakan tempat kedua ustaz bertugas selepas mrsm muadzam shah dan mrsm kuantan mengembalikannya semula ke negeri pahang dan mendekatkannya dengan kampung halamannya di kelantan. bermakna juga pada suzons akan datang kkb bakal tidak menghantar (?)pasukan bola sepak/futsal disebabkan salah seorang pemain sayapnya telah terbang...dan juga disebabkan guru/staf lelaki yang semakin berkurangan...lagi kkb kehilangan seorang 'sub inspektor'..
sebelum cikgu azmi memberikan ucapan terakhirnya, kebanyakan kami yang mengenalinya menjangkakan akan ada air mata yang gugur dan boleh juga menyebabkan bilik seminar banjir dek air mata rakan-rakan lain yang sedih kerana kehilangan seorang rakan guru yang amat berdedikasi. bagaimanapun jangkaan itu jauh meleset...nampaknya beliau dapat mengawal perasaannya dan telah redha dengan perpindahan tersebut. dalam pada itu sempat juga buat lawak. beliau adalah salah seorang perintis maktab ini dan pada awalnya disangka sebagai ustaz. pemergiannya tentulah amat dirasai apatah lagi beliau salah satu tunjang program kecemerlangan. menurutnya segala ilmu dan pengalamannya akan dikongsi bersama semua mrsm sesuai dengan tugas barunya di bahagian pembangunan sumber (bps) berbanding tugasnya kini yang hanya menumpu kepada kkb.dan demi menunjukkan betapa kasihnya kepada kkb, beliau telah berjanji untuk hadir dan menabur ilmunya dalam setiap kem kecemerlangan yang akan diadakan. pemergiannya bermakna tidak akan kedengaran lagi gelak ketawa beliau yang memecah 'ketenangan' bilik guru, seorang lagi warden lelaki pergi dan banyak lagi la...ucapan beliau ringkas tetapi bermakna dan menyentuh hati sebahagian besar kami yang telah lama mengenalinya. tidak cukup ruangan dan masa untuk dinyatakan di sini betapa besar sumbangan dan peranan kedua-duanya kepada kkb. harapan kami semoga budaya dan cara kerja kkb akan terus dikekalkan di tempat baru.
acara seterusnya diserikan dengan penyampaian hadiah daripada setiap jabatan, kelab warga, muafakat dan unit. pantun minang empat kerat daripada tn hj nizar (maklum la baru balik dari Padang) menutup majlis perpisahan ini yang berbunyi (sila baca dalam dialek minang):
Adaik bosabung jo monang kalahnyo,
Adaik bokampuang jo gogak gempita,
Alau bokabung seakian lamo,
Indakkan baulang suko nan duko.
Adaik bokampung jo gogak gempita,
Adaik bakawan jo ado lawannya,
Simpanlah kanangan biar daito,
Semuga hubungan balamo satio.
maksudnya :
Adat bersabung menang kalahnya,
Adat berkampung gegak gempita,
Walau bersedih sekian lama,
Tidak berulang suka dan duka.
Adat berkampung gegak gempita,
Adat berkawan pasti ada lawan,
Simpan kenangan biarpun sedih,
Semoga hubungan terus setia.
kedua-duanya akan memulakan tugas di tempat baru pada Isnin, 12 Januari 2009. selamat bertugas dan moga kkb tetap di hati...
seperti biasa majlis diakhiri dengan acara makan-makan..dan menu kali ini ialah nasi ayam kak yah.
Rabu, Januari 07, 2009
1st day.....PSP
BISINGGGGGNNYYYYEEEEEEE......hampir dua bulan cuti tak abis-abis lagi borak korang ye ? tension nak kerje mcm nie...dah lah keje minimbun......huaarrggghhh!!!! terpaksa lah layan alizee, jayjay+dayangku intan dengan george michael...haduhhh...sib baik PC dah ok...
gangguan Internet
ok, redirect semua request ke leased line tapi sudah pasti sangat lah slow dan prioriti sudah tentulah untuk pentadbiran maktab, harap maklum dan terima kasih atas penerimaan semua...
talian broadband/streamyx akan dipulihkan secepat mungkin....
Selasa, Januari 06, 2009
pendaftaran tingkatan 4
pendaftaran tingkatan 4 juga dicemari dengan tertangkapnya seorang pelajar(yang baru mendaftar) menghisap rokok di asrama.....
Isnin, Januari 05, 2009
hari pertama 2009
kelihatan semua warga maktab begitu sibuk dan terkejar-kejar ke sana sini. masing-masing pastinya ada sesuatu untuk dibereskan, untuk diuruskan. para pelajar dan guru terutamanya kelihatan begitu ceria. banyak wajah-wajah baru kelihatan pada hari ini......
esok para pelajar tingkatan 3 2008 akan mendaftarkan diri untuk persediaan tingkatan 4 2009. kaedahnya agak berbeza pada tahun ini kerana semua pelajar tingkatan 3 2008 akan mengikuti program yang disediakan. hanya apabila keputusan PMR 2008 dikeluarkan, barulah 'tapisan' akan diadakan. ini adalah bagi mengelakkan pelajar keciciran akibat "terlalu lama bercuti" dan bagi memastikan masa yang ada dimanfaatkan dengan lebih bermakna....
kelihatan berhampiran dengan Pejabat Pentadbiran, beberapa orang pekerja binaan sedang sibuk menyiapkan bilik untuk kegunaaan TP Ko-Q.
para pelajar pula mulai sibuk dengan jadual orientasi yang sememangnya padat sebagaimana yang dijangka.....
Ahad, Januari 04, 2009
hari pendaftaran sesi 2009
para guru dan kakitangan yang terlibat telah mengorbankan masa cuti dan rehat bersama keluarga bagi membolehkan segala urusan pendaftaran pelajar berjalan lancar. asrama telah disediakan dengan sebaik mungkin, walaupun masih ada beberapa bahagian yang tentunya boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa. kali ini sistem merit/mata mungkin dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kerosakan peralatan serta kemudahan di asrama, terutamanya asrama pelajar lelaki.
sepertimana yang dinyatakan cikgu zaiton dalam blognya, pedaftaran bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 6.00 petang. mana-mana pelajar yang datang lewat dikehendaki mendaftarkan diri di pejabat pada keesokan harinya.
semoga sesi persekolahan kali ini akan lebih baik dan bermakna, cemerlang dan terbilang sebagaimana tradisi di MRSM KKB....
Jumaat, Januari 02, 2009
sayonara...
kini telah sah setelah dengan rasminya surat pekeliling perpindahan dikeluarkan(Surat Pekeliling Pertukaran/Perubahan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Bil.01/2009 ) bahawa Cikgu azmi nasran dan us. roslan akan bertukar tempat kerja. masih-masing dipindahkan ke Ibu Pejabat, iaitu Bahagian Pembangunan Sumber(Cikgu Azmi) manakala us. roslan ditempatkan di MRSM Kuantan.
makin berkuranglah warden lelaki dan guru lelaki di MRSM KKB buat masa ini....
buat kalian, selamat maju jaya kami warga MRSM KKB ucapkan.....semoga kita kan berjumpa lagi, dan di ketika itu kita masing-masing lebih gembira, lebih bahagia.....amin