Ahad, November 02, 2008

graduasi kali ke-6.....SYABAS!

1 november 2008, berlangsung hari graduasi kali ke-6 mrsm kkb. kali ini majlis berlangsung dengan lancar dan hampir tanpa sebarang masalah. kehadiran dif jemputan pada kadar membanggakan.

majlis bermula agak lewat, dengan para ibu bapa pelajar menunggu penuh setia di dalam dewan al-ghazalli. sesekali pasukan gamelan memainkan muzik selingan bagi menghilangkan kebosanan para hadirin menunggu dalam dewan.

tiba kehadiran perasmi majlis, EN MOHD NIZAM MOHD ALI yang kini merupakan Pengarah Sektor Swasta, Institut Integriti Malaysia...para graduan berangkat masuk ke dalam dewan al-ghazalli dan mengambil tempat duduk masing-masing, dengan diiringi muzik gamelan dari kumpulan Gemalai Sari, mrsm kkb.

tidak lama kemudian, perasmi majlis diiringi oleh senat dan para guru mengambil tempat, juga diiringi dengan alunan muzik gamelan.

majlis terus berjalan lancar dengan ucapan pengetua, diikuti oleh ucapan berkobar-kobar oleh perasmi majlis dan seterusnya bahagian yang ditunggu-tunggu - pengiystiharan graduasi serta penganugerahan graduasi kepada para pelajar yang tersenarai.

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pada tahun 2008 ini majlis berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

*gambar sepanjang majlis akan diletakkan kemudian

1 ulasan:

  1. makluman kepada para ahli kelab fotografi. gambar-gambar yang diambil semasa majlis graduasi akan disemak bersama-sama bagi meningkatkan ilmu fotografi anda pada semester depan, semester nie tak sempat la kursus sesaja...selang seminggu...penat...

    BalasPadam