Isnin, Oktober 27, 2008

hari keluarga 2008

hari yang dinanti-nantikan sepanjang tahun telah tiba...


kali ini hari keluarga diadakan di wet world, shah alam dengan penyelarasnya ustaz zeidi....


kelihatan pengetua, pn siti fatimah hassan dengan begitu berkobar-kobar (beliau kata "release tension") mengetuk bende alah tu sebagai simbol merasmikan sambutan hari keluarga kali ini.



yang paling menggembirakan adalah kehadiran ahli-ahli warga yang telah meninggalkan mrsmkkb seperti tn hj safar sekeluarga dari johor, en rosli dari BPLM, en hairul sekeluarga dari scomi. turut memeriahkan adalah kehadiran ahli-ahli keluarga, anak-anak dan pasangan para guru serta kakitangan.

pengetua juga amat bersyukur dengan kehadiran awien serta azli, alhamdulillah semoga semangat muhibah ini akan berkekalan sampai bila-bila.

acara untuk anak-anak tak berapa banyak kali ini kerana "diganggu" oleh acara untuk bapak-bapak anak, atau bapak-bapak yang berani sahaja bak kata husin. acara huru-hara dalam air telah menyebabkan konduktor acara dari wet world telah semput dan mengucap berkali-kali.

kehadiran en kefli yang kering sekering-keringnya berserta cermin mata hitam glamor telah menyebabkan kumpulan bapak-bapak menyerbu beliau hingga basah. tahniah en kefli atas kehadiran cahaya mata beliau, seorang anak perempuan - kami doakan semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada kedua-dua ibu bapanya. namun takziah juga kepada beliau kerana kehilangan kembar anaknya itu yang meniggal dalam kandungan.

acara wanita berjalan dengan lancar dan tidak memeningkan kepala konduktor.

tiba acara yang paling dinanti-nantikan iaitu acara "mendapat bahagian masing-masing". antara yang sempat di highlight adalah:

1. kak isni mendapat seterika agar baju abang pin lebih licin tak berkedut

2. kak normah mendapat tong air agar dapat menyimpan lebih banyak air

3. chor mendapat comforter, sesuai pasangan baru kawen

4. encik zabid/jabit mendapat periuk selepas tiga tahun berturut-turut mendapat seterika

dan banyak lagi...

manakala hadiah bonanza :-

1. basikal - dimenangi pn norfaizah...cayalah pasti makin kurusss

2. m/wave oven - pn helyanie...tahniah...boleh 'rebus' botol baby baru nanti

3. water heate - chor...huhuuuuu...sesuaii pasangan pengantin baru

4. satu lagi dah lupa....boleh sesiapa ingatkan ?

anak2 memang tak putus2 berendam, menyelam dan sebagainya. syabas penganjur dan penyelaras walaupun ada beberapa bahagian masih boleh diperbaiki. semoga kita boleh bersama lagi seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang, bersama dengan hadiah-hadiah bonanza yang lagi gempar....insya Allah.

*juga kepada mana-mana ahli warga atau sesiapa sahaja yang ada mengambil gambar semasa sepanjang acara hari keluarga berlangsung dan berminat untuk berkongsi, sila hubungi pptm/muhaimi di sambungan 220 atau emel : muhaimi@gmail.com

4 ulasan:

  1. aku x de nak comment pape la..psl ari kuarga ni.. tgk gambar pun x abis..x sanggup.ati sakit beb!

    BalasPadam
  2. takpa la eton...ko diisytiharkan "terselamat"....
    tahun depan siapa tahu mungkin ko "terkena" macam diorang hahahhaha...aku tak kenaaaa

    BalasPadam
  3. mesyuarat post mortem akan diadakan pada hari khamis, 6 november yang akan datang....
    diharap semua ketua AJK mendapatkan maklumbalas daripada anak-anak buah masing-masing dan sampaikan semasa post mortem untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan yang akan datang....

    BalasPadam
  4. SAYA ANAK HOMEROOM CIKGU ROSLI..
    CMNE NAK CONTACT DIA..LAMA TAK JUMPA DIA..

    BalasPadam