Ahad, November 02, 2008

hari anugerah kecemerlangan SPM 2007

sebagai menghargai semua pihak yang terlibat sehingga menjadikan keputusan peperiksaan spm mrsmkkb 2007 suatu kecemerlangan, satu majlis diadakan pada hari ini.

majlis dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran para tetamu serta bekas pelajar yang menduduki spm pada 2007 yang sudah. acara dimulakan pada jam 9.40 pagi dengan kehadiran Pengetua diiringi PPHEA, PPHEP, mantan Pengetua - Tn Hj Md. Safar bin Said serta mantan PPHEA - Dr Mohd Uzi Bin Dolah.

ucapan pengetua begitu bersemangat di samping penghargaan dilontarkan atas usaha mantan pengetua, Tn Hj Md Safar sehingga kecemerlangan ini dicapai. beliau juga amat berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan atau ditingkatkan lagi. segala program dan perancangan diteruskan dan dibuat penambahbaikan demi mencapai sasaran.

tidak kurang juga berkobar-kobar semangat ucapan Tn Hj Md Safar Bin Said. amanat-amanat beliau terhadap anak-anak tidak mungkin dilupakan. maktab juga disarankan agar mengekalkan hubungan baik dengan anak-anak ini.

persembahan koir juga tidak kurang hebatnya tatkala para hadirin mula menjamu selera. SYABASSSS!!! persembahan diteruskan dengan tayangan slaid MS PowerPoint diiringi dengan alunan muzik piano yang menyegarkan.

selain daripada pengetua dan mantan pengetua yang paling berseri-seri hari ini tentulah tidak lain tidak bukan adalah Cik Normah Selamat selaku penyelaras program kecemerlangan SPM 2007. SYABASSS DAN TAHNIAH diucapkan!!!!

10 ulasan:

  1. x de gmbr ek abng muhamie?

    BalasPadam
  2. gambar akan dimuatnaik kemudian, tapi tak semua taaawww...yg lain akan remain limited edition, unleashed...so one day u all will find it pricelessly nostalgic and pay a million bucks for it hahahah....jokin
    batch spm 2006 takde eh ? well, sekali air bah, sekali pantai berubah dik...ini tahun pengetua lain...maybe thats why
    kalau berminat untuk adakan juga, cuba bincang dengan kaunselor - kak eja
    thanks for commenting anyway

    BalasPadam
  3. spm 06' ade lah!!!skali ngan jamuan raya 07'
    ishk3~

    BalasPadam
  4. haaaa...tak hadir laa tuuuu...kesiaann...
    takpa, nanti buat sesi gathering kat sini....;p

    BalasPadam
  5. ishhhh! kak ja x de kene mengene le...bukan salah kak ja tau.
    sape nak gamba tu???ada!ada! personal collections.klu nak rm dulu..hehhehe

    BalasPadam
  6. mate duitan tol la...ptt la dunie skunk penuh dengan korupsi...
    opps...no offence..agaga..

    BalasPadam
  7. sapakah itu!!!???ingat kamra dpt free ke..??

    BalasPadam
  8. hehehhehe...lex aaaaa....nnt kita akan share jugak....dan takkan lupakan tuan kamera gakk....esp kamera mahallll muahahhahah

    BalasPadam
  9. wuwuwu~
    saye slh sorg pelajar mrsmkkb2007..
    x dpt hadir ke majlis tuh..
    sedey..
    neway sampai kan salam saya kepada sume cikgu2 kkb..
    miss them all..n tq..
    salam dr bumi Russia~

    BalasPadam