Laman alternatif yang memaparkan aktiviti dan senario semasa maktab.
Rabu, Disember 31, 2008
selamat tahun baru
kepada semua pembaca, khususnya para warga maktab....diucapkan selamat tahun baru hijrah 1430 dan tahun baru masihi 2009
semoga tahun yang sudah pergi dengan baik sekali dan tahun yang baru datang dengan lebih baik lagi.......untuk kita semua....
Selasa, Disember 30, 2008
Keputusan PMR 2008
Setelah menunggu selama dua bulan setengah, keputusan yang dinanti-nantikan telah diketahui pada hari ini. Pelajar-pelajar tingkatan tiga telah mengambil peperiksaan bermula pada kira-kira jam 11.15 pagi di Dewan Al-Ghazali, MRSM Kuala Kubu Bharu.
bagaimanapun sebelum dibenarkan mengambil slip keputusan, pelajar-pelajar ini perlu melepasi beberapa kaunter bagi memastikan mereka tidak mempunyai tunggakan dengan pihak maktab. bagi yang tidak dapat melunaskan bayaran pada hari ini mereka masih dibenarkan mengambil keputusan. Berbagai reaksi boleh dilihat pada wajah-wajah mereka. tahniah bagi mendapat keputusan cemerlang dan bagi yang tidak mendapat semua A teruskan perjuangan anda kerana masih ada SPM untuk ditempuhi.
secara tidak rasmi MRSM KKB mendapat tempat ke-5 secara keseluruhan...tahniah kepada penyelaras PMR 2008, Puan HamizatulAzian dan semua guru yang bertungkus-lumus selama ini. kejayaan pelajar adalah kegembiraan bagi kami - warga maktab keseluruhannya.
Isnin, Disember 15, 2008
medan....berakhirnya perjalanan
catatan perjalanan akan menyusul kemudian....bagi mana-mana yang terlibat dan ingin membuat catatan bersama, sila hubungi muhaimi di emel muhaimi@gmail.com
HORAS!!!
Khamis, Disember 11, 2008
berlepas ke medan
perjalanan bagi kumpulan terakhir bermula pada kira-kira jam 2.30 petang apabila bas 'Siva Brothers' yg ala2 best tu tiba di maktab. setelah memastikan "segalanya" lengkap, "ketua kumpulan" memberikan arahan perjalanan dimulakan dengan doa selamat oleh En Zainal Abidin....
sebaik saja keluar dari kawasan maktab, hujan renyai-renyai mulai turun dan sebelum tiba di rasa, hujan mulai lebat....
hampir jam 4.00 petang, kami selamat tiba di LCCT. ketua kumpulan dengan dibantu Encik Zamzury mendapatkan maklumat awal berkenaan penerbangan dari papan maklumat elektronik LCCT yg ala-ala stesen bas xpress tu. tapi nampaknya kami tiba agak awal, maklumat yang dinanti belum dipaparkan walaupun "sepatutnya" telah dipaparkan...tak apa, kami tunggu. elok juga kami tunggu, sempatlah solat asar bagi yg tak solat lagi dan sempat jugaklah mengalas perut sesiapa yang berkeinginan...
tup-tap-tup-tap, tiba masa check-in, kami pun beramai2lah ke kaunter bagasi. nasib baik awal, baru ada beberapa orang. lepas kami beratur jer kaunter tu mulai sesak, bersyusyun-syusyun di belakang kami, naik pening nengoknyaaa....
check-in bagasi berjalan lancar, tapi ada sorang sedara kat belakang kumpulan kami telah menumpang bagasi beliau bagi mengelakkan beliau di caj terlebih berat bagasi yang dibenarkan. pada mulanya kami agak keberatan, tapi kemudiannya membenarkan. satu tindakan kurang bijak sebenarnya sebab kita pun tak tahu apa kandungan bagasi beliau!(nasib baik tak ada apa-apa masalah dengan bagasi tu.....)
setelah memastikan ahli kumpulan cukup semuanya, kami beratur di depan pengawal sebelum memasuki kaunter imigresen. yang musykilnya bila pengawal berkenaan mengira jumlah ahli, tak cukup pulak! rupanya en zainal 'menghilangkan' diri sekejap.....hehhehhe...gabra betul. terus ke kaunter imigresen dan tak ada sebarang masalah...kami dilayan dengan baik sekali.....
tiba di balai berlepas. ada surau jugak rupanya di sini, baguslah. tunggu punya tunggu, flight delay sebab cuaca di jogja ke mana ntah pesawat tu tak boleh berlepas. ingatkan lama, rupanya dalam 15 minit aje...
setelah diumumkan pesawat dah tiba masing2 kalut beratur. ada sorang makcik tua tu tersengih2 potong barisan, tak malu betul. nak kata tua warga emas tu takde la, gagah perkasa sihat walafiat lagi, beratur ajer la kan....
kami berlepas dengan selamat. sewaktu dalam penerbangan, pramugari meminta semua penumpang warganegara asing(bukan warga indonesia) mengisi borang khas ketibaan untuk diserahkan kepada imigresen indonesia(mandatori). namun di sebabkan nabil agak meragam masa tu, ketua kumpulan terlepas makluman berkenaan.
borang khas berkenaan hanya diperolehi semasa penerbangan berada di ruang udara indonesia menyebabkan kebanyakan ahli kumpulan(selain ahli yang mengambil borang sendiri) tidak sempat mengisi borang berkenaan....
tiba di lapangan terbang antarabangsa medan/bandara polonia(ringkasan dari bandar udara polonia) kami agak kalut untuk mengisi borang berkenaan. yang agak ketinggalan adalah keluarga en zamzury/pn aidar, manakala yang pasport kelompok siap lebih awal.
tiba saja di ruang mengambil bagasi, ada sedikit masalah timbul - en zainal kehilangan beg! ketua kumpulan serta en zainal segera memeriksa tempat menuntut/menghantar beg hilang/tertinggal, namun hampa. kemudian kami melaporkan ke kaunter pengawal, mereka meminta kami memastikan beg berkenaan benar-benar hilang, jika sudah pasti beg hilang, laporkan sekali lagi. ketua kumpulan segera memeriksa beg-beg yang kedapatan dan membandingkannya dengan senarai check-in bagasi dan mendapatkan nombor beg yang hilang...
pemeriksaan seterusnya mendapati terdapat sebuah beg yang sama dengan beg yang hilang(cuma berlainan warna - biru tua dan hitam). sudah hampir pasti beg an zainal telah diambil orang yang menyangkakan beg berkenaan miliknya tanpa memeriksa rapi. beg berkenaan kami ambil dan laporan susulan dibuat. pengawal berkenaan meminta kami berurusan dengan wakil air-asia di bandara polonia...
seterusnya kami disambut oleh pak...... yang merupakan salah seorang pemandu pelancong kami di medan. beliau telah membawa kami kepada wakil air-asia di bandara polonia. mereka begitu baik hati dan berusaha membantu menyelesaikan masalah beg en zainal. ahli kumpulan yang lain telah di bawa menaiki bas terlebih dahulu.
setelah memeriksa sekitar lapangan terbang jikalau adanya beg en zainal(namun hampa) kami di bawa ke sebuah restoran "eksklusif" di medan, Restoran Simpang Tiga....makanan tradisionalnya boleh tahan, tapi sedikit-sedikit saja lauknya sedangkan kami memang selera gajah malam tu setelah berlari ke sana-sini mencari beg yang tak jumpa....
selepas melepaskan selera gajah masing-masing, kami berangkat ke berastagi...yaaaaa...malam tu jugakkk....perjalanannya cukup mencabar dengan jalan separa berturap, bengkang bengkok, berlobang-lobang dan ada beberapa kemalangan mengerikan sepanjang jalan....tawakkal aje lahh.....ahirnya kami selamat tiba di sebuah hotel yang indah, namanya sinabung.....cukup indah, sayang sungguh tiba tengah malam, tak sempat menikmati keindahan sepenuhnya...
seawal subuh pagi esoknya, kami bersama-sama dengan semua kumpulan lain yang telah tiba lebih awal untuk menikmati sarapan pagi. kemudiannya mengikuti sedikit taklimat ringkas di 'taman' hotel berkenaan yang mana lanskapnya sangat menarik....tn hj nizar memaklumkan status program berkenaan, yang mana agen pelancongan di malaysia memberikan sedikit masalah....
ramai peserta mengambil kesempatan untuk bergambar berlatarbelakangkan suasana menarik lanskap hotel berkenaan.
kemudiannya kami terus ke 'pasar buah' berastagi yang kaya dengan buah-buahan tempatan serta buah-buahan beriklim sejuk...pak hussin mendapat 'deal of the tour' dengan membayar hanya 40k rupiah bagi sebakul buah(tanpa bakul) sedangkan peserta lain rata-rata membayar 140k-150k untuk sebakul buah, berserta dengan bakul yang tak bermakna hehehheheh......
ketua kumpulan mengambil kesempatan meronda pekan bersama anak dan isteri pedati berkuda....menarik, tapi busuk betul.....
kat 'pasar buah' kami hampir-hampir keciciran seorang peserta iaitu kamalizah. beliau begitu asyik 'bargain' tapi sehingga tak sedar kami dah nyaris-nyaris bertolak. nasib baik, kalau tak mau nya kena jual ngan indon hahhahahhaha.....
di pasar buah nie anda boleh beli macam2, buahnya sudah pastilah. 'jaket korporat' jenama boss pun banyak kedapatan, pilih jer. selain daripada tu sarung kepala, tapi dan beberapa cenderamata2 lainnya....cuma kena pandai tawar-menawar/bargain saja...
tak sempat puas pun bagain, kami dah kena naik bas(selepas mendapatkan kamalizah) meneruskan perjalanan ke tasik toba. bahagian nie paling teruk, jalannya...tak jumpalah jalan macam nie kat semanjung tanah melayu nie....ketua kumpulan paling menderita...yang lain-lainnya tak tahulah....hairan sungguh kami, di kampung-kampung disini kelihatannya begitu banyak sekali gereja-gereja. mungkin missionary2 jerman dulu sampai lebih awal....
kami singgah di 'air jatuh' sipiso-piso. kecil saja air terjunnya tapi saaaanggaaaattt lah tingginya. dari sekitar air terjun berkenaan kami dah boleh nampak tasik toba yang luas banget tu....memang indah, dan luas tentunya sebagai tasik ketiga terbesar di dunia. kat sini le bebudak kecik beli chitato yg best tu...ada tanda halal lagi....bedallll....
kami meneruskan perjalanan(yang teruk itu) lagi...
tiba di satu pekan, dah lupa namanya kami berhenti untuk makan tengahari. perjalanan ada kira-kira 20km saja lagi. nasib baik berhenti makan, kalau tak, hampir pasti ketua kumpulan terlebih dahulu akan 'pengsan'.....bedal je makan janji halal hari tu.....
perjalanan diteruskan...
Rabu, Disember 10, 2008
Selamat Hari Raya Aidiladha
Khamis, Disember 04, 2008
perjalanan ke Medan, Indonesia
Rabu, Disember 03, 2008
hotel melati - KKB
cubaan pertama mengambil gambar tak berjaya...tak perasan sebuah unser lalu....
inilah hotelnya lebih kurang....kat pintu menyatakan hotel dibuka 24 jam....
sebuiah resotan/kedai makan bersebelahan dengan hotel melati...
hari yang cerah dan terang benderang.....ini adalah restoran Fazlina Maju yang tersohor di KKB, terletak kira-kira 200m-300m dari hotel melati. restoran ini dibuka 24 jam sehari walaupun makanan yang kedapatan selepas jam 1 pagi adalah ala-kadar....kelihatan juga sebuah kedai serbaneka 7-eleven terletak berhampiran....
berikut adalah nombor telefon Hotel Sri Melati Kuala Kubu Bharu
03-60642772/ 03-60642629
fax : 03-60642641
............
SPM 2008 - hari terakhir
malam tadi juga menyaksikan 'bekas guru Rekacipta' cikgu Ali meluangkan masa malam beliau bersama-sama dengan pelajar Rekacipta untuk persediaan terakhir menggambarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi beliau terhadap maktab....SSSSYYYAAABBBAAAASSSSS cikgu Ali....
pada ketika ini juga para pelajar lain telahpun berada bersama keluarga masing-masing setelah menamatkan peperiksaan SPM mereka pada minggu lepas.
akhir kata selamat maju jaya diucapkan kepada semua terutamanya cikgu Ali yang turut menduduki peperiksaan pada hari ini....
Isnin, Disember 01, 2008
di suatu petang...
Sabtu, November 29, 2008
semuanya boleh didapati di sini....yaaa...di sini
Isnin, November 24, 2008
KTM Komuter
tadi terlepas tren 5:30:00...sampai di stesen 5:30:35....terlepas 35 saat...tren seterusnya 6:25:00 !!! aduuuuhhhhh....terpaksa ke stesen rawang dalam keadaan hujan yang sangat lebat.....
Sabtu, November 22, 2008
ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari....
apa pun, semoga hujan yang lebat ini datang bersama rahmat-Nya, dengan keberkatan khususnya untuk para pelajar yang masih berjuang dengan kertas-kertas SPM 2008, serta usaha para guru yang tidak putus-putus, tidak lupa juga para ibu bapa yang saban hari pasti ada mengunjungi anak-anak yang kini sangat memerlukan sokongan....semoga kejayaan menjadi petanda usaha dan keikhlasan semua...aamiinnn
Khamis, November 20, 2008
PENDAFTARAN SESI 2009
- pendaftaran pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 :
- Ahad
- 4 Januari 2009
- 9.00 pagi - 6.00 petang
2. re-orientasi :
- 5 - 6 Januari 2009
- isnin - selasa
3. kelas akademik : mulai 7 Januari, 2009
harap maklum. sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
makluman kemaskini
anda boleh lihat di sini(klik)
Rabu, November 19, 2008
Sambutan 25 Tahun Berkhidmat Dengan MARA - Grand Seasons KL
Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Dato' Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh tentang peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh MARA sejak penubuhannya hingga kini.
Dua orang guru dari MRSM KKB yang telah menerima Anugerah Penghargaan 25 Tahun Perkhidmatan adalah Ustaz Mustaffa Daharun, TPHEP yang mula berkhidmat pada 11 April 1983 dan Pn Rosnah Bt Alang Mohd Rashid, Guru Sejarah yang mula berkhidmat pada 24 Julai 1983.
Selama 25 tahun berkhidmat dengan MARA telah banyak kenangan dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama dengan anggota MARA khususnya di MRSM KKB. Semangat yang terus membara untuk terus berkhidmat adalah antara resepi yang boleh dijadikan pedoman oleh anggota MARA terutamanya yang masih muda untuk terus membina kerjaya yang lebih cemerlang dan terbilang.
Kelihatan di dalam gambar adalah (dari kiri) Ustaz Marwan (MRSM Batu Pahat), En Zaki (TPHEP MRSM Pasir Tumboh), Ustaz Mustaffa(TPHEP MRSM KKB), EN Zainuddin (TPHEP MRSM Batu Pahat).
(dimasukkan ke dalam blog oleh miekkb/webmaster)
keraian perpisahan - Ustaz Mustaffa Daharun, En Zabidin dan Pn Marlina
tak tersangka dan tak terduga, perpisahan melanda. melainkan pn marlina yang memohon pertukaran, pertukaran ustaz mustaffa dan en zabid (abang long) adalah tidak terduga sama sekali walaupun oleh puan pengetua sendiri. pn marlina memang memohon pertukaran kerana beliau telah sekian lama membuat perjalanan jarak jauh setiap hari untuk datang dan pulang dari bekerja. pengorbanan beliau yang tak terhingga tersebut jelas dan rapi oleh puan pengetua.
manakan tidak, walaupun tinggal di selayang tetapi beliau amat jarang tiba lewat ke maktab (selalu tepat-tepat!hehehe) dan pulang paling awal jam 5.00 petang, itu pun jika tiada latihan basketball. dan jika ada program sebelah malam beliau akan stayback sehingga 10.30 malam dan memandu pulang sendirian. amat komited, disenangi rakan guru dan pelajar. setelah enam tahun, rutin hariannya akan berubah. dan adakah penggantinya kelak mampu menyaingi beliau? kita tunggu dan lihat!
abang long akan ke mrsm bentong(nasib baik ada 'N') merupakan intan terpilih. mrsm bentong yang merupakan projek perintis mrsm konsep antarabangsa memerlukan tenaga kerja dan pengajar yang mahir berkomunikasi dalam bahasa asing, terutamanya bahasa inggeris. daripada cara kerjanya kelihatan seperti beliau tidak menjangkakan akan dipindahkan, namun itulah adatnya mengorbankan jiwa dan raga untuk agama, bangsa dan negara. kami rela 'meminjamkan' abang long kepada warga bentong...namun janganlah beliau 'dirampas' dari kami, kami tak rela...
pemergian kalian bertiga umpama 'pelangi petang' (sudirman) yang menghilang.....
sekian...
Selasa, November 18, 2008
Program Modal Insan Cemerlang 2008
Ahad, November 16, 2008
Al-Fatihah.....
Sabtu, November 15, 2008
pengikut ke-7
Jumaat, November 14, 2008
pengikut ke-6
setakat ini dah ada pengikut keenam, satu petanda baik walaupun blog ini belum di war-warkan seantero nusantara.....
insya Allah jika mendapat "green light line clear" dari pengawal pusat blog ini akan diwar-warkan......terpulang kepada beliau serta pengurusan maktab.....
Khamis, November 13, 2008
Cuti Semester
Pelajar-pelajar ini akan kembali semula ke maktab pada 5 januari 2009 untuk memulakan sesi baru persekolahan manakala 30 Disember 2008 pula adalah tarikh guru mula bertugas.
Selasa, November 11, 2008
SPM 2008
sebagaimana kebiasaan peperiksaan ini diadakan di dewan utama maktab, Dewan Al-Ghazalli. meja-meja peperiksaan dan kipas serta persiapan-persiapan lain telah pun diselesaikan sejak minggu lepas dan telah menerima lawatan terakhir dari ketua pengawas peperiksaan bagi MRSM KKB
bagi para pelajar tingkatan lima 2008 dan para guru serta keseluruhan warga maktab, inilah saat dan ketika yang paling mengujakan dan mendebarkan.....semoga segala pengorbanan dan persediaan yang sebegitu lama dan telah terbukti sebelum ini membuahkan kecemerlangan buat sekian kalinya.....amin ya rabbal 'alamin.....
Khamis, November 06, 2008
sambutan hari ko-q 2008
sambutan kali ini diadakan secara sederhana namun dengan selengkap yang mungkin. yang terlibat kali ini hanya para pelajar tingkatan tiga yang telahpun selesai menduduki peperiksaan PMR dan menjalani program MIGHTY.
Selasa, November 04, 2008
minggu peperiksaan akhir semester 2, 2008
diucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan semua warga maktab mendoakan kecemerlangan anda....selamat maju jaya
Ahad, November 02, 2008
hari anugerah kecemerlangan SPM 2007
majlis dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran para tetamu serta bekas pelajar yang menduduki spm pada 2007 yang sudah. acara dimulakan pada jam 9.40 pagi dengan kehadiran Pengetua diiringi PPHEA, PPHEP, mantan Pengetua - Tn Hj Md. Safar bin Said serta mantan PPHEA - Dr Mohd Uzi Bin Dolah.
ucapan pengetua begitu bersemangat di samping penghargaan dilontarkan atas usaha mantan pengetua, Tn Hj Md Safar sehingga kecemerlangan ini dicapai. beliau juga amat berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan atau ditingkatkan lagi. segala program dan perancangan diteruskan dan dibuat penambahbaikan demi mencapai sasaran.
tidak kurang juga berkobar-kobar semangat ucapan Tn Hj Md Safar Bin Said. amanat-amanat beliau terhadap anak-anak tidak mungkin dilupakan. maktab juga disarankan agar mengekalkan hubungan baik dengan anak-anak ini.
persembahan koir juga tidak kurang hebatnya tatkala para hadirin mula menjamu selera. SYABASSSS!!! persembahan diteruskan dengan tayangan slaid MS PowerPoint diiringi dengan alunan muzik piano yang menyegarkan.
selain daripada pengetua dan mantan pengetua yang paling berseri-seri hari ini tentulah tidak lain tidak bukan adalah Cik Normah Selamat selaku penyelaras program kecemerlangan SPM 2007. SYABASSS DAN TAHNIAH diucapkan!!!!
graduasi kali ke-6.....SYABAS!
majlis bermula agak lewat, dengan para ibu bapa pelajar menunggu penuh setia di dalam dewan al-ghazalli. sesekali pasukan gamelan memainkan muzik selingan bagi menghilangkan kebosanan para hadirin menunggu dalam dewan.
tiba kehadiran perasmi majlis, EN MOHD NIZAM MOHD ALI yang kini merupakan Pengarah Sektor Swasta, Institut Integriti Malaysia...para graduan berangkat masuk ke dalam dewan al-ghazalli dan mengambil tempat duduk masing-masing, dengan diiringi muzik gamelan dari kumpulan Gemalai Sari, mrsm kkb.
tidak lama kemudian, perasmi majlis diiringi oleh senat dan para guru mengambil tempat, juga diiringi dengan alunan muzik gamelan.
majlis terus berjalan lancar dengan ucapan pengetua, diikuti oleh ucapan berkobar-kobar oleh perasmi majlis dan seterusnya bahagian yang ditunggu-tunggu - pengiystiharan graduasi serta penganugerahan graduasi kepada para pelajar yang tersenarai.
alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pada tahun 2008 ini majlis berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
*gambar sepanjang majlis akan diletakkan kemudian
Isnin, Oktober 27, 2008
hari keluarga 2008
kali ini hari keluarga diadakan di wet world, shah alam dengan penyelarasnya ustaz zeidi....
kelihatan pengetua, pn siti fatimah hassan dengan begitu berkobar-kobar (beliau kata "release tension") mengetuk bende alah tu sebagai simbol merasmikan sambutan hari keluarga kali ini.
yang paling menggembirakan adalah kehadiran ahli-ahli warga yang telah meninggalkan mrsmkkb seperti tn hj safar sekeluarga dari johor, en rosli dari BPLM, en hairul sekeluarga dari scomi. turut memeriahkan adalah kehadiran ahli-ahli keluarga, anak-anak dan pasangan para guru serta kakitangan.
pengetua juga amat bersyukur dengan kehadiran awien serta azli, alhamdulillah semoga semangat muhibah ini akan berkekalan sampai bila-bila.
acara untuk anak-anak tak berapa banyak kali ini kerana "diganggu" oleh acara untuk bapak-bapak anak, atau bapak-bapak yang berani sahaja bak kata husin. acara huru-hara dalam air telah menyebabkan konduktor acara dari wet world telah semput dan mengucap berkali-kali.
kehadiran en kefli yang kering sekering-keringnya berserta cermin mata hitam glamor telah menyebabkan kumpulan bapak-bapak menyerbu beliau hingga basah. tahniah en kefli atas kehadiran cahaya mata beliau, seorang anak perempuan - kami doakan semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada kedua-dua ibu bapanya. namun takziah juga kepada beliau kerana kehilangan kembar anaknya itu yang meniggal dalam kandungan.
acara wanita berjalan dengan lancar dan tidak memeningkan kepala konduktor.
tiba acara yang paling dinanti-nantikan iaitu acara "mendapat bahagian masing-masing". antara yang sempat di highlight adalah:
1. kak isni mendapat seterika agar baju abang pin lebih licin tak berkedut
2. kak normah mendapat tong air agar dapat menyimpan lebih banyak air
3. chor mendapat comforter, sesuai pasangan baru kawen
4. encik zabid/jabit mendapat periuk selepas tiga tahun berturut-turut mendapat seterika
dan banyak lagi...
manakala hadiah bonanza :-
1. basikal - dimenangi pn norfaizah...cayalah pasti makin kurusss
2. m/wave oven - pn helyanie...tahniah...boleh 'rebus' botol baby baru nanti
3. water heate - chor...huhuuuuu...sesuaii pasangan pengantin baru
4. satu lagi dah lupa....boleh sesiapa ingatkan ?
anak2 memang tak putus2 berendam, menyelam dan sebagainya. syabas penganjur dan penyelaras walaupun ada beberapa bahagian masih boleh diperbaiki. semoga kita boleh bersama lagi seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang, bersama dengan hadiah-hadiah bonanza yang lagi gempar....insya Allah.
*juga kepada mana-mana ahli warga atau sesiapa sahaja yang ada mengambil gambar semasa sepanjang acara hari keluarga berlangsung dan berminat untuk berkongsi, sila hubungi pptm/muhaimi di sambungan 220 atau emel : muhaimi@gmail.com
Sabtu, Oktober 25, 2008
cuti deepavali
namun begitu kebanyakan pelajar tingkatan lima tidak pulang kerana ingin mengulangkaji pelajaran bagi peperiksaan SPM yang menjelang tiba. semoga pengoranan anda membuahkan hasil dan selamat berusaha.
warga mrsm kkb mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 3kepada semua penganut hindu di malaysia.
Jumaat, Oktober 24, 2008
jambori pengakap MRSM seMalaysia 2008
kontinjen pasukan pengakap MRSM Kuala Kubu Bharu telah berjaya mendapat tempat ke-21 daripada keseluruhan 40 buah MRSM yang turut serta. johan disandang oleh tuan rumah, MRSM Jeli.
berikut disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam untuk diabadikan...
Khamis, Oktober 23, 2008
khidmat masyarakat - 16 oktober 2008
berikut adalah gambar foto para pelajar yang terlibat dengan khidmat masyarakat pada 16 oktober lepas di rumah ehsan kkb, dengan bimbingan puan safni. mereka membungkus kuih raya dan membawa sedikit kegembiraan kepada penghuni-penghuni di sana. contohilah mereka, syabbasss!!!!
jambori pengakap
Rabu, Oktober 22, 2008
graduasi 2008 - persiapan awal
1. nak keluarkan besi-besi serta kanvas kanopi dari stor, berat!
2. nak tempatkan besi-besi serta kanvas di tempat memerlukan kanopi, berat!
3. pemasangan kanopi, berat!
berkat semangat kerjasama di kalangan JK kerja, kanopi berjaya dipasang dalam masa minimum....3 kanopi dalam masa sejam lima belas minit! tak tahulah boleh pasang dalam masa lagi singkat ke tak nie....
sekali pegang besi bekas kucing punya t****tt!!!! rasa nak pitam! hahahahhah.....
lepas pasang kanopi JK kerja yang berkenaan dibawa untuk makan tengahari, namun ramai yang 'diet'....
psp dilanggar geroda...
lepastu langgar opis pulak....kak long je yang kene langgar kat opis, kesiaaannn....
Selasa, Oktober 21, 2008
bahana UKKM 2008
nasib baik angin tak keluar habis lagi....lupa nak note haritu masa balik langgar lobang.....kuat sangat
pegi kedai ada skru, tayar macam koyak sikit, tapi masih boleh repair
allignment, balancing...abis la RM50...
Quote of the Week
Isnin, Oktober 20, 2008
kemaskini blog sebelum ini...
jamuan aidilfitri peringkat homeroom
ukkm 2008 sungai besar...the journey....
Ahad, Oktober 19, 2008
UKKM 2008 sungai besar...the journey.....
setelah berjaya menyelesaikan segala "kekusutan pagi jumaat" di maktab, kami(muhaimi dan fitri) bertolak ke Sungai Besar pada kira-kira jam 10. 30 pagi dengan harapan dapat tiba sebelum jam 12.00tengahari di SMK Sg. Besar.
perjalanan sederhana laju (80-90kmj dan mengikut had laju kebangsaan) diduga dengan insiden dengan sebuah lori treler. kira-kira 10 km selepas bandar tanjung malim, di jalan yang lurus terdapat sebuah lori treler panjang bergerak perlahan. semasa sedang memotong, treler berkenaan masuk ke tengah, cuba membuat pusingan U! hon pertama sambil membrek(hon persona memang kuat macam lori) tidak dihiraukan, namun setetelah dihon panjang beberapa kali...lori berkenaan kembali masuk ke lorong, cukup untuk kereta lolos(bahu jalan sebelah kanan berlubang/berlopak!). tindakan awal membrek telah mengunci tayar beberapa saat....
alhamdulillah tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. namun insiden berkenaan menyebabkan pemandu tidak dapat meneruskan perjalanan kerana adrenalin mengalir kencang...cikgu fitri mengambil alih meneruskan perjalanan yang tidak boleh ditunda-tunda lagi....
dalam perjalanan kami sempat menelefon ke pejabat SMK Sungai Besar untuk memaklumkan kedatangan sebelum waktu solat jumaat. pejabat SMK Sungai Besar meminta kami menelefon cikgu lutfi yang bertanggungjawab menyelaras kemudahan dewan sekolah berkenaan. kerjasama yang diberi cikgu lutfi memudahkan kami, terima kasih!
sampainya kami di sungai besar, suasana mula ceria. pencarian tempat peperiksaan tidak sukar, kedudukan sekolah/pusat peperiksaan memang strategik. sambutan pihak sekolah memang membanggakan, syabas pengetua, Pn Hajah Zuraidah dan warga SMK Sungai Besar(terutamanya cikgu Lutfi, para kakitangan pejabat serta pengawal keselamatan), budi tuan/puan kami hargai dan kami kenang, semoga kita berjumpa lagi di lain kali, terima kasih.
dewan peperiksaan telah dalam keadaan sedia memandangkan peperiksaan PMR baru sahaja selesai. setelah memastikan semuanya dalam keadaan sedia, kami terus makan tengahari dan ke hotel sebelum menunaikan solat jumaat di masjid jamek sungai besar.
selesai solat jumaat, mata terasa sungguh berat. apa lagi, terus balik ke hotel "berehat" sehingga jam 4.30 petang! lepas tu baru lah ke "umah terbuka" pejabat daerah sungai besar di padang awam. MEMANG MERIAH! tapi biasalah, dah kalau lambat tu "kerak" saja lah yang ada...namun masih sempat menjamah laksa, kuay tiau, cendol dan banyak lagi di sebalik kemeriahan....
malam tak ada program, cuma mencuba makanan di restoran kg haji dorani, memang best dan kena dengan suasana....
keesokan harinya peperiksaan berlangsung tanpa sebarang masalah besar. kehadiran PMD sungai besar banyak membantu, terima kasih dan sayabas kami ucapkan kepada En. Fadzil Nor! calon bantahan pun tidak ramai. peperiksaan berjalan lancar sehingga tamat dan kami pulang hampir pada jam 2.00 petang selepas menunaikan solat di masjid jamek....
perjalanan pulang hanya singgah membeli mempelam 2 kilo seorang di tepi jalan. fitri turut membeli jus mangga asli(ORI BEB!) untuk bekalan minum dalam kereta. RM1 jer segelas, gerenti tak jumpa kat tempat lain. nasib baiklah kereta dah tak bersemut.....
sampai di maktab jam 4.30 petang....alhamdulillah...
kepada guru-guru, kakitangan dan warga maktab lain yang ingin membuat catatan dalam blog ini silalah berhubung dengan ppsm, en muhaimi pada bila-bila masa.....sumbangan tuan-puan amatlah dialu-alukan....terima kasih
Jumaat, Oktober 17, 2008
UKKM 2008
adalah diharapkan tidak banyak masalah yang akan timbul walaupun dijangka calon bantahan akan meningkat mendadak pada tahun ini.....
Khamis, Oktober 16, 2008
hari terakhir PMR
Rabu, Oktober 15, 2008
jambori pengakap
Selasa, Oktober 14, 2008
ceramah kualiti - pakyem
ceramah kualiti sempena sambutan hari kualiti peringkat maktab. ahli warga sabar menunggu walaupun Pengarah Kanan MARA(Pendidikan dan Kemahiran), En Ibrahim Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yem sampai sedikit lewat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
syabas Pak Yem atas ceramah yang penuh informasi yang menyegarkan dan bersemangat! kami hargai kunjungan Pak Yem dan berharap akan ada lagi sesi-sesi seumpamanya selepas ini.
bagi warga maktab yang ingin melihat/merujuk semula bahan ceramah yang disampaikan boleh klik disini(menggunakan rangkaian dalaman maktab sahaja, termasuk wireless/wi-fi) ataupun berhubung terus dengan PPTM di talian 220.
TERIMA KASIH PAK YEM!
*turut diadakan sedikit jamuan sempena hari kualiti dan kedatangan Pak Yem...
jamuan aidilfitri peringkat homeroom
kali ini sambutan diadakan pada petang semalam(13 oktober)di peringkat homeroom. setiap tiga homeroom bergabung untuk satu jamuan yang diadakan serentak di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan....
homeroom cikgu fitri, eiyta dan cikgu suriani telah menjemput kakitangan di PSP yang berhampiran dengan tempat jamuan. dengan ini disertakan beberapa gambar yang sempat kami abadikan...
selain itu terdapat juga beberapa homeroom lain yang telah menyumbangkan gambar untuk tatapan semua....
Isnin, Oktober 13, 2008
bara'an istimewa/penutup
bara'an malam ini paling istimewa....di mana lagi kalau bukan di taman damai....
namanya pun dah taman damai, sejuk hati mendengar namanya...dr uzi mmg warga mrsm kkb sejati, walaupun telah melanjutkan kerjaya beliau di UPSI, kami tidak beliau lupakan.
namun agak malang kerana saya tak boleh hadir, anak dua-dua demam selesema+batuk, dah tu wife saya, cikgu farizah ada perjumpaan dengan pelajar-pelajar PMR malam nie....terkilan betul. tak ada rezeki kali nie, moga-moga tahun depan lebih dimurahkan rezeki...dapat bertandang ke taman damai...insya Allah
terima kasih Dr Uzi atas jemputan, berbanyak terima kasih yang tidak akan dilupakan...
komen pertama
terima kasih ustaz mustaffa, website pun akan dikemaskini dalam masa yang sama....
Ahad, Oktober 12, 2008
jamuan aidilfitri 1429
turut diraikan adalah para guru yang bakal meneruskan perjuangan....kali ini warga kkb bakal 'kehilangan' lima warga yang tentunya bakal memberikan impak yang cukup besar, baik dari segi rutin kerja mahupun hubungan sesama insan....
cikgu hairul bakal meneruskan kerjaya bersama scomi group, tahniah! semoga cikgu hairul terus tabah....kami sentiasa doakan cikgu terus maju jaya, berjaya dan bahagia....
cikgu ali kini meneruskan pengajian....dan akan bersama kembali dengan mara sebaik sahaja beliau menamatkan 'misi' kali ini. walaupun begitu agak melegakan kerana cikgu ali akan senantiasa 'berlegar-legar' di MRSM KKB kerana isterinya masih tetap bertugas di sini. sudah tentu sidang meja bulat dan kerusi rock tidak akan ditinggalkan....selamat maju junction diucapkan...
cikgu asmah, baru lagi.....walau hanya sekadar beberapa bulan menjadi warga maktab, beliau kelihatan begitu serasi di sini. beliau bakal ke jepun bersama suami tercinta....sayonara...
ustazah aishah, umum mengetahui beliau bakal ke saudi/qatar bersama suami tercinta, fahmi....tahniah ustazah sekeluarga...kalau dah kaya nanti janganlah lupakan kami...nak ke qatar nanti pasti kami singgah....
cikgu suriani, bakal mengikuti suami tercinta ke nuziland....new zealand....ape kenama bandar lupa dah....tahniahh!!!!
paling istimewa, pengantin baru walaupun pasangan belum sampai dan menjadi warga tetap mrsm kkb, pemandu zainin 'chor'....semoga bahagia hingga ke akhirnya....
tidak dilupakan, para warga yang menyambut hari tua :)
hidangan kali ini adalah satay super supreme.....memang lazat hingga lincin dikerjakan para warga....alhamdulillah...
aidilfitri 1429 mrsmkkb |