Ahad, Februari 21, 2010

duty warden

semalam tak dapat bertugas dek kerana demam panas/high fever sehinggakan terpaksa MC pada hari jumaat/kelmarin. hari ini tidak sebagaimana jangkaan tidak ramai pula pelawat apatah lagi pelajar yang ingin keluar. mungkin kerana baru mendaftar atau kembali ke asrama menjadi faktor, tambahan pula mesin ATM Bank Rakyat pula telah beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang masalah yang ketara menjadi faktor penyumbang terhadap bilangan kunjungan mahupun keperluan untuk keluar.....
dalam pemerhatian dan berdasarkan laporan, terdapat sebilangan pelajar masih belum arif dengan peraturan keluar masuk asrama. ada sebilangan yang tidak melaporkan diri di balai pengawal, pakaian yang tidak mematuhi peraturan dan sebagainya...
demi kebaikan semua pihak, tinggi harapan pihak warden agar peraturan yang telah ditetapkan ini dipatuhi dan mendapat kerjasama semua pihak, termasuk ibubapa/penjaga.

4 ulasan:

  1. patut kami dah masuk blog ni sebelum daftar anak. tahniah ditulis dgn bahasa yang baik, berfaedah esp parent, kesal anak tak dapat koko kebudayaan. dia dilatih menari dgn pak ngah dan buat show diperingkat kebangsaan, boleh tolong mengajar menari jugak.

    BalasPadam
  2. kpd honestrust,
    bole hubungi kami utk mngtahui nama anak? (jika masih di kkb.) thn ini kami mmpunyai kelab kbdayaan (tarian). penasihat yg brkebolhn dan brkaliber.masih bleh dipertimbngkan atas kelebihn beliau.

    BalasPadam
  3. ya disokong...ada guru tarian dari kawasan berhampiran...beliau sangat komited....mungkin minat pelajar berkenaan boleh diteruskan dan dikembangkan...

    BalasPadam