Jumaat, Februari 12, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru Ting. 1 dan 4, 2010

Selamat datang kepada pelajar-pelajar BARU tingkatan 1 dan 4.

Sesi pendaftaran akan diadakan pada 17 Februari 2010, bermula pada jam 8.30 hingga 11.00 pagi. Kami amat mengharapkan agar ibu bapa/penjaga dapat hadir pada waktu yang ditetapkan bagi melancarkan proses pendaftaran dan

8.30 - 11.00 pagi : Pendaftaran
11.00 - 12.00 tgh : Taklimat Pengetua bersama pelajar dan ibu bapa
12.00-1.00 : Perjumpaan penasihat homeroom bersama pelajar dan ibu bapa
1-00 - 6.30 ptg : Makan/mengemas bilik asrama dan sebagainya (bersama ibu bapa)
6.30 : ibu bapa pulang ke destinasi masing-masing

Bagi memudahkan urusan pendaftaran, sila pastikan segala dokumen yang diperlukan dibawa dan telah lengkap diisi sebelum diserahkan ke setiap kaunter.

Bayaran yuran sebanyak RM270 dan ini antaranya meliputi bayaran asrama utk sebulan dan yuran Muafakat (keahlian dan tahunan), bayaran lain adalah tertakluk kepada keperluan seperti Koperasi.

Sebagai peringatan: pelajar DILARANG membawa barang-barang keperluan yang berharga/berjenama dan juga TELEFON. Diingatkan juga supaya tidak membawa pakaian, kasut dan barang-barang yang tidak penting kerana 'locker' dan bilik tidak mampu menampung barang yang banyak. Pastikan yang penting dan perlu sahaja.

Setiap bilik menempatkan empat orang pelajar dan hanya menyediakan KEMUDAHAN ASAS. Walaupun begitu, kami sedaya upaya cuba memberikan keselesaan kepada semua. Jadi, jangan bayangkan suasana bilik di rumah sendiri atau di hotel....

Bagi mereka yang datang dari arah utara dan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), susur keluar adalah di Tg. Malim atau Bt. Beruntung atau melalui jalan lama Ipoh-KL. Dari Selatan susur keluar di Rawang atau Bt. Beruntung (Bt. Beruntung - alternatif untuk mengelakkan kesesakan di Rawang). Sementara dari Kuala Lumpur boleh melalui jalan Ulu Yam-Batang Kali atau Selayang-Rawang arah ke Utara (Ipoh). Dari Pantai Timur, boleh menggunakan laluan Genting-Batang Kali.

Jika anda dari arah utara, anda akan melalui Pekan KKB sementara dari arah selatan boleh menggunakan Jalan Ampang Pecah. MRSMKKB terletak berhampiran Darul Quran, PLKN, Kem Bina Semangat dan IKBN Peretak.

Kami dikelilingi hutan...tetapi hutan ini memberikan seribu satu rahmat. Kepada yang sudah terbiasa dengan hutan batu mungkin akan terkejut dan kata-kata "macamana anak saya nak hidup di sini...." atau "apa yang ada di sini..." itu sudah biasa kedengaran sewaktu kali pertama menjejakkan kaki di sini. Bagi yang telah lama di sini-KKB ada segalanya, kalau tak cukup boleh ke KL yang tak sampai sejam perjalanan...
Kami juga pernah mendapat komen yang baik dari seorang bapa yang mahu anaknya belajar di sini kerana 'persekitarannya' yang hijau dan sunyi daripada bunyi kenderaan.
Bagaimanapun, datang dan rasailah sendiri. Terpulang anda untuk menilai.

Selamat datang untuk pelajar baru MRSMKKB (benar2 baru...)

6 ulasan:

  1. SEDIH!!!!!!....TAK DAPAT TAWARAN!!!...MRSM PILIHAN UTAMA!!!...TAK TAU APA YANG SEBAB GAGAL??//???..SEMUA SYARAT CUKUP!!!DAH NASIB .......

    BalasPadam
  2. bile bace blik blog nie teringat zaman nk register masuk mrsm...huhu....still mengingati memori yg manis di sini...suasana hijau..warden yg garang tp caring....cikgu yg top!!!!i love kkb!!!!dah 2 tahun tinggalkn skola nie....

    BalasPadam
  3. kepada Tanpa Nama yang tidak mendapat tawaran: usah adik bersedih kerana mungkin bukan rezeki adik di sini....kekalkan berusaha dan belajar dengan bijak serta ikhlas, kami di sini pasti masa depan yang cemerlang dan gemilang menanti....terima kasih kerana berminat dengan MRSM KKB...pastikan terus mengikuti blog ini kerana mungkin nanti ada aktiviti2 terbuka yang boleh dikongsi bersama...terima kasih lagi sekali

    BalasPadam
  4. KPD YG TIDAK BERJAYA KE MRSM: TERUSKAN USAHA ANDA DI LUAR SANA, SEKOLAH BIASA BOLEH MENJADI SEK YG LUAR BIASA. KEJAYAAN ITU ADA DI MANA-MANA, YG PENTING DIRI SENDIRI.DAN MRSM BUKAN SEGALA-GALANYA...:)

    BalasPadam
  5. Mmmmm....masa mohon dulu pilih mrsmkkb....last2 dpt mrsm pasir salak....agak2 boleh mohon tukar tak?harap beri pendapat.....

    BalasPadam