Tidak seperti kebiasaan, pada tahun ini Minggu Penyesuaian Diri diadakan serentak dengan Minggu Aktiviti. Dalam Minggu Aktiviti ini juga diselitkan kejohanan Olahraga Tahunan Maktab kali ke-5. pelajar-pelajar baru tingkatan 1 terutamanya lebih 'enjoy' dan kurang 'homesick' disebabkan mereka turut dilibatkan dalam minggu aktiviti dan dapat bergaul dengan semua senior.
Minggu Penyesuaian Diri bermula dengan pendaftaran pelajar-pelajar baru tingkatan 1 dan 4 pada 17 Februari lalu. Pada tahun ini majoriti pelajar tingkatan 4 merupakan pelajar lama KKB, 34 orang dari MRSM Kuala Klawang, sementara beberapa orang pelajar dari sekolah harian. bagi tingkatan 1, ini merupakan pengalaman pertama berjauhan dari keluarga, tetapi mereka cukup bersemangat. Pada tahun ini juga kurang sekali kedengaran pelajar 'homesick' dan menangis, berbanding tahun-tahun sebelum terutama dua tahun lepas....(huhuhu...masa ni warden pon rase nak ikut menangis..adesss)..
Selain sesi bersama penasihat homeroom dan kaunselor, mereka turut diselia oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dengan bermacam aktiviti untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
Minggu aktiviti pula bermula sehari selepas pendaftaran dengan program senamrobik/poco-poco bersama BWP di dataran berhadapan Dewan Besar. Ia turut melibatkan guru-guru dan kakitangan yang diketuai oleh 'Pak Hussin' (TPHEK) dan tidak ketinggalan TPHEA disamping Ketua-ketua Jabatan, beberapa orang guru dan kakitangan pejabat yang 'sporting'..(yg 'sporting' jee..)
Minggu aktiviti pula bermula sehari selepas pendaftaran dengan program senamrobik/poco-poco bersama BWP di dataran berhadapan Dewan Besar. Ia turut melibatkan guru-guru dan kakitangan yang diketuai oleh 'Pak Hussin' (TPHEK) dan tidak ketinggalan TPHEA disamping Ketua-ketua Jabatan, beberapa orang guru dan kakitangan pejabat yang 'sporting'..(yg 'sporting' jee..)
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu (19 - 25 Feb.) ialah sukan tradisional, pasar malam, kuiz matematik, amazing science (t3), puisidra, amali haji, aerodance, talent show (t5), Human Chess, pert nasyid (t2), kingdom of homeroom, pesta remaja citra, spontan (2,3 & 5),dan banyak lagi. latihan rumah sukan diadakan setiap petang manakala Pertandingan Merentas Desa pada 22 feb, saringan olahraga pada 23 dan 24 feb manakala kemuncak kejohanan olahraga pada 25 feb serentak dengan upacara penutup disempurnakan oleh YDP Muafakat Caw. MRSMKKB, Dato' Ahmad bin Md Yassin.
Johan keseluruhan pada tahun ini disandang oleh rumah Emerald (Hijau). Olahragawan MA disandang oleh Lukman Hakimi (Sapphire), Olahragawati MA - Shalini (Sapphire) . Bagi Olahragawan MR - Muhammad Afiq (Topaz) dan Olahragawati MR - Divashini juga dari Rumah Topaz. Olahraga dwi-tahunan ini diadakan buat kali ke-5 sejak 2002. Pada tahun hadapan akan diadakan acara sukan dan permainan.
Pemenang-pemenang akan dipilih untuk mewakili maktab dalam kejohanan Olahraga MRSM peringkat Zon Barat pada April depan.
Minggu Aktiviti semester dua akan diadakan pada Ogos depan. Tunggu....!!!
sangat meriah....sapa2 tak join sure nyesal....
BalasPadamtapi ada juga pelajar2 yang entah apa yg ada dalam fikirannya telah 'melarikan' diri ke asrama walau telah dipantau....jenuh nak mencarinya dengan keadaan asrama sedemikian rupa...dua orang pelajar....'hilang' di asrama ketika semua orang lain di padang...
emerald hebat :D
BalasPadambukn 2, ada lagi, ruby je 3 org...2 lg x muncul2 smpi sudah..dah la msuk prbarisn.siapla..
BalasPadamyeah!!...EMERALD!!!...
BalasPadamstakat Ruby...Sapphire..Topz...celah gigi je tu..
ahahaha~~
~Lone Assasins~
diharap aktiviti kerohanian juga dititik beratkan ....
BalasPadamnk tanya...runner 100m wt brape saat???
BalasPadam