Jumaat, September 14, 2012

KEBAKARAN DI MRSM KUALA KUBU BHARU


Dukacita dimaklumkan satu kejadian kebakaran telah berlaku di Blok K asrama lelaki. Kejadian bermula pada kira-kira jam 9.30,10 September 2012. Kebakaran berkenaan telah memusnahkan sepuluh buah bilik di tingkat atas blok berkenaan. Walaupun begitu, TIADA SEBARANG KECEDERAAN ATAU KEMALANGAN JIWAdilaporkan. 
Berikutan kejadian berkenaan keseluruhan kedua-dua blok asrama lelaki ditutup oleh pihak bomba dan polis bagi tujuan siasatan dan keselamatan. Para pelajar lelaki pula ditempatkan sementara waktu di Kem PLKN yang berdekatan dan bas disediakan untuk ke kelas.
Sukacita pihak maktab menyarankan ibubapa supaya tidak terlalu bimbang keadaan anak-anak di asrama kerana keadaan masih terkawal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui telefon atau emel (sila rujuk ruangan Hubungi Kami di laman web rasmi MRSM KKB).


 

Agihan bantuan oleh TP KoKurikulum(Pak Hussin) semalam, 18 Sept 2012.















3 ulasan:

  1. kebanyakan pelajar pulang bermalam sempena cuti Hari Malaysia dan akan kembali ke asrama pada hari ini....

    BalasPadam
  2. pada hari sabtu yang lepas, maktab menerima kunjungan(informal) dari Pn Marlina sekeluarga dan rakan-rakannya...pasti kebanyakan warga maktab masih mengenali beliau yang mana beliau telah mencurahkan bakti selama lebihkurang 7-8 tahun di MRSM KKB. Pn. Marlina dan rakan-rakannya telah mengumpulkan sejumlah pakaian untuk disumbangkan kepada para pelajar mangsa kebakaran. Selain itu sumbangan wang tunai sebanyak RM250 turut disampaikan. Dan pada hari ini En Hussin Ghazali(Pak Hussin) diamanahkan untuk mengagihkan bantuan-bantuan yang diterima kepada para pelajar yang biliknya terbakar dengan keutamaan diberikan kepada pelajar PBK(Program Bantuan Khas).

    BalasPadam