Selasa, April 05, 2011

SUPER 2011

Pesta Sukan & Permainan (Super) MRSM Zon Barat (Men. Ren.) telah berlangsung pada 1 hingga 3 April 2011 yang lalu. Kejohanan ini melibatkan semua sembilan buah MRSM yang mewakili Zon Barat iaitu iaitu Felda Trolak, Tun Ghazali Shafie (Kuala Lipis), Lenggong, Pasir Salak, Kuala Klawang (KK), Serting, Tawau, Kota Kinabalu (KoKi) dan tuan rumah Kuala Kubu Bharu.


Sebanyak tujuh acara dipertandingkan bagi mencari pasukan yang layak mewakili zon dalam SUPER peringkat kebangsaan yang akan diadakan di MRSM PDRM Kulim bulan Jun akan datang. Acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, sepak takraw, bola tampar (l/p), badminton, tenis dan ping pong.


Perlawanan akhir bola sepak dimenangi oleh MRSM Kuala Klawang dengan mengalahkan MRSM TGS 1 - 0. Tuan rumah MRSM KKB pula menewaskan MRSM KK dengan mata 21 berbalas 11 untuk muncul johan acara bola jaring. Perlawanan akhir sepak takraw antara MRSM KKB dan MRSM KK memihak kepada MRSM KK. MRSM Felda mengungguli acara bola tampar (l) apabila mengalahkan MRSM KoKi. Acara bola tampar perempuan pula dimenangi MRSM Serting selepas menewaskan MRSM KK. Tenis berpasukan dimenangi oleh MRSM Serting dengan mengalahkan MRSM KK. MRSM TGS muncul sebagai juara badminton berpasukan selepas menewaskan MRSM KK 2 - 1 dalam perlawanan akhir di gelanggang badminton Dewan Al-Ghazali. Acara ping pong juga diungguli oleh pasukan dari MRSM KK yang telah mengalahkan pasukan dari MRSM KoKi 3 - 0 dalam perlawanan akhir.


Secara keseluruhan, MRSM Kuala Klawang telah muncul sebagai johan dengan mengumpul 57 mata meninggalkan jauh naib johan MRSM Serting yang mengutip 38 mata. MRSM Kota Kinabalu di tempat ketiga dengan 34 mata. Manakala tuan rumah berkongsi 27 mata di tempat kelima dengan MRSM Tun Ghazali Shafie (TGS).


Majlis penutupan perasmian telah diadakan pada sebelah malam di Dewan Al-Ghazali MRSM Kuala Kubu Bharu dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd. Isa bin Abu Kasim, ADUN Batang Kali, Hulu Selangor.


Para peserta berangkat pulang pada Isnin, 4 April 2011 manakala hari berkenaan juga diisytiharkan sebagai cuti peristiwa bagi guru dan pelajar MRSM KKB.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan kejohanan ini terutama kepada barisan ajk dan sukarelawan yang banyak membantu. Tidak lupa juga kepada peserta yang bertanding, serta semua yang terlibat dalam Super Zon Barat 2011.

5 ulasan:

  1. mrsm TGS tu asalnya mrsm kuala lipis.skrg dh tukar nama sempena nama tun ghazali shafie-bekas menteri luar

    BalasPadam
  2. ouhh... apakata ulasan ni dibuat dalam bentuk jadual? hehehe.. senang sikit nak tengok.

    BalasPadam
  3. ulasan asal mmg dlm btk jad tp xdpt diteruskan ....hihihi..anggap le mcm baca berita sukan..haha

    BalasPadam