Isnin, April 18, 2011

SELAMAT BERTUGAS PENGETUA BAHARU


Tn. Hj. Mustafar bin Che Mat


MRSM KKB secara rasminya menerima pengetua baharu pada hari ini 18 April 2011. Beliau adalah Tuan Haji Mustafar bin Che Mat yang sebelum ini bertugas di MRSM Pengkalan Hulu, Perak.

Berasal dari Pengkalan Kubor, Kelantan dan telah memulakan tugas dengan Mara di MRSM Kuala Terengganu dan MRSM Terendak (sebagai kaunselor) sebelum berpindah ke ibu pejabat Mara di Bahagian Bimbingan dan Kaunseling. Jawatan terakhir beliau sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Hal-Ehwal Korporat sebelum dilantik sebagai pengetua MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan kemudiannya ke MRSM Pengkalan Hulu.

Warga MRSM KKB mengalu-alukan kedatangan pengetua baharu yg mesra disapa Hj Mus atau Che Pa. Selamat menjalankan tugas di tempat 'baharu' . Moga kehadiran beliau akan meneruskan tradisi kecemerlangan dan memantapkan MRSM KKB.


*gambar dari laman sesawang MRSM Pengkalan Hulu - terima kasih.

7 ulasan:

  1. Semoga KKB mendapat pembaharuan yang positif n_n

    BalasPadam
  2. 'bestnye' dpt pengetua baru....!;)

    BalasPadam
  3. wahh best nyew... huhuhu.. jgekan syamsul aiman form 5.. die tuu nakal cikit... hehehe..form dak mrsm felda trolak

    BalasPadam
  4. Sebagai bekas pelajar pelopor MRSM Kuala Terengganu di mana Tuan Haji mula2 mengajar, saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Tuan Haji. Semoga MRSMKKB akan terus berjaya di bawah pentadbiran beliau.

    BalasPadam