Selasa, Mei 27, 2014

Surat Makluman Pengurusan MRSM KKB Hujung Sem 1 2014

MAKLUMAN  DARI PENGURUSAN MRSM KKB

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah berkaitan.

2.          Cuti Akhir Hujung Semester 1 telah berlalu hampir 1 minggu. Pengurusan MRSM KKB yakin dan percaya cuti yang panjang ini adalah masa yang terbaik untuk ibu bapa  merancang pelbagai program kekeluargaan, tuisyen atau motivasi. Program-program ini  pasti akan  dapat menambah hubungan rapat kekeluargaan, persediaan akademik untuk Persekolahan Semester 2, 2014 yang akan datang serta jati diri  pelajar dalam sebarang keadaan.

3.          Pada  kesempatan ini juga, Pengurusan MRSM KKB berharap ibu bapa mengingatkan anak-anak pelajar   terutamanya tumpuan kepada peperiksaan SPM untuk Tingkatan 5 dan PT3 untuk Tingkatan 3.

4.          Di bawah ini disenaraikan beberapa maklumat dari Pengurusan MRSM KKB  untuk makluman dan tindakan bersama :

4.1       Kembali semula ke asrama untuk persekolahan Sem 2, 2014 pada 8 Jun 2014 sebelum jam 6.30 petang dengan berpakaian mengikut peraturan ‘outing’ atau pulang bermalam. Makanan hanya disediakan mulai makan  malam pada 8 Jun 2014 dan TIDAK dibenarkan kembali sebelum dari tarikh yang dinyatakan.
4.2       Menjelaskan tunggakan bayaran  untuk Wang Caruman dan lain-lain bayaran (Seperti Dobi) bagi Sem 1, 2014 atau tahun-tahun sebelumnya. Pengurusan Juga amat berharap  Ibu Bapa/Penjaga dapat membayar Wang Caruman atau lain-lainnya untuk bulan- bulan yang datang  bagi tahun 2014.
Pengurusan MRSM KKB mencadangkan agar bayaran terus dibuat melalui ‘bank in’/pindahan wang ke dalam akaun seperti mana yang dinyatakan di bawah.
4.2.1    Bayaran untuk Wang Caruman - Menggunakan  perkhidmatan  Maybank 2U/CIMB Click  dengan   Nombor  Akaun masing-masing  iaitu Nombor  Induk Pelajar 33169… .
4.2.2    Bayaran untuk koperasi  menggunakan  Akaun Maybank : KOPERASI MRSM  Kuala KubuBharuBerhad, No Akaun:562076002326
4.2.3    Bayaran untuk MUAFAKAT  dengan menggunakan Akaun Maybank :MUAFAKAT MAKTAB RENDAH SAINS MARA KKB, No Akaun: 562076002238
                        (Mohon maklumkan kepada MRSM KKB dengan menghantar salinan
slip pembayaran  dalam perkara 4.2.1-4.2.3). Catatkan maklumat Nama Pelajar, Tingkatan, No Maktab dan tujuan bayaran)

4.3       Memberi perhatian untuk bersama Pengurusan MRSM KKB untuk membuat semakan kepada barangan larangan yang tidak dibenarkan bawa ke maktab seperti telefon yang kepelbagaian fungsi(Smart  phone), Laptop(Tanpa Kebenaran), Barangan Tembakau, Barang Kemas dan Pakaian-Pakaian yang tidak dibenarkan.  Perkara ini telas jelas dimaklumkan kepada semua pelajar

4.4       Memastikan keperluan yang secukupnya untuk anak-anak masing seperti cadar, sarung bantai, songkok, sampin dan lain-lain

4.5       Memastikan semua kerja-kerja tugasan masa cuti disempurnakan kerana Penyelaras-Penyelaras Subjek akan memungutnya untuk tujuan penilaian pada minggu pertama  persekolahan akan datang

5.         Untuk makluman ibu bapa juga, Keputusan Peperiksaan  Akhir  Sem 1 bagi semua Pelajar Ting 2, 3,4 dan 5 akan dikeluarkan dalam Minggu Kedua persekolahan akan datang

            Pengurusan MRSM KKB berharap agar semua ibu bapa/penjaga  dapat mengambil perhatian
kepada semua perkara yang dinyatakan di atas.

Sekian. Terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"1 MALAYSIA:RAKYAAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"


(HJ MUSTAFAR BIN CHE MAT)
 Pengetua
 MRSM KKB


 ‘Keusahawanan dan Pendidikan Global




Tiada ulasan:

Catat Ulasan