Khamis, November 13, 2014

Makluman Untuk Pelajar Tingkatan Tiga 2014

Dimaklumkan bahawa semua pelajar Tingkatan Tiga 2014 tidak perlu hadir semula ke maktab untuk semakan Srip Jawapan Calon(SJC). Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Anda juga boleh merujuk kepada Facebook maktab untuk sebarang perkembangan.

https://www.facebook.com/MRSMKKB

Jumaat, Jun 27, 2014

IKLAN JAWATAN KOSONG JUN 2014

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Siswazah (Sambilan)


GURU KIMIA


Syarat lantikan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun 
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan
4. Taraf jawatan : Sambilan
5. Pemohon-pemohon hendaklah menulis/emel kepada

TIMBALAN PENGETUA HAL EHWAL AKADEMIK
MRSM KUALA KUBU BHARU
KM 8, JALAN AMPANG PECAH,
44000 HULU SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN
tphea@mrsmkkb.edu.my

Permohonan hendaklah dihantar dengan seberapa segera.
Terima kasih.

Rabu, Jun 25, 2014

Salam takziah.

Dukacita dimaklumkan bahawa, Encik Alias Bin Muda, Timbalan Pengarah II (Kokurikulum)di Bahagian Pendidikan Menengah, telah kembali ke Rahmahtullah pada 24hb Jun 2014 (Selasa) jam 8.50 pagi semasa menjalani rawatan di Hospital Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Arwah merupakan mantan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu pada tahun 2003 sebelum berpindah untuk berkhidmat di MRSM Kuala Terengganu dan seterusnya Kuala Lipis.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Kuala Ibai, Terengganu.

Bersama-samalah kita menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan digolongkan bersama-sama orang yang soleh, InsyaAllah.

Al Fatihah.
Sekian, terima kasih.

Selasa, Mei 27, 2014

Surat Makluman Pengurusan MRSM KKB Hujung Sem 1 2014

MAKLUMAN  DARI PENGURUSAN MRSM KKB

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah berkaitan.

2.          Cuti Akhir Hujung Semester 1 telah berlalu hampir 1 minggu. Pengurusan MRSM KKB yakin dan percaya cuti yang panjang ini adalah masa yang terbaik untuk ibu bapa  merancang pelbagai program kekeluargaan, tuisyen atau motivasi. Program-program ini  pasti akan  dapat menambah hubungan rapat kekeluargaan, persediaan akademik untuk Persekolahan Semester 2, 2014 yang akan datang serta jati diri  pelajar dalam sebarang keadaan.

3.          Pada  kesempatan ini juga, Pengurusan MRSM KKB berharap ibu bapa mengingatkan anak-anak pelajar   terutamanya tumpuan kepada peperiksaan SPM untuk Tingkatan 5 dan PT3 untuk Tingkatan 3.

4.          Di bawah ini disenaraikan beberapa maklumat dari Pengurusan MRSM KKB  untuk makluman dan tindakan bersama :

4.1       Kembali semula ke asrama untuk persekolahan Sem 2, 2014 pada 8 Jun 2014 sebelum jam 6.30 petang dengan berpakaian mengikut peraturan ‘outing’ atau pulang bermalam. Makanan hanya disediakan mulai makan  malam pada 8 Jun 2014 dan TIDAK dibenarkan kembali sebelum dari tarikh yang dinyatakan.
4.2       Menjelaskan tunggakan bayaran  untuk Wang Caruman dan lain-lain bayaran (Seperti Dobi) bagi Sem 1, 2014 atau tahun-tahun sebelumnya. Pengurusan Juga amat berharap  Ibu Bapa/Penjaga dapat membayar Wang Caruman atau lain-lainnya untuk bulan- bulan yang datang  bagi tahun 2014.
Pengurusan MRSM KKB mencadangkan agar bayaran terus dibuat melalui ‘bank in’/pindahan wang ke dalam akaun seperti mana yang dinyatakan di bawah.
4.2.1    Bayaran untuk Wang Caruman - Menggunakan  perkhidmatan  Maybank 2U/CIMB Click  dengan   Nombor  Akaun masing-masing  iaitu Nombor  Induk Pelajar 33169… .
4.2.2    Bayaran untuk koperasi  menggunakan  Akaun Maybank : KOPERASI MRSM  Kuala KubuBharuBerhad, No Akaun:562076002326
4.2.3    Bayaran untuk MUAFAKAT  dengan menggunakan Akaun Maybank :MUAFAKAT MAKTAB RENDAH SAINS MARA KKB, No Akaun: 562076002238
                        (Mohon maklumkan kepada MRSM KKB dengan menghantar salinan
slip pembayaran  dalam perkara 4.2.1-4.2.3). Catatkan maklumat Nama Pelajar, Tingkatan, No Maktab dan tujuan bayaran)

4.3       Memberi perhatian untuk bersama Pengurusan MRSM KKB untuk membuat semakan kepada barangan larangan yang tidak dibenarkan bawa ke maktab seperti telefon yang kepelbagaian fungsi(Smart  phone), Laptop(Tanpa Kebenaran), Barangan Tembakau, Barang Kemas dan Pakaian-Pakaian yang tidak dibenarkan.  Perkara ini telas jelas dimaklumkan kepada semua pelajar

4.4       Memastikan keperluan yang secukupnya untuk anak-anak masing seperti cadar, sarung bantai, songkok, sampin dan lain-lain

4.5       Memastikan semua kerja-kerja tugasan masa cuti disempurnakan kerana Penyelaras-Penyelaras Subjek akan memungutnya untuk tujuan penilaian pada minggu pertama  persekolahan akan datang

5.         Untuk makluman ibu bapa juga, Keputusan Peperiksaan  Akhir  Sem 1 bagi semua Pelajar Ting 2, 3,4 dan 5 akan dikeluarkan dalam Minggu Kedua persekolahan akan datang

            Pengurusan MRSM KKB berharap agar semua ibu bapa/penjaga  dapat mengambil perhatian
kepada semua perkara yang dinyatakan di atas.

Sekian. Terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"1 MALAYSIA:RAKYAAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"


(HJ MUSTAFAR BIN CHE MAT)
 Pengetua
 MRSM KKB


 ‘Keusahawanan dan Pendidikan Global




Selasa, Mei 20, 2014

NOTIS PULANG BERCUTI HUJUNG SEM 1, 2014

Semua pelajar hanya dibenarkan pulang selepas jam 2.30 petang pada 23 Mei 2014(Jumaat) kecuali mereka yang disenaraikan di bawah:-

BWP- dibenarkan pulang selepas jam 10.30 pagi pada 
26 Mei 2014(Isnin)
Pelajar Ting 5 Yang Mengikuti Program PROTECT- 
Dibenarkan pulang selepas jam 2.00 ptg pada 25
Mei 2014(Ahad)

Semua pelajar perlu kembali semula ke maktab untuk Sesi Persekolahan Sem 2 pada 8 Jun 2014(Ahad) sebelum jam 6.30 petang

Pelajar-pelajar tidak akan dibenarkan pulang sebelum dari tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.

Makanan pelajar pada 8 Jun 2014 akan mulai disediakan untuk makan malam.

Adalah digalakan agar semua barang milik individu dibawa balik kerana Pengurusan MRSM KKB bercadang untuk membuat kerja-kerja senggaraan asrama semasa cuti persekolahan ini.

Berkaitan dengan ini, menjadi tanggungjawab semua pelajar untuk memaklumkan kepada semua ibu bapa mengenai perkara di atas dan menjadi satu kesalahan juga kepada mereka yang gagal mematuhinya.


Khamis, April 24, 2014

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH/JATI DIRI PELAJAR TINGKATAN 1 PADA 25-26 APRIL 2014(JUMAAT-SABTU)





Pengurusan MRSM KKB telah meluluskan PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH/JATI DIRI PELAJAR TINGKATAN 1 PADA 25-26 APRIL 2014(JUMAAT-SABTU) yang akan datang.

Berkaitan dengan ini, Jawatankuasa Penyelaras Kecemerlangan Tingkatan 1 telah menyusun beberapa program yang akan bermula pada 25 April 2014 jam 3.00 petang hingga keesokan harinya pada 26 April 2014. Pelajar akan bemalam di Kem PLKN Kuala Kubu dan program akan tamat jam 5.00 petang.

Pengurusan MRSM KKB tiada halangan untuk guru-guru bersama dalam program di Kem PLKN mengikut jadual persekolahan gantian seperti mana yang telah ditetapkan pada 26 April 2014.

Pengurusan juga telah memaklumkan kepada ibu bapa melalui makluman kepada para pelajar Tingkatan 1 untuk tiada waktu melawat hujung minggu pada 26 April 2014. Walaubagaimanapun ibu bapa boleh melawat para pelajar pada 27April 2014 mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 

Komitmen semua pihak amatlah diharapkan.


NOTIS: PULANG BERMALAM HUJUNG MINGGU BULAN MEI 2014

Cuti untuk pulang bermalam hujung minggu bagi Bulan Mei 2014 ditetapkan pada 1- 4 Mei 2014 dengan cuti tambahan berganti untuk 2 Mei 2014(Jumaat).

Semua pelajar dibenarkan pulang mulai 30 April 2014(Rabu) selepas 2.30 ptg dan kembali semula ke maktab pada 4 Mei 2014 sebelum jam 6.30 petang.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar untuk memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing mengenai kedua-dua perkara di atas & menjadi satu kesalahan juga kepada mana-mana pelajar yang gagal mematuhinya.

Sekian, harap maklum



Selasa, Mac 18, 2014

MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT Kali-12

Tarikh: 22 Mac 2014
Hari:  Sabtu
Masa: 9.00am-12.30pm
Tempat :Dewan Al-Ghazali MRSM KKB


Tentatif Mesyuarat Agung Muafakat Kali Ke-12

 9.00-9.30am    -  Pendaftaran/Minum Pagi
 10.00am          -  Para guru,ibu bapa/penjaga
                           mengambil tempat di Dewan Besar
 10.10am          -  Ketibaan Tetamu Kehormat
                        -  Bacaan Doa
                        -  Ucapan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu
                        -  Ucapan YDP MUAFAKAT
                        -  Ucapan Perasmian oleh tetamu kehormat
10.30am           -  Mesyuarat Agung MUAFAKAT
                            Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu kali ke-12
12.30pm           -  Majlis Bersurai

Berikut adalah pautan untuk usul Mesyuarat Muafakat yang akan datang. Pautan ini adalah sama dengan yang terdapat di laman web dan FB, harap maklum.

https://docs.google.com/a/mrsmkkb.edu.my/spreadsheet/viewform?formkey=dHZjU2Zyd0NJTnZJZjJXWTFSeVh4NEE6MQ