Sukacita dimaklumkan para pelajar Tingkatan Tiga baru sahaja selesai mengambil peperiksaan Percubaan PMR 2011 dan keputusan dari percubaan tersebut telah dihantar bersama-sama dengan borang permohonan pilihan penempatan kemasukkan ke MRSM PKP(Program Khas Pendidikan) sesi 2012. Sehubungan dengan itu para ibubapa/penjaga pelajar Tingkatan Tiga diminta mengisi dan mengembalikan borang berkenaan kepada Pengurusan MRSM KKB dengan kadar SEGERA untuk cadangan penempatan bagi tahun 2012 bagi mereka yang layak. Pengurusan MRSM KKB percaya dan yakin anak-anak Tingkatan Tiga boleh melakukannya untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam PMR nanti. Sama-samalah kita berusaha dan mendoakannya.
Seterusnya berikut adalah makluman tambahan:
- PEPERIKSAAN PMR 2011-Kami mengucapkan tahniah kepada anak tuan/puan yang telah menunjukkan keputusan yang cemerlang dan peningkatan dalam peperiksaan percubaan yang lepas. Sepanjang hari peperiksaan PMR 2011 ibu bapa dibenarkan bertemu pelajar untuk tujuan memberi sokongan/motivasi kepada anak masing-masing mulai jam 7.00 pagi. Ibu bapa juga dibenarkan berada bersama guru-guru di hadapan Dewan Besar sebelum para pelajar masuk bagi setiap kali peperiksaan dan hendaklah beredar sebaik sahaja peperiksaan bermula. Ibu bapa hanya dibenarkan berada di surau atau Dewan Makan dan hendaklah meninggalkan MRSM KKB sebelum jam 2.15 ptg.
- PROGRAM MIGTY (MARA INTENSIVE GIFTED AND TALENTED YOUTH PROGRAMME)- Program MIGHTY akan berlangsung dari 11 Oktober 2011 sehinnga 29 Oktober 2011. Kehadiran pelajar pada setiap program adalahdiwajibkan. Kegagalan mematuhi dan mengikutinya akan menjejaskan penempatan ke Tingkatan Empat pada tahun 2012.
- PULANG BERCUTI HUJUNG MINGGU SEMASA PROGRAM MIGTY - Semua pelajar Tingkatan Tiga dibenarkan pulang pada setiap hujung minggu. Walau pun begitu, ibu bapa hendaklah membuat permohonan rasmi (boleh dibuat sekali gus untuk cuti hujung minggu pada 15 Oktober 2011 hingga 16 Oktober 2011 dan 22 Oktober 2011 sehingga 23 Oktober 2011. Pelajar yang permohonannya diluluskan adalah dibenarkan pulang pada setiap hari Jumaat selepas jam 2.00 petang dan kembali semula ke MRSM KKB pada hari Ahad sebelum jam 6.30 petang.
- TUNGGAKAN BAYARAN - SILA KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAN LANJUT
- BUKU TEKS BANTUAN PINJAMAN - Pelajar diminta untuk memulangkan semua buku teks yang telah dipinjam pada 10 Oktober 2011
- PROGRAM PKP (PROGRAM KHAS PENDIDIKAN) BAGI TAHUN 2012 - Semua pelajar telah diminta mengisi borang pilihan PKP dan perlu diserahkan kembali kepada Pengurusan MRSM KKB pada/sebelum 30 September 2011. Borang tersebut hendalah disahkan oleh ibu bapa/penjaga masing-masing. Kegagalan mengisi borang akan menjejaskan penempatan ke Tingkatan Empat sekiranya terpilih ke program PKP.
- UKKM ‘COMPUTER BASED’ (UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM) - Semua pelajar Tingkatan Tiga(MRSM KKB) diwajibkan menduduki UKKM pada 12 Okt 2011
- MAJLIS GRADUASI - Majlis Graduasi akan berlangsung pada 29 Oktober 2011
- CUTI AKHIR SEMESTER - Cuti Akhir Semester 2 untuk pelajar Tingkatan Tiga adalah mulai 30 Okt 2011. Pelajar dibenarkan pulang selepas sahaja tamat Majlis Graduasi pada 29 Okt 2011
*Sebarang kemusykilan berkenaan perkara-perkara diatas boleh diajukan kepada pptm@mrsmkkb.edu.my
**Artikel ini adalah dipetik dari laman web rasmi MRSM KKB, sila klik disini untuk makluman terkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan