selayaknya begitulah...walaupun cuti hanya tiga hari termasuk hari minggu, asrama kelihatan begitu sunyi dan kosong...tiada lagi riuh rendah, hiruk pikuk ataupun sebarang pergerakan aktif para pelajar. yang ada hanya blok asrama yang sepi, bilik yang ditinggalkan terbuka dan lambaian pokok-pokok yang setia....
sempena cuti hari pekerja pada 1 Mei semalam, hari ini menjadi hari cuti umum dan para pelajar dibenarkan pulang bermalam sebaik sahaja tamat mesyuarat Muafakat cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu.
namun itu semua telah berubah petang ini apabila semua pelajar telah kembali ke asrama dan kelas persediaan malam ini berjalan seperti biasa.....
Siapa jadi YDP Muafakat Sesi 2011/2012 ya? Tak larat nak tunggu..... , panjang sangat ucapan YDP pasal anta anak belajar ke overseas guna duit sendiri impact dia lain, kalau di taja lain... kalau berduit tak per la..... di taja pun , di monitor jugak, macam hantar anak belajar kat asrama pun kena monitor jugak, as parent kena monitor almaklumlar nama budak......
BalasPadamhihihi..mantan ydp mmg mcm tu.kebetuln juga amanatnya yg terakhir jd panjanglh ucapannya. sebenarnya peringatannya tu lebih kpd org yg berduit tp sgt berkira bab belajar anak2. berilah hak kpd org yg lebih memerlukn. beliau sgt low profile dn byk jasanya kpd kkb.byk perubahan yg dibawa oleh team beliau sejak mengambil alih jwtn. moga ini akan diteruskn oleh ydp baru-tn hj raduan abdullah - naib ydp sebelum ini.
BalasPadam