Rabu, Mac 23, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

Keputusan rasmi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan pagi tadi dan KKB mengekalkan kecemerlangannya dalam senarai lima (5) maktab terbaik.

Secara keseluruhan MRSM KKB menduduki tempat ke-5 daripada 38 buah MRSM. Senarai teratas diungguli maktab-maktab PKP iaitu Pengkalan Chepa, Tun Ghafar Baba dan Taiping. Langkawi mengungguli kategori bukan PKP diikuti oleh Kuala Kubu Bharu, Kubang Pasu dan Kuala Berang (pencapaian GPM bawah 1.750).

Seramai 157 orang calon dengan 4 orang mendapat semua A dalam 10 subjek, manakala 19 orang mendapat semua A dalam 9 semua subjek yang diambil. Pencapaian bagi subjek juga membanggakan dengan Sejarah, Pendidikan Islam, Prinsip Akaun dan Pendidikan Seni Visual memperoleh 100% A. AManakala Subjek Fizik dan Biologi menduduki tempat ke-6 keseluruhan. Matematik Moden memperoleh 99.36% A dengan seorang memperoleh B+.

Tahniah kepada semua warga kerja maktab, terutama guru-guru dan para pelajar. Penghargaan khas kepada penyelaras puan Suziyanti Adanan dan barisan ajk Kecemerlangan SPM 2010. Kejayaan ini juga sebagai hadiah dan kenangan manis buat bekas pengetua yang kini bertugas di MRSM Tumpat. terima kasih atas segala sokongan.

* Takziah untuk pn pengetua yang kehilangan ibu tercinta kerana kembali ke Rahmatullah dalam kegembiraan beliau menerima kejayaan SPM. Moga rohnya dicucuri rahmat.Amin

9 ulasan:

  1. tahniah buat warga MRSM KKB,jasamu tidak akan dilupakan WAK-05

    BalasPadam
  2. tumpang tanya, subjek reka cipta ade lagi ke tak kat kkb ni ?

    BalasPadam
  3. RC still live and kicking....masih ada :)

    BalasPadam
  4. yeah,tu yang nak dgr..sape yg mengajar subjeck rc sekarang ni..

    BalasPadam
  5. Pn Ithnaini...menyambung legasi Cikgu Ali

    BalasPadam
  6. x da org amik rc....

    BalasPadam