Rabu, Oktober 20, 2010

Al-Fatihah:Nizam dalam kenangan

16 Oktober 2010 lalu genap setahun pemergian allahyarham Muhammad Khairul Nizam bin Ali Hanafiah dalam kemalangan jalan raya. Tarikh yang sama juga berlangsung majlis makan malam pelajar tingkatan 5 di hotel Impiana, KLCC. setahun selepas pemergiannya, rakan-rakan dan guru-guru masih terus mengingatinya dengan segala gurau-senda dan celotehnya. hampir semua guru mengenalinya sejak beliau berada di tingkatan satu lagi (lebih tepat lagi sewaktu masih dalam minggu orientasi). aktif dan periang, juga penghibur dalam kelas. kehilangannnya masih dirasai dan semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Sebagai tanda ingatan, di sini dipaparkan beberapa keping gambar Allahyarham yang dapat 'dicarigali' dari arkib foto maktab dan juga dari koleksi foto saya sendiri. saya masih lagi mencari satu koleksi terakhir beliau bersama rakan-rakan kelab ketika berkayak di tasik Darul Quran (seminggu sebelum kejadian) yang sempat saya rakam, tetapi entah di mana. begitu juga satu folder mengandungi gambar-gambar beliau dari tingkatan satu hingga empat.
Allahyarham Nizam dalam kenangan :

kiri : sewaktu penutup minggu orientasi tingkatan satu, 2008 depan:dua dari kanan

empat dari kanan : di taman tamadun Islam, kuala terengganu





sewaktu kejohanan olahraga mrsm se-malaysia 2008 di kuala terengganu.


al-fatihah.disemadikan di kampung keluarganya di Kapar, Klang.



































4 ulasan:

  1. beliau mrupakan seorg junior yg sy sgt hormat...

    BalasPadam
  2. Ouh.. Memang pernah terdengar khabar angin pemergian beliau. Rupa-rupanya benar belaka....
    Semoga keluarganya tabah atas pemergiannya.

    Saya turut menyimpan kenangan bersama Arwah.

    BalasPadam
  3. Rindu arwah nizam sgt, dia sgt peramah n baik kalau nak compare dgn boys yg lain. Tapi, dah tiba masa dia. Al fatihah, we will always miss u bro. :)

    BalasPadam