Jumaat, Jun 18, 2010

semester II 2010

cuti sekolah menjelang ke penghujungnya, untuk para pelajar mungkin jika ada tugasan-tugasan yang belum disiapkan inilah masanya untuk disiapkan. para guru juga ada yang mungkin belum memasukkan markah ujian/peperiksaan boleh berbuat demikian sepanjang hujung minggu ini kerana tarikh akhir adalah pada hari isnin, yang mana dijangkakan hari berkenaan adalah agak sibuk.
sebagai makluman tambahan, kepada para pelajar yang tidak melekatkan gambar bersaiz pasport di kad outing dan sebagainya yang memerlukan gambar, perkhidmatan mengambil gambar dan mencetak gambar berkenaan disediakan di maktab untuk kemudahan anda dengan kos minimum iaitu RM3 untuk empat keping gambar. diharap dengan tersedianya kemudahan ini tiada lagi senario kad outing tiada gambar.
selain itu sukacita dimaklumkan juga bahawa majoriti katil, almari dan pintu bilik pelajar yang rosak telah diperbaiki sepanjang cuti. walaupun tidak sesempurna peralatan baru diharapkan para pelajar dapat menjaga kemudahan sedia ada dengan sebaiknya. denda dan tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kerosakan terhadap kelengkapan berkenaan.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!!

2 ulasan:

  1. pastikan anda tiba di maktab sebelum jam 6 petang, anda boleh datang awal untuk mengelakkan kesesakan namun makanan di DS hanya akan disediakan bermula makan malam, harap maklum

    BalasPadam
  2. Ok. Hehe.
    Owh, bestnya cuti kat maktab duluuuuu :)

    BalasPadam