Jumaat, April 30, 2010

pulang bermalam....

sebagaimana kebiasaan ataupun rutinnya sebulan sekali, para pelajar dibenarkan pulang bermalam di rumah bersama-sama dengan ibubapa. namun timbul sedikit masalah apabila ada sebilangan pelajar ingin pulang dengan menumpang ibubapa rakan mereka walaupun sudah dimaklumkan berulang kali hanya ibubapa pelajar sahaja dibenarkan mengambil anak-anak mereka sendiri. apabila larangan dikeluarkan, ada yang ingin menelefon kereta-kereta sapu untuk datang mengambil mereka bagi mengabui pihak pengawal keselamatan dengan mengatakan itu adalah ibubapa mereka...
para pelajar yang dikasihi, sesungguhnya peraturan berkenaan diadakan adalah untuk melindungi diri setiap individu pelajar, memastikan keselamatan anda apabila pulang/keluar dari kawasan maktab. tiada daya pihak maktab untuk menjamin keselamatan para pelajar sepenuhnya namun itulah yang termampu...walaupun ada segelintir yang mungkin melabelkan peraturan berkenaan menyusahkan. pihak maktab tidak mahu ada yang melencong haluan dan tidak sampai ke destinasi sebenar, rumah ibubapa masing-masing sama ada dengan sengaja ataupun tidak. perkara ini amat sukar dipastikan melainkan untuk pulang cuti persekolahan yang panjang seperti cuti semester, mungkin ibubapa akan segera tahu atau maklum sekiranya pelajar, anaknya tidak sampai di rumah selepas berangkat dari asrama. paling kami risaukan tentulah para pelajar perempuan, namun tidak bermaksud kami mengabaikan pula para pelajar lelaki...
dan bagi semua pelajar yang selamat pulang bermalam, pastikan anda tidak mengabaikan sebarang tugasan yang perlu disiapkan, serta pastikan anda mematuhi segala peraturan maktab apabila pulang ke asrama nanti.....selamat bercuti

22 ulasan:

  1. camtu kerrrrrr.......abeh klu blk ngan prebet x leh....tumpang kwn x leh.....ckg antar sendiri lah....bas nk save minyak ....x patut btl

    BalasPadam
  2. boleh jer stay kat asrama, makan minum disediakan...

    BalasPadam
  3. tanpa nama (2), berani ltk nama laa.apa yg x patut?

    BalasPadam
  4. sebagai pelajar mrsm kkb, tak patut mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan. pihak maktab berbuat demikian adalah untuk menjaga keselamatan pelajar dan sebagai pelajar yang terpelajar harap faham

    BalasPadam
  5. Okey.. Kita lihat rasionalnya di sini.. Bukan Maksud saya untuk menyinggung mana2 pihak. Semua ini dilakukan atas dasar keselamatan pelajarkan? Kita fikirkan kebajikan mereka pula, bagaimana mereka hendak balek jika bas tidak disediakan, tumpang ibu bapa tidak dibenarkan dan upah prebet sapu pun tak boleh. takkan cikgu mau hantar? Oleh itu, keputusan ini adalah di tangan pelajar. Bukan mereka tak matang.. Oleh itu mereka boleh fikir sendiri untuk baik buruknya. kalo x bleh juga.. tolong cadangkan solusi yang efektif????

    BalasPadam
  6. isu kereta sapu bukanlah isu baru di sekolah berasrama. tambangnya tentu lebih murah, tapi pada pendapat saya, keselamatan anak-anak bukanlah galang gantinya dengan jimat seringgit dua...ya mungkin mereka(pemandu kereta sapu) mencari reseki 'halal' namun pedulikah mereka akan keselamatan anak-anak ini? agaknya kalau kemalangan(minta dijauhkan), mampukah mereka memberikan gantirugi ? bukan bermaksud menghina pemandu kereta sapu, tapi mereka tidak ada sebarang peraturan keselamatan, mahupun insurans yang boleh melindungi penumpang...masa depan anak-anak masih panjang, tidak berbaloi dengan penjimatan seringgit dua menaiki kereta sapu...
    mungkin ada cdangan lain untuk masalah ini ?

    BalasPadam
  7. sblm ini pihak maktab pernah menyediakan perkhidmatan bas ke stesen komuter tetapi apa yg berlaku ialah bas yg boleh memuatkan 40 org pelajar hanya dinaiki tidak sampai suku dn perkara ini brlaku bbrapa kali. sedangkan pihak mktb trpaksa mmbyr sewa bas.ramai drp mereka dijemput abu bapa atau menumpang kwn.disebabkan itu, pihak maktab mnghentikn perkhidmatan tsb.

    BalasPadam
  8. *kebetulan pd hari pulang brmlm yg lepas, bas mktb trlibat dgn program pelajar.dan jika mahu mnyewa bas luar (tambng dibyr oleh pelajar), sambutan sgt mendukacitakan.prkhidmatan bas ini akan dipertimbangkan mmndangkan peraturan baru tlh dikuatkuasakn.harap maklum.

    BalasPadam
  9. teringat la zmn2 mase ktm rawang je yg ade.....kuala kubu x bukak lg...gigih nk byar rm 3.50 duit bas nk g rawang....tp pengalamn mengajar erti kehidupan.thanx mrsm kkb!!!!!!

    BalasPadam
  10. Betul, rasanya kalau peraturan yg diperkatakan itu diperketatkan, tiada masalah rasanya nak gunakan bas maktab.

    Saya rasa ianya pasti akan mendapat sambutan!
    :)

    BalasPadam
  11. sy tengok pihak mrsm kkb ni berkira sgt nk byr sewa bas..keselamatan pelajar lebih utama..biarpun bilangan pelajar yang sgt sedikit yg menaiki bas tetapi mrsm kkb wajib teruskan juga penyediaan bas..lg satu sy lihat pelajar mrsm kkb ni kerap pulang ke kampung..jd teruk jg ibu-bapa yg kene amik dan hantar pelajar..jd sy harap pihak mrsm kurangkan kadar balik kampung..

    BalasPadam
  12. saye sbagai ibubapa kpd sorang murid mrsm kkb,saya perasan jugak bahawa mrsm kkb tdk memberikan kerjasama kpd pelajar.sperti tandas yg kotor tdk pernah-pernah di cuci.saya lalu di sbelah tandas di blok akademik,bau tanndas yg sngt 'harum'hingga menusuk kalbu dan jantung.ingatlah kita hidop bermasyarakat.bkn idop berbusukrakat.


    BETUL3

    BalasPadam
  13. tindakan maktab sangt rasional..
    rasanya sejak zaman sy di maktab lagi peraturan dah ada....hidup je sampai sekarang..
    tak jadi masalh atau pun isu...

    BalasPadam
  14. Apa kata kita lantik jer "Tanpa Nama Berkata" tu duduk wat pengetua ke yang dipertua ke penaung mungkin dgn komen2 beliau, beliau boleh mengubah apa yang tak kena dihati dan mata beliau....

    BalasPadam
  15. poyo.mrsm ni dengan rosli panda sama je

    BalasPadam
  16. hmmm..pehal kutuk mrsm nieh??!!
    b'agk larh cket!

    BalasPadam
  17. oh,aq rase takut jika x dpt msk mrsm nie.tlong yeeee.aq da la dpt 5a.klo x dpt.......malunye aq ngan org kmpung aq.tlong li....aq nk msk mrsm wlau d mane saje

    BalasPadam
  18. hey...mrsmkkb adalah impian saya. tetapi skunk tengah tersangkut kat mrsm lenggong..walaubagaimanapon, best jgak kat sini kan? LOL

    BalasPadam
  19. Waa , sye dpt 5A ! MRSMKKB nie impian syee ! tp tak dptt ms0k laaa ! Arap2 ade yg 3rd intake plak yee :(

    BalasPadam
  20. salam,

    pasal cuti bermalam ni, kalau tak silap saya kalau cuti tersebut adalah cuti semester/cuti sekolah, bukankah MARA/MRSM yang akan menyediakan pengangkutan kepada pelajar yang balik sendiri? ianya adalah percuma untuk pelajar yang memilih pengangkutan awam seperti keretapi/bas ekspress iaitu dicharter oleh pihak sekolah untuk pelajarnya...saya tak tahu apakah sistem ini masih digunapakai atau tidak. Ini boleh mengelakkan masaalah pelajar melencong ke tempat lain

    BalasPadam