Sabtu, April 04, 2009

Angkasawan Pulang ke Gagang II

Segala persiapan adhoc bagi menyambut kehadiran angkasawan pertama negara, datuk dr sheikh muszaphar shukor sheikh mustapha yang hanya bermula selasa lalu, akhirnya berjaya juga disempurnakan. walaupun majlis hanya bermula pada jam 11.00 pagi, para pelajar dan guru beserta beberapa kakitangan telah membuat persiapan seawal jam 8.00 pagi. manakala para pelajar menunggu di dewan sejak jam 9.00 pagi.
beliau tiba pada jam 11.00 pagi dan diiringi oleh beberapa timbalan-timbalan pengetua mrsm dan wakil ANSARA. sejurus selesai ucapan pengetua, beliau telah mengambil tempat di bahagian bawah pentas dan bercerita mengenai pengalamannya bermula dari impiannnya semasa kecil, zaman persekolahan, proses pemilihan untuk program angkasawan, latihan, semasa di angkasa dan sehingga pulang ke bumi setelah 10 hari berada di ISS.
para pelajar juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan dan kesempatan ini diambil sepenuhnya walaupun terdapat pelajar yang kecewa kerana jumlah pelajar dihadkan. keseluruhan sesi mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit dan sebelum mengakhiri sesi ceramah, beliau telah menasihati para pelajar supaya menyimpan cita-cita walaupun dianggap mustahil oleh orang lain, berusaha bersungguh-sungguh dan menghormati guru...
sesudah itu acara bergambar bersama-sama guru-guru turut diadakan dan seperti mana sewaktu masuk, para pelajar juga berebut-rebut bersalaman sewaktu beliau berjalan keluar meninggalkan dewan untuk sesi autograf di bilik seminar.
hanya kira-kira 10 minit di bilik seminar, beliau terus meninggalkan majlis dan pulang menyebabkan sesi fotografi bersama pelajar terpaksa dibatalkan. majlis berakhir pada jam 12.45 tengah hari iaitu dua jam 15 minit lebih awal daripada jadual asal...
bagaimanapun, diharap segala pengalaman dan perjalanan menggapai impiannya akan terus menjadi motivasi dan inspirasi kepada kita semua terutama pelajar. peganglah segala nasihat dan pesanannya yang baik kerana kita tidak boleh memandang atau menilai peribadi kepada orang yang memberi nasihat. fikirkan dan ambillah yang positif kerana sesungguhnya manusia itu serba kekurangan walau sehebat mana pun dia dipandang oleh manusia lain.

14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. something is awkward here...news, anyone?-ida

    BalasPadam
  6. knp buang kat atas sume....

    BalasPadam
  7. SEBAB TAK SUKKEEEEEE!!! WE ALL HATE HIM...

    BalasPadam
  8. yela 2..
    kalo nsihat yg die bg kt org tp die yg x tnjuk watpe!

    BalasPadam
  9. sheikh lbih ske perempuan drpd lelaki............

    BalasPadam
  10. angkasawan pemalas...lupe diri..!!!

    BalasPadam
  11. Ape nak jadi ngan diee tuu????Perasan bagus je...aku doakan die brubah..x gne btol...pnas jerrrr!!!!!

    BalasPadam
  12. die gak mrokok pahal...kte jgn mrokok!!!!!

    BalasPadam
  13. die tu bajet bagus je.....

    BalasPadam
  14. hehe betul.ada gak dengar2 cite kononnya dia gay.masa dia di moscow pun ada la scandal.hari tu makcik saya yg kerja di kedutaan Msia di Stockholm,Sweden (x jauh dari Moscow) ada cerita,yg lepas dia singgah rumah mak cik saya,terus dia lenyap bermalam kat rumah sorang laki tu,apa dia buat wallahualam.

    BalasPadam