Isnin, Oktober 27, 2008

hari keluarga 2008

hari yang dinanti-nantikan sepanjang tahun telah tiba...


kali ini hari keluarga diadakan di wet world, shah alam dengan penyelarasnya ustaz zeidi....


kelihatan pengetua, pn siti fatimah hassan dengan begitu berkobar-kobar (beliau kata "release tension") mengetuk bende alah tu sebagai simbol merasmikan sambutan hari keluarga kali ini.



yang paling menggembirakan adalah kehadiran ahli-ahli warga yang telah meninggalkan mrsmkkb seperti tn hj safar sekeluarga dari johor, en rosli dari BPLM, en hairul sekeluarga dari scomi. turut memeriahkan adalah kehadiran ahli-ahli keluarga, anak-anak dan pasangan para guru serta kakitangan.

pengetua juga amat bersyukur dengan kehadiran awien serta azli, alhamdulillah semoga semangat muhibah ini akan berkekalan sampai bila-bila.

acara untuk anak-anak tak berapa banyak kali ini kerana "diganggu" oleh acara untuk bapak-bapak anak, atau bapak-bapak yang berani sahaja bak kata husin. acara huru-hara dalam air telah menyebabkan konduktor acara dari wet world telah semput dan mengucap berkali-kali.

kehadiran en kefli yang kering sekering-keringnya berserta cermin mata hitam glamor telah menyebabkan kumpulan bapak-bapak menyerbu beliau hingga basah. tahniah en kefli atas kehadiran cahaya mata beliau, seorang anak perempuan - kami doakan semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada kedua-dua ibu bapanya. namun takziah juga kepada beliau kerana kehilangan kembar anaknya itu yang meniggal dalam kandungan.

acara wanita berjalan dengan lancar dan tidak memeningkan kepala konduktor.

tiba acara yang paling dinanti-nantikan iaitu acara "mendapat bahagian masing-masing". antara yang sempat di highlight adalah:

1. kak isni mendapat seterika agar baju abang pin lebih licin tak berkedut

2. kak normah mendapat tong air agar dapat menyimpan lebih banyak air

3. chor mendapat comforter, sesuai pasangan baru kawen

4. encik zabid/jabit mendapat periuk selepas tiga tahun berturut-turut mendapat seterika

dan banyak lagi...

manakala hadiah bonanza :-

1. basikal - dimenangi pn norfaizah...cayalah pasti makin kurusss

2. m/wave oven - pn helyanie...tahniah...boleh 'rebus' botol baby baru nanti

3. water heate - chor...huhuuuuu...sesuaii pasangan pengantin baru

4. satu lagi dah lupa....boleh sesiapa ingatkan ?

anak2 memang tak putus2 berendam, menyelam dan sebagainya. syabas penganjur dan penyelaras walaupun ada beberapa bahagian masih boleh diperbaiki. semoga kita boleh bersama lagi seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang, bersama dengan hadiah-hadiah bonanza yang lagi gempar....insya Allah.

*juga kepada mana-mana ahli warga atau sesiapa sahaja yang ada mengambil gambar semasa sepanjang acara hari keluarga berlangsung dan berminat untuk berkongsi, sila hubungi pptm/muhaimi di sambungan 220 atau emel : muhaimi@gmail.com

Sabtu, Oktober 25, 2008

cuti deepavali

petang semalam kebanyakan pelajar telahpun pulang untuk bercuti sempena hari deepavali pada hari isnin nanti.

namun begitu kebanyakan pelajar tingkatan lima tidak pulang kerana ingin mengulangkaji pelajaran bagi peperiksaan SPM yang menjelang tiba. semoga pengoranan anda membuahkan hasil dan selamat berusaha.

warga mrsm kkb mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 3kepada semua penganut hindu di malaysia.

Jumaat, Oktober 24, 2008

jambori pengakap MRSM seMalaysia 2008

pada 15-19 oktober yang lalu sejumlah 28 orang pelajar berserta Ustaz Zeidi Zakaria sebagai guru pengiring telah bertolak ke MRSM Jeli dengan menaiki sebuah bas untuk menyertai jambori pengakap MRSM SeMalaysia.

kontinjen pasukan pengakap MRSM Kuala Kubu Bharu telah berjaya mendapat tempat ke-21 daripada keseluruhan 40 buah MRSM yang turut serta. johan disandang oleh tuan rumah, MRSM Jeli.

berikut disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam untuk diabadikan...

Khamis, Oktober 23, 2008

khidmat masyarakat - 16 oktober 2008

bagus sungguh budak-budak ni...
berikut adalah gambar foto para pelajar yang terlibat dengan khidmat masyarakat pada 16 oktober lepas di rumah ehsan kkb, dengan bimbingan puan safni. mereka membungkus kuih raya dan membawa sedikit kegembiraan kepada penghuni-penghuni di sana. contohilah mereka, syabbasss!!!!

jambori pengakap

ustaz zeidi dan rombongannya telahpun balik sejak kelmarin kalau tak silap. nanti kita ikuti apa pengalaman beliau sepanjang program berkenaan. beliau juga tidak keberatan untuk menyumbangkan gambar-gambar sepanjang program. kita nantikan....

Rabu, Oktober 22, 2008

graduasi 2008 - persiapan awal

JK Siaraya, Dokumentasi dan Peralatan - kerja-kerja memasang kanopi dimulakan seawal jam 9.45 pagi dan selesai kira-kira jam 11.00 pagi. bukan senang kerja nie...

1. nak keluarkan besi-besi serta kanvas kanopi dari stor, berat!
2. nak tempatkan besi-besi serta kanvas di tempat memerlukan kanopi, berat!
3. pemasangan kanopi, berat!

berkat semangat kerjasama di kalangan JK kerja, kanopi berjaya dipasang dalam masa minimum....3 kanopi dalam masa sejam lima belas minit! tak tahulah boleh pasang dalam masa lagi singkat ke tak nie....

sekali pegang besi bekas kucing punya t****tt!!!! rasa nak pitam! hahahahhah.....



lepas pasang kanopi JK kerja yang berkenaan dibawa untuk makan tengahari, namun ramai yang 'diet'....

psp dilanggar geroda...

petang semalam, dalam kesibukan, tiba-tiba geroda melanggar psp. paling cedera teruk adalah en md nor, kesiaaannn....
lepastu langgar opis pulak....kak long je yang kene langgar kat opis, kesiaaannn....

Selasa, Oktober 21, 2008

bahana UKKM 2008

pagi nie tayar persona panceeeettttt!!!!
nasib baik angin tak keluar habis lagi....lupa nak note haritu masa balik langgar lobang.....kuat sangat
pegi kedai ada skru, tayar macam koyak sikit, tapi masih boleh repair
allignment, balancing...abis la RM50...

Quote of the Week

"When there is disaster, two things occur, change and opportunity." -- Old Chinese Proverb

Isnin, Oktober 20, 2008

Ahad, Oktober 19, 2008

UKKM 2008 sungai besar...the journey.....

perjalanan yang sungguh mencabar disulami dugaan-dugaan...alhamdulillah kami berjaya....

setelah berjaya menyelesaikan segala "kekusutan pagi jumaat" di maktab, kami(muhaimi dan fitri) bertolak ke Sungai Besar pada kira-kira jam 10. 30 pagi dengan harapan dapat tiba sebelum jam 12.00tengahari di SMK Sg. Besar.

perjalanan sederhana laju (80-90kmj dan mengikut had laju kebangsaan) diduga dengan insiden dengan sebuah lori treler. kira-kira 10 km selepas bandar tanjung malim, di jalan yang lurus terdapat sebuah lori treler panjang bergerak perlahan. semasa sedang memotong, treler berkenaan masuk ke tengah, cuba membuat pusingan U! hon pertama sambil membrek(hon persona memang kuat macam lori) tidak dihiraukan, namun setetelah dihon panjang beberapa kali...lori berkenaan kembali masuk ke lorong, cukup untuk kereta lolos(bahu jalan sebelah kanan berlubang/berlopak!). tindakan awal membrek telah mengunci tayar beberapa saat....
alhamdulillah tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. namun insiden berkenaan menyebabkan pemandu tidak dapat meneruskan perjalanan kerana adrenalin mengalir kencang...cikgu fitri mengambil alih meneruskan perjalanan yang tidak boleh ditunda-tunda lagi....

dalam perjalanan kami sempat menelefon ke pejabat SMK Sungai Besar untuk memaklumkan kedatangan sebelum waktu solat jumaat. pejabat SMK Sungai Besar meminta kami menelefon cikgu lutfi yang bertanggungjawab menyelaras kemudahan dewan sekolah berkenaan. kerjasama yang diberi cikgu lutfi memudahkan kami, terima kasih!

sampainya kami di sungai besar, suasana mula ceria. pencarian tempat peperiksaan tidak sukar, kedudukan sekolah/pusat peperiksaan memang strategik. sambutan pihak sekolah memang membanggakan, syabas pengetua, Pn Hajah Zuraidah dan warga SMK Sungai Besar(terutamanya cikgu Lutfi, para kakitangan pejabat serta pengawal keselamatan), budi tuan/puan kami hargai dan kami kenang, semoga kita berjumpa lagi di lain kali, terima kasih.

dewan peperiksaan telah dalam keadaan sedia memandangkan peperiksaan PMR baru sahaja selesai. setelah memastikan semuanya dalam keadaan sedia, kami terus makan tengahari dan ke hotel sebelum menunaikan solat jumaat di masjid jamek sungai besar.

selesai solat jumaat, mata terasa sungguh berat. apa lagi, terus balik ke hotel "berehat" sehingga jam 4.30 petang! lepas tu baru lah ke "umah terbuka" pejabat daerah sungai besar di padang awam. MEMANG MERIAH! tapi biasalah, dah kalau lambat tu "kerak" saja lah yang ada...namun masih sempat menjamah laksa, kuay tiau, cendol dan banyak lagi di sebalik kemeriahan....

malam tak ada program, cuma mencuba makanan di restoran kg haji dorani, memang best dan kena dengan suasana....

keesokan harinya peperiksaan berlangsung tanpa sebarang masalah besar. kehadiran PMD sungai besar banyak membantu, terima kasih dan sayabas kami ucapkan kepada En. Fadzil Nor! calon bantahan pun tidak ramai. peperiksaan berjalan lancar sehingga tamat dan kami pulang hampir pada jam 2.00 petang selepas menunaikan solat di masjid jamek....

perjalanan pulang hanya singgah membeli mempelam 2 kilo seorang di tepi jalan. fitri turut membeli jus mangga asli(ORI BEB!) untuk bekalan minum dalam kereta. RM1 jer segelas, gerenti tak jumpa kat tempat lain. nasib baiklah kereta dah tak bersemut.....

sampai di maktab jam 4.30 petang....alhamdulillah...

kepada guru-guru, kakitangan dan warga maktab lain yang ingin membuat catatan dalam blog ini silalah berhubung dengan ppsm, en muhaimi pada bila-bila masa.....sumbangan tuan-puan amatlah dialu-alukan....terima kasih

Jumaat, Oktober 17, 2008

UKKM 2008

jumaat, 18 oktober 2008 akan dijalankan ujian UKKM(ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM) di 15 buah pusat di seluruh negeri selangor. taklimat ketua pengawas pusat telahpun diadakan pada jam 9.00pagi hingga 12.30 tengahari tadi.....

adalah diharapkan tidak banyak masalah yang akan timbul walaupun dijangka calon bantahan akan meningkat mendadak pada tahun ini.....

Khamis, Oktober 16, 2008

hari terakhir PMR

esok merupakan hari terakhir peperiksaan PMR 2008. semoga para pelajar dapat menjawab dengan baik dan cemerlang....

Rabu, Oktober 15, 2008

jambori pengakap

hari ini sejumlah 28 orang pelajar berserta Ustaz Zeidi Zakaria sebagai guru pengiring telah bertolak ke MRSM Jeli dengan menaiki sebuah bas untuk menyertai jambori pengakap MRSM SeMalaysia. selamat maju jaya diucapkan dan semoga pemergian membuahkan kejayaan....

Selasa, Oktober 14, 2008

ceramah kualiti - pakyem


ceramah kualiti sempena sambutan hari kualiti peringkat maktab. ahli warga sabar menunggu walaupun Pengarah Kanan MARA(Pendidikan dan Kemahiran), En Ibrahim Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yem sampai sedikit lewat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


syabas Pak Yem atas ceramah yang penuh informasi yang menyegarkan dan bersemangat! kami hargai kunjungan Pak Yem dan berharap akan ada lagi sesi-sesi seumpamanya selepas ini.



bagi warga maktab yang ingin melihat/merujuk semula bahan ceramah yang disampaikan boleh klik disini(menggunakan rangkaian dalaman maktab sahaja, termasuk wireless/wi-fi) ataupun berhubung terus dengan PPTM di talian 220.



TERIMA KASIH PAK YEM!

*turut diadakan sedikit jamuan sempena hari kualiti dan kedatangan Pak Yem...



jamuan aidilfitri peringkat homeroom

sambutan hari raya diteruskan lagi...
kali ini sambutan diadakan pada petang semalam(13 oktober)di peringkat homeroom. setiap tiga homeroom bergabung untuk satu jamuan yang diadakan serentak di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan....

homeroom cikgu fitri, eiyta dan cikgu suriani telah menjemput kakitangan di PSP yang berhampiran dengan tempat jamuan. dengan ini disertakan beberapa gambar yang sempat kami abadikan...




selain itu terdapat juga beberapa homeroom lain yang telah menyumbangkan gambar untuk tatapan semua....

Isnin, Oktober 13, 2008

bara'an istimewa/penutup





salam....
bara'an malam ini paling istimewa....di mana lagi kalau bukan di taman damai....
namanya pun dah taman damai, sejuk hati mendengar namanya...dr uzi mmg warga mrsm kkb sejati, walaupun telah melanjutkan kerjaya beliau di UPSI, kami tidak beliau lupakan.
namun agak malang kerana saya tak boleh hadir, anak dua-dua demam selesema+batuk, dah tu wife saya, cikgu farizah ada perjumpaan dengan pelajar-pelajar PMR malam nie....terkilan betul. tak ada rezeki kali nie, moga-moga tahun depan lebih dimurahkan rezeki...dapat bertandang ke taman damai...insya Allah
terima kasih Dr Uzi atas jemputan, berbanyak terima kasih yang tidak akan dilupakan...


*gambar ihsan cikgu zaiton, terima kasih....

komen pertama

komen pertama tak rasmi, dari timb. pengetua HEP - menurutnya bagus idea blog ni, tapi asik orang yang sama dalam gambar ya ? hehehhe...nak buat macam mana...orang tu asik menyibuk je depan kamera ;)

terima kasih ustaz mustaffa, website pun akan dikemaskini dalam masa yang sama....

Ahad, Oktober 12, 2008

jamuan aidilfitri 1429

aidilfitri peringkat maktab diraikan dalam majlis ringkas tajaan kelab warga. syabbass sekali lagi kelab warga!

turut diraikan adalah para guru yang bakal meneruskan perjuangan....kali ini warga kkb bakal 'kehilangan' lima warga yang tentunya bakal memberikan impak yang cukup besar, baik dari segi rutin kerja mahupun hubungan sesama insan....

cikgu hairul bakal meneruskan kerjaya bersama scomi group, tahniah! semoga cikgu hairul terus tabah....kami sentiasa doakan cikgu terus maju jaya, berjaya dan bahagia....



cikgu ali kini meneruskan pengajian....dan akan bersama kembali dengan mara sebaik sahaja beliau menamatkan 'misi' kali ini. walaupun begitu agak melegakan kerana cikgu ali akan senantiasa 'berlegar-legar' di MRSM KKB kerana isterinya masih tetap bertugas di sini. sudah tentu sidang meja bulat dan kerusi rock tidak akan ditinggalkan....selamat maju junction diucapkan...



cikgu asmah, baru lagi.....walau hanya sekadar beberapa bulan menjadi warga maktab, beliau kelihatan begitu serasi di sini. beliau bakal ke jepun bersama suami tercinta....sayonara...

ustazah aishah, umum mengetahui beliau bakal ke saudi/qatar bersama suami tercinta, fahmi....tahniah ustazah sekeluarga...kalau dah kaya nanti janganlah lupakan kami...nak ke qatar nanti pasti kami singgah....

cikgu suriani, bakal mengikuti suami tercinta ke nuziland....new zealand....ape kenama bandar lupa dah....tahniahh!!!!

paling istimewa, pengantin baru walaupun pasangan belum sampai dan menjadi warga tetap mrsm kkb, pemandu zainin 'chor'....semoga bahagia hingga ke akhirnya....

tidak dilupakan, para warga yang menyambut hari tua :)

hidangan kali ini adalah satay super supreme.....memang lazat hingga lincin dikerjakan para warga....alhamdulillah...



aidilfitri 1429 mrsmkkb

Jumaat, Oktober 10, 2008

bara'an 1429 (2/2)

bara'an diteruskan lagi...

malam ini bermula di rumah zaidi yang turut mewakilkan rumah nizar. soto nya mmg best walaupun pegedilnya kecik hahahahhah....tapi nasib baik jugak kecik sebab lepas nie laksam+nasik ayam lambong lagi....






selepas rumah zaidi adalah giliran di rumah pengetua, Pn Siti Fatimah Hassan dengan menu utamanya laksam....memang larisss tapi ustaz azharuddin makan kuah saja, manakala cubaan chor untuk makan tanpa kuah telah dihalang/ditegur oleh ustaz mustaffa serta en zabid dengan pesanan "sabar, jangan gelojoh".....


selepas puas melayan laksam, perjalanan diteruskan ke rumah fitrieyta dengan sajian istimewa aiskrim. kanak-kanak pertama mendapat aiskrim adalah hussin ghazalli...biasalah "budak nakal" mrsm kkb...memang laris jualan aiskrim malam ini, kon aiskrim langsai tak berbaki....

tiba giliran pak lurah/zabid dengan steamboat rawa...kapten kapal steam mmg hebat kali nie menyebabkan steamboat rawa habis langsung....menjilat mangkuk pendek kata...

menu paling dinantikan.....nasik ayam lambong kanan di rumah pelajar nakal.....hussin. nampaknya memang tidak mengecewakan sehingga penulis tak sempat mengambil gambar....khabarnya ayam begitu laris sehinggakan mangkuk ayam berpindah randah....namun begitu kebanyakan warga bara'an mula dah rasa penuh semacam.....



destinasi ditunda dari hari semalam, rumah kak long memang mewah...marvellous kata mat salleh...mana tidaknya, berkilo-kilo anggur hitam seedless.....dah macam mat salleh rasanya, macam dok kat europe gituuuu....tidak ketinggalan buah rambutan luar musim...bak kata hussin "elok berbulu, merah buah nie"

seterusnya ke rumah juruteknik komputer, najib dan ani....dengan selingan kekacang, kerepek dah habis dijual katanya....aii, nak kena dham nie. tapi dimaafkan kerana menghidangkan kuaci bunga kegemaran kefley dan warga bara'an dibenarkan mengisi kuaci serta kekacang dalam poket masing-masing....no problem....

destinasi sebelum yang terakhir, rumah kak an dengan hidangan kopi 'O'...memang melegakan, perut masing-masing dah boncit, kena pulak kopi 'O', semangat yang dah nak luntur tu kembali semula.....hussin mengenakan zabid dengan satu tembakan tepat....memang kena!


destinasi terakhir....cikgu sani, dengan hidangan sandwich serta pizza. beliau bijak mengatur strategi dengan memotong hidangan kepada potongan-potongan kecil...sebabnya kalau besar memang dah tak larat nak gigit dan kunyah....memang meriah sehinggakan ada yang menunggu dari luar tingkap iaitu golongan bapa-bapa tunggal yang ditinggalkan...

alhamdulillah....selesai sudah bara'an tahun ini....dengar ceritanya ada destinasi tambahan pada hari isnin nanti di taman damai(dr Uzi).....manakala destinasi malam ini meleret-leret di kerusi rock atau meja bulat dengan hidangan durian....

selessaaaaaiiiii.....

*malam nie takde bom lagi dahhhh

Khamis, Oktober 09, 2008

bara'an 1429 (1/2)

masih lagi dalam suasana hari raya....

dimulai dengan berselawat di rumah Timbalan Pengetua HEP, Ustaz Mustaffa Daharun, diikuti rumah Timbalan Pengetua HEA, Puan Siti Hajar Mohd Rashid yang menyediakan menu utama sate ayam....

seterusnya ke rumah kaunselor norhaneza sebelum dentuman "bom" di rumah cikgu ali/kasma....mujurlah tak ada sebarang kecederaan/casualties....hanya sebuah tong sampah hitam sahaja yang terkorban :)
*nasib baik mee udang tu tak keluar balik

selepas rumah cikgu ali/kasma rombongan bara'an terus ke rumah "paling kuat kena", iaitu tentunya rumah al-ustaz saudagar azharuddin. ini kerana beliau gagal menyediakan duit raya untuk pengunjung-pengunjung dewasa tidak sepertimana tuan rumah tahun lepas...roslee "geelee" kasseeem...walhal beliau(saudagar) mewarisi set pendingin hawa besar dari roslee, yang tidak dimiliki oleh mana-mana rumah kuarters lain. namun begitu buah-buahan rumah beliau laris sekali, walaupun air sebalang besar tidak berusik...

selawat paling masyuk adalah di rumah pemandu, "chor nien" yang baru sahaja menamatkan zaman duda nya. namun kelibat isterinya tidak kelihatan kerana masih berada dikampung(walaupun ada dakwaan mengatakan chor menyembunyikan beliau di dalam bilik yang bercat belang harimau)....semua warga kagum melihat rumah chor....biru bebbbb!!

seterusnya rumah pemandu kanan, shah/ijan yang menyajikan buah luar musim yakni cempedak goreng....punyer lah susah shah kata nak dapatkan cempedak...hari tu banyak hehheheh....pokok belakang rumah tak menjadi katanyaa...

selepas rumah shah adalah rumah pptm, muhaimi/farizah....sajian biasa, kueh raya + kopi 'O', malang sekali tuan rumah tak perasan kopi 'O' ada dalam "menuman" dan yang disajikan hanyalah 'O'ren sahaja....nasib baik tak kena dham!

alhadulillah selesai sudah bara'an malam pertama...malam esok ada lagiii....tunggguuuuuu
*teringat pula masa tn haji safar ada, beliau adalah pelopor acara bara'an di mrsm kkb, jawalah katankannn
**gambar belum dapat disertakan, insya Allah petang ini ataupun besok akan disertakan dengan gambar

Selasa, Oktober 07, 2008

pembetulan zon masa

untuk makluman semua, pembetulan tetapan zon masa blog ini baru sahaja dilakukan. pembetulan adalah daripada -8.00 GMT kepada zon masa tempatan, +8.00 GMT.
Harap makluim.

Isnin, Oktober 06, 2008

selamat kembali

selamat kembali kepada semua warga maktab....
pagi-pagi lagi kelihatan semua warga maktab mengucapkan selamat hari raya antara satu sama lain...semangat muhibbah di kalangan warga maktab masih tetap subur...
tidak kurang juga yang bercerita tentang kesesakan lalulintas semasa pulang dari berhari raya di kampung halaman...

Khamis, Oktober 02, 2008

makluman kemaskini majlis khatam al-quran

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
untuk makluman semua, terdapat sedikit kemaskini dalam blog majlis khatam al-quran. anda boleh klik sini untuk melihat blog yang telah dikemaskini...
harap maklum
sekian, terima kasih

Salam Aidifitri

Bagi pihak seluruh warga MRSM KKB, khususnya warga muslim...saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dn Batin kepada semua muslimin dan muslimat diluar sana, tidak terkecuali warga MRSM Kuala Kubu Bharu sendiri, dari pelajar, guru, kakitangan, kontraktor dan semuanya....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!