Laman alternatif yang memaparkan aktiviti dan senario semasa maktab.
Khamis, Mac 24, 2011
GANGGUAN KOMUNIKASI
Sebagaimana yang telah dimaklumkan juga di website rasmi maktab, dukacita dimaklumkan talian telefon, faks dan Internet maktab mengalami gangguan akibat kecurian kabel telefon berdekatan Kem PLKN. Laporan telahpun dibuat kepada pihak Telekom. Sebarang maklumbalas boleh di emelkan kepada alamat miekkb@gmail.com. Segala kesulitan yang berbangkit dari masalah ini amatlah dikesali dan kesabaran semua pihak amat kami hargai. Terima kasih.
Rabu, Mac 23, 2011
KEPUTUSAN SPM 2010
Keputusan rasmi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan pagi tadi dan KKB mengekalkan kecemerlangannya dalam senarai lima (5) maktab terbaik.
Secara keseluruhan MRSM KKB menduduki tempat ke-5 daripada 38 buah MRSM. Senarai teratas diungguli maktab-maktab PKP iaitu Pengkalan Chepa, Tun Ghafar Baba dan Taiping. Langkawi mengungguli kategori bukan PKP diikuti oleh Kuala Kubu Bharu, Kubang Pasu dan Kuala Berang (pencapaian GPM bawah 1.750).
Seramai 157 orang calon dengan 4 orang mendapat semua A dalam 10 subjek, manakala 19 orang mendapat semua A dalam 9 semua subjek yang diambil. Pencapaian bagi subjek juga membanggakan dengan Sejarah, Pendidikan Islam, Prinsip Akaun dan Pendidikan Seni Visual memperoleh 100% A. AManakala Subjek Fizik dan Biologi menduduki tempat ke-6 keseluruhan. Matematik Moden memperoleh 99.36% A dengan seorang memperoleh B+.
Tahniah kepada semua warga kerja maktab, terutama guru-guru dan para pelajar. Penghargaan khas kepada penyelaras puan Suziyanti Adanan dan barisan ajk Kecemerlangan SPM 2010. Kejayaan ini juga sebagai hadiah dan kenangan manis buat bekas pengetua yang kini bertugas di MRSM Tumpat. terima kasih atas segala sokongan.
* Takziah untuk pn pengetua yang kehilangan ibu tercinta kerana kembali ke Rahmatullah dalam kegembiraan beliau menerima kejayaan SPM. Moga rohnya dicucuri rahmat.Amin
Khamis, Mac 10, 2011
MAJLIS LERAIAN KASIH PENGETUA
MRSM KKB akan menerima pengetua baru (lagi..!)
Bersempena kenaikan pangkat dan perpindahan puan pengetua MRSM KKB, Pn. Siti Fatimah Hassan satu majlis meraikan beliau diadakan di Hotel Crystal Crown, Kepong pada Khamis, 10 Mac 2011.
Majlis yang dihadiri oleh TPHEA, TPHEK, guru dan staf turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang wakil Muafakat iaitu YDP Dato' Ahmad Hj Md Yassin, timbalannya Tn. Hj. Radzuan Abdullah dan ajk En. Ahmad Sufian Abd Ghani.
Turut sama diraikan dalam majlis ini ialah Pn Azalina Abdullah, Guru Sejarah yang akan berpindah ke MRSM Felda, Trolak kerana mengikut suaminya yang bertugas di Tapah, Perak.
Upacara penyampian cenderahati kenang-kenangan untuk kedua-duanya turut diadakan sebgai tanda penghargaan dan ingatan daripada pihak Maktab dan Muafakat. Majlis yang berlangsung dalam suasana yang mesra dan ceria itu berakhir pada jam 5:00 petang.
Kedua-duanya akan mula bertugas di tempat baru mulai Isnin, 14 Mac 2011.Guru Sejarah baru akan melapor diri pada tarikh yang sama, manakala pengganti pengetua masih belum diputuskan oleh pihak BPM. Sehingga itu, 'selamat datang' kepada pengetua ke-6.., sama ada ia dari kalangan orang dalam atau dari maktab lain...tungggguuuuuu..!!!!
Bersempena kenaikan pangkat dan perpindahan puan pengetua MRSM KKB, Pn. Siti Fatimah Hassan satu majlis meraikan beliau diadakan di Hotel Crystal Crown, Kepong pada Khamis, 10 Mac 2011.
Majlis yang dihadiri oleh TPHEA, TPHEK, guru dan staf turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang wakil Muafakat iaitu YDP Dato' Ahmad Hj Md Yassin, timbalannya Tn. Hj. Radzuan Abdullah dan ajk En. Ahmad Sufian Abd Ghani.
Turut sama diraikan dalam majlis ini ialah Pn Azalina Abdullah, Guru Sejarah yang akan berpindah ke MRSM Felda, Trolak kerana mengikut suaminya yang bertugas di Tapah, Perak.
Intipati ucapan penghargaan daripada wakil guru, Pn. Nurhaniza Mokhtar (yang juga merupakan bekas anak murid beliau ketika di MRSM Kuala Terengganu) dan Pn. Rosnani yang mewakili staf bernada sama. Pn Fatimah atau lebih mesra dipanggil 'Kak Ti' (atas permintaannya) dalam kalangan guru dan staf digambarkan sebagai seorang yang tegas dan garang. Bagaimanapun, umum mengetahui beliau bersikap demikian hanya sewaktu dalam tugas. Di luar, beliau seorang yang mesra dan terbuka. Padanya, apa yang berlaku sewaktu bekerja tidak perlu di bawa ke luar.
Dalam ucapannya perpisahannya, Pn Siti Fatimah menghargai setiap pengalaman yang diperolehi sepanjang 3 tahun 4 bulan berada di KKB kerana ia amat berbeza dengan suasana persekitaran sewaktu beliau bertugas di MRSM Kuala Terengganu dan MRSM Muadzam Shah. Baginya tugas di KKB amat mencabar terutama dalam menghadapi kerenah ibu bapa. pengalaman pertama kali menikmati nasi ambeng dan makan beramai-ramai serta menghadiri majlis rewang juga menjadi kenangan manisnya. Beliau memang dikenali sebagai seorang yang suka memasak dan menjamu tetamu. Perpindahannya ke MRSM Tumpat juga sebagai memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibunya yang semakin uzur di kampung halamannya di Kelantan.
Tempoh 9 tahun berada di KKB juga meninggalkan kesan kepada puan Azalina. walaupun sedih, tetapi beliau bersyukur kerana hasratnya untuk tinggal bersama keluarga tercapai tanpa perlu meninggalkan kerjayanya di MRSM.Upacara penyampian cenderahati kenang-kenangan untuk kedua-duanya turut diadakan sebgai tanda penghargaan dan ingatan daripada pihak Maktab dan Muafakat. Majlis yang berlangsung dalam suasana yang mesra dan ceria itu berakhir pada jam 5:00 petang.
Kedua-duanya akan mula bertugas di tempat baru mulai Isnin, 14 Mac 2011.Guru Sejarah baru akan melapor diri pada tarikh yang sama, manakala pengganti pengetua masih belum diputuskan oleh pihak BPM. Sehingga itu, 'selamat datang' kepada pengetua ke-6.., sama ada ia dari kalangan orang dalam atau dari maktab lain...tungggguuuuuu..!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)