Laman alternatif yang memaparkan aktiviti dan senario semasa maktab.
Isnin, Julai 26, 2010
HARI AKADEMIK II Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 2010
Sukacita dimaklumkan, selain daripada Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar, pada 31 Julai 2010 nanti akan turut diadakan Hari Akademik II Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 bagi tahun 2010. Program akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 11 pagi dan seterusnya diikuti dengan program Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Maklumat lanjut berkaitan dengan program berkenaan akan dimasukkan kemudian di laman web maktab dan juga blog ini, harap maklum.
Jumaat, Julai 23, 2010
HARI ANUGERAH PELAJAR 2010
TENTATIF
Tarikh: 31 Julai 2010
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Masa : 12.00 tgh hari
Aturcara :
11.30 pagi - Semua pelajar masuk ke dalam Dewan Al-Ghazali
11.45 pagi - Ketibaan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu ( Perasmi ) dengan diiringi oleh guru-guru MRSM KKB untuk masuk ke dalam Dewan Al-Ghazali
12.00 tengah hari - Bacaan Doa, diikuti dengan Ucapan Perasmian Pengetua serta Penyampaian Anugerah-Anugerah Pelajar
1.30 tengah hari - Bersurai
OBJEKTIF
Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Selain itu pengiktirafan ini juga dapat memberi perangsang dan galakkan kepada semua pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan. Hal ini penting kerana dalam usaha melahirkan pelajar yang serba boleh dan berdaya saing kecemerlangan seseorang individu bukan sahaja diukur dari segi akdemik semata-mata malah sahsiah dan juga ko-kurikulum.
BIL | NAMA ANUGERAH | BIL PENERIMA |
1. | Anugerah Kepimpinan (L & P) - Ting. 3 & 5 | 4 |
2. | Anugerah Sahsiah Terpuji (L & P) - Ting. 3 & 5 | 4 |
3. | Anugerah Aktif Ko-Kurikulum (L & P) - Ting. 3 & 5 | 4 |
4. | Anugerah Akademik Terbaik (T2 – T5) | 4 |
5. | Anugerah Penghormatan Pengetua ( | 117 |
6. | Anugerah Subjek Terbaik (T2 – T5) – sijil sahaja | 88 |
7. | Anugerah Homeroom Terbaik (T1 – T5) | 5 |
JUMLAH | 226 |
AJK HARI ANUGERAH PELAJAR 2010
Pengerusi : Pn. Siti Fatimah bt. Hassan
Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Hajar bt. Mohd Rashid
Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Abdul Ghani b. Yahya
Naib Pengerusi 3 : En. Hussin b. Ghazalli
Ex-Ofisio : Pn. Wan Roshayu bt. Nor Kamal
Penyelaras : Pn. Rosyusnita bt. Mohd. Mokhdir
Setiausaha : Pn. Safwati Hilyani bt. Abdul Halim
AJK Hadiah, Sijil & Cenderamata
Pn. Safni Alhabshi bt. Sapari (K)
Pn. Sapura bt. Sulaiman
Cik Norli Haizun bt. Norakbar
Pn. Rozilawati bt. Abdul Azid
AJK Pencalonan
Pn. Rohani bt. Maarof (K)
Pn. Hamizatulazian bt. Amir
Cik Nur Zafirah bt. Nasoha
AJK Persiapan Dewan
Pn. Noriza bt. Zainal Abidin (K)
Peralatan & Siaraya
Pn. Azalina bt. Abdullah
Pn. Siti Jasiah bt. Jasmi
En. Rahmat b. Mokhtar Lutfi
En. Mohd Azdi b. Zakaria
En. Ahmad Fitri b. Abd. Ghafar
En. Mohd Najib b. Ahmad
Pn. Noor Hasdayana bt. Mohd Hashim
AJK Jemputan & Sambutan
Pn. Sani bt. Untong (K)
Pn. Farizah bt. Ariffin
Cik Nurul Najmen bt. Taha
Pn. Hasmawate bt. M. Hassan
AJK Dokumentasi & Pamplet
Cik Normah bt. Selamat (K)
Pn. Ithnaini bt. Muhamed Kamil
Pn. Nortutiaini bt. Ab. Wahid
Kelab Media
AJK Jamuan
Pn. Rusidah bt. Ishak (K)
Pn. Rosnah bt. Alang Mohd Rashid
Pn. Norazian bt. Mohd Razlan
Pn. Asmah binti Md Isa
AJK Pengacara Majlis, Protokol Majlis & Kawalan Pelajar
Pn. Nik Emmyliza bt. Nik Ismail (K)
Ust. Zeidi b. Zakaria
Cik Roszaimawati bt. Tamjis
Pn. Nor Sarmila bt. Ishak
En. Mohd Nasir b. Mohd Faroji
Pn. Wan Roslini bt. Wan Ali
PENUTUP
Diharapkan dengan adanya majlis ini kita dapat melahirkan pelajar- pelajar yang berkualiti dan cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.
*maklumat ini dipetik dari kertas kerja program ini atas ihsan Penyelaras Program, Pn Rosyusnita, terima kasih atas izin beliau
Rabu, Julai 14, 2010
Minggu Bahasa 2010 - Keputusan Rasmi
Berikut dipaparkan keputusan rasmi akhir Minggu Bahasa MRSM 2010 di MRSM Kuala Kubu Bharu tempohari. Syabas kepada para pemenang dan para peserta serta semua pihak yang menjayakan program ini.
*berikutan kesukaran memaparkan jadual keputusan dengan betul di sini, anda disarankan merujuk kepada laman web alternatif untuk keputusan berkenaan, sila klik di sini
*berikutan kesukaran memaparkan jadual keputusan dengan betul di sini, anda disarankan merujuk kepada laman web alternatif untuk keputusan berkenaan, sila klik di sini
Rabu, Julai 07, 2010
MINGGU BAHASA 2010
Info Minggu Bahasa
Pelaksanaan Minggu Bahasa MRSM peringkat zon merupakan laluan untuk merebut Piala Pengerusi MARA yang diperuntukkan kepada johan pertandingan bahas Bahasa Melayu dan Piala Ketua pengarah yang diberi kepada johan bahas Bahasa Inggeris pada peringkat kebangsaan.
Mulai tahun 1997, perbahasan ala Parlimen mula diperkenalkan dalam Minggu Bahasa. Selain bahas, pertandingan lain yang turut diadakan ialah pidato, story telling dan drama. Pada tahun 2004, pertandingan Forum Remaja dan Melagukan Syair diperkenalkan. Mulai 2007, Choral Speaking yang sebelum ini dipertandingkan secara berasingan dijadikan sebahagian acara dalam Minggu Bahasa peringkat akhir.
Mulai 2009, acara Bahas Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris telah diasingkan daripada pertandingan Minggu Bahasa dan telah menjadi acara khusus Debat MRSM se-Malaysia.
Choral Speaking pula telah digugurkan sebagai salah satu acara dalam Minggu Bahasa mulai 2010. Manakala Forum Remaja telah menggunakan format baru bagi meningkatkan kemahiran berbahasa peserta untuk mengungkapkan idea secara spontan.
ZON PERTANDINGAN
Terdapat empat zon untuk karnival Minggu Bahasa ini. Dari tahun 1984 hingga 1997 Cuma dua zon diwujudkan untuk iaitu zon Utara dan zon Selatan. Berikutan pertambahan bilangan MRSM , maka mulai 1998, pelaksanaan Minggu Bahasa dikendalikan berdasarkan empat zon iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat. Pada kali ini terdapat 42 buah MRSM yang mewakili empat zon berkenaan.
Johan bagi setiap acara akan mewakili zon masing-masing ke pertandingan akhir atau peringkat kebangsaan.
Pembahagian zon mulai 2010 :
BIL. SELATAN
1. Tun Ghafar Baba
2. Muar
3. Muadzam Shah
4. Alor Gajah
5. Pontian
6 Batu Pahat
7. Kuching
8. Mersing
9. Gemencheh
10. Terendak
11. Betong
12. Mukah
BIL. UTARA
1. Beseri
2. Balik Pulau
3. PDRM Kulim
4. Pendang
5. Langkawi
6 Transkrian
7. Kepala Batas
8. Merbok
9. Pengkalan Hulu
10. Kubang Pasu
11. Taiping
12. Baling
BIL. TIMUR
1. Pengkalan Chepa
2. Kuala Berang
3. Kota Putra
4. Kuala Terengganu
5. Kuantan
6 Pasir Tumboh
7. Jeli
8. Kuala Krai
9. Besut
10. Gerik
11. Tumpat
BIL. BARAT
1. Tawau
2. Kota Kinabalu
3. Serting
4. Pasir Salak
5. Kuala Klawang
6 FELDA Trolak
7. Tun Ghazali Shafie
8. Bentong (Tun Abd Razak)
9. Lenggong
10. KUALA KUBU BHARU
*dipetik dari dinding facebook Cikgu Zaiton Dawi di alamat http://www.facebook.com/note.php?note_id=406576383194
Langgan:
Catatan (Atom)