Laman alternatif yang memaparkan aktiviti dan senario semasa maktab.
Sabtu, November 29, 2008
semuanya boleh didapati di sini....yaaa...di sini
Isnin, November 24, 2008
KTM Komuter
tadi terlepas tren 5:30:00...sampai di stesen 5:30:35....terlepas 35 saat...tren seterusnya 6:25:00 !!! aduuuuhhhhh....terpaksa ke stesen rawang dalam keadaan hujan yang sangat lebat.....
Sabtu, November 22, 2008
ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari....
apa pun, semoga hujan yang lebat ini datang bersama rahmat-Nya, dengan keberkatan khususnya untuk para pelajar yang masih berjuang dengan kertas-kertas SPM 2008, serta usaha para guru yang tidak putus-putus, tidak lupa juga para ibu bapa yang saban hari pasti ada mengunjungi anak-anak yang kini sangat memerlukan sokongan....semoga kejayaan menjadi petanda usaha dan keikhlasan semua...aamiinnn
Khamis, November 20, 2008
PENDAFTARAN SESI 2009
- pendaftaran pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 :
- Ahad
- 4 Januari 2009
- 9.00 pagi - 6.00 petang
2. re-orientasi :
- 5 - 6 Januari 2009
- isnin - selasa
3. kelas akademik : mulai 7 Januari, 2009
harap maklum. sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
makluman kemaskini
anda boleh lihat di sini(klik)
Rabu, November 19, 2008
Sambutan 25 Tahun Berkhidmat Dengan MARA - Grand Seasons KL
Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Dato' Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh tentang peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh MARA sejak penubuhannya hingga kini.
Dua orang guru dari MRSM KKB yang telah menerima Anugerah Penghargaan 25 Tahun Perkhidmatan adalah Ustaz Mustaffa Daharun, TPHEP yang mula berkhidmat pada 11 April 1983 dan Pn Rosnah Bt Alang Mohd Rashid, Guru Sejarah yang mula berkhidmat pada 24 Julai 1983.
Selama 25 tahun berkhidmat dengan MARA telah banyak kenangan dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama dengan anggota MARA khususnya di MRSM KKB. Semangat yang terus membara untuk terus berkhidmat adalah antara resepi yang boleh dijadikan pedoman oleh anggota MARA terutamanya yang masih muda untuk terus membina kerjaya yang lebih cemerlang dan terbilang.
Kelihatan di dalam gambar adalah (dari kiri) Ustaz Marwan (MRSM Batu Pahat), En Zaki (TPHEP MRSM Pasir Tumboh), Ustaz Mustaffa(TPHEP MRSM KKB), EN Zainuddin (TPHEP MRSM Batu Pahat).
(dimasukkan ke dalam blog oleh miekkb/webmaster)
keraian perpisahan - Ustaz Mustaffa Daharun, En Zabidin dan Pn Marlina
tak tersangka dan tak terduga, perpisahan melanda. melainkan pn marlina yang memohon pertukaran, pertukaran ustaz mustaffa dan en zabid (abang long) adalah tidak terduga sama sekali walaupun oleh puan pengetua sendiri. pn marlina memang memohon pertukaran kerana beliau telah sekian lama membuat perjalanan jarak jauh setiap hari untuk datang dan pulang dari bekerja. pengorbanan beliau yang tak terhingga tersebut jelas dan rapi oleh puan pengetua.
manakan tidak, walaupun tinggal di selayang tetapi beliau amat jarang tiba lewat ke maktab (selalu tepat-tepat!hehehe) dan pulang paling awal jam 5.00 petang, itu pun jika tiada latihan basketball. dan jika ada program sebelah malam beliau akan stayback sehingga 10.30 malam dan memandu pulang sendirian. amat komited, disenangi rakan guru dan pelajar. setelah enam tahun, rutin hariannya akan berubah. dan adakah penggantinya kelak mampu menyaingi beliau? kita tunggu dan lihat!
abang long akan ke mrsm bentong(nasib baik ada 'N') merupakan intan terpilih. mrsm bentong yang merupakan projek perintis mrsm konsep antarabangsa memerlukan tenaga kerja dan pengajar yang mahir berkomunikasi dalam bahasa asing, terutamanya bahasa inggeris. daripada cara kerjanya kelihatan seperti beliau tidak menjangkakan akan dipindahkan, namun itulah adatnya mengorbankan jiwa dan raga untuk agama, bangsa dan negara. kami rela 'meminjamkan' abang long kepada warga bentong...namun janganlah beliau 'dirampas' dari kami, kami tak rela...
pemergian kalian bertiga umpama 'pelangi petang' (sudirman) yang menghilang.....
sekian... 
Selasa, November 18, 2008
Program Modal Insan Cemerlang 2008
Ahad, November 16, 2008
Al-Fatihah.....
Sabtu, November 15, 2008
pengikut ke-7
Jumaat, November 14, 2008
pengikut ke-6
setakat ini dah ada pengikut keenam, satu petanda baik walaupun blog ini belum di war-warkan seantero nusantara.....
insya Allah jika mendapat "green light line clear" dari pengawal pusat blog ini akan diwar-warkan......terpulang kepada beliau serta pengurusan maktab.....
Khamis, November 13, 2008
Cuti Semester
Pelajar-pelajar ini akan kembali semula ke maktab pada 5 januari 2009 untuk memulakan sesi baru persekolahan manakala 30 Disember 2008 pula adalah tarikh guru mula bertugas.
Selasa, November 11, 2008
SPM 2008
sebagaimana kebiasaan peperiksaan ini diadakan di dewan utama maktab, Dewan Al-Ghazalli. meja-meja peperiksaan dan kipas serta persiapan-persiapan lain telah pun diselesaikan sejak minggu lepas dan telah menerima lawatan terakhir dari ketua pengawas peperiksaan bagi MRSM KKB
bagi para pelajar tingkatan lima 2008 dan para guru serta keseluruhan warga maktab, inilah saat dan ketika yang paling mengujakan dan mendebarkan.....semoga segala pengorbanan dan persediaan yang sebegitu lama dan telah terbukti sebelum ini membuahkan kecemerlangan buat sekian kalinya.....amin ya rabbal 'alamin.....
Khamis, November 06, 2008
sambutan hari ko-q 2008
sambutan kali ini diadakan secara sederhana namun dengan selengkap yang mungkin. yang terlibat kali ini hanya para pelajar tingkatan tiga yang telahpun selesai menduduki peperiksaan PMR dan menjalani program MIGHTY.
Selasa, November 04, 2008
minggu peperiksaan akhir semester 2, 2008
diucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan semua warga maktab mendoakan kecemerlangan anda....selamat maju jaya
Ahad, November 02, 2008
hari anugerah kecemerlangan SPM 2007
majlis dimulakan seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran para tetamu serta bekas pelajar yang menduduki spm pada 2007 yang sudah. acara dimulakan pada jam 9.40 pagi dengan kehadiran Pengetua diiringi PPHEA, PPHEP, mantan Pengetua - Tn Hj Md. Safar bin Said serta mantan PPHEA - Dr Mohd Uzi Bin Dolah.
ucapan pengetua begitu bersemangat di samping penghargaan dilontarkan atas usaha mantan pengetua, Tn Hj Md Safar sehingga kecemerlangan ini dicapai. beliau juga amat berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan atau ditingkatkan lagi. segala program dan perancangan diteruskan dan dibuat penambahbaikan demi mencapai sasaran.
tidak kurang juga berkobar-kobar semangat ucapan Tn Hj Md Safar Bin Said. amanat-amanat beliau terhadap anak-anak tidak mungkin dilupakan. maktab juga disarankan agar mengekalkan hubungan baik dengan anak-anak ini.
persembahan koir juga tidak kurang hebatnya tatkala para hadirin mula menjamu selera. SYABASSSS!!! persembahan diteruskan dengan tayangan slaid MS PowerPoint diiringi dengan alunan muzik piano yang menyegarkan.
selain daripada pengetua dan mantan pengetua yang paling berseri-seri hari ini tentulah tidak lain tidak bukan adalah Cik Normah Selamat selaku penyelaras program kecemerlangan SPM 2007. SYABASSS DAN TAHNIAH diucapkan!!!!
graduasi kali ke-6.....SYABAS!
majlis bermula agak lewat, dengan para ibu bapa pelajar menunggu penuh setia di dalam dewan al-ghazalli. sesekali pasukan gamelan memainkan muzik selingan bagi menghilangkan kebosanan para hadirin menunggu dalam dewan.
tiba kehadiran perasmi majlis, EN MOHD NIZAM MOHD ALI yang kini merupakan Pengarah Sektor Swasta, Institut Integriti Malaysia...para graduan berangkat masuk ke dalam dewan al-ghazalli dan mengambil tempat duduk masing-masing, dengan diiringi muzik gamelan dari kumpulan Gemalai Sari, mrsm kkb.
tidak lama kemudian, perasmi majlis diiringi oleh senat dan para guru mengambil tempat, juga diiringi dengan alunan muzik gamelan.
majlis terus berjalan lancar dengan ucapan pengetua, diikuti oleh ucapan berkobar-kobar oleh perasmi majlis dan seterusnya bahagian yang ditunggu-tunggu - pengiystiharan graduasi serta penganugerahan graduasi kepada para pelajar yang tersenarai.
alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pada tahun 2008 ini majlis berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
*gambar sepanjang majlis akan diletakkan kemudian
Isnin, Oktober 27, 2008
hari keluarga 2008
kali ini hari keluarga diadakan di wet world, shah alam dengan penyelarasnya ustaz zeidi....
kelihatan pengetua, pn siti fatimah hassan dengan begitu berkobar-kobar (beliau kata "release tension") mengetuk bende alah tu sebagai simbol merasmikan sambutan hari keluarga kali ini.

yang paling menggembirakan adalah kehadiran ahli-ahli warga yang telah meninggalkan mrsmkkb seperti tn hj safar sekeluarga dari johor, en rosli dari BPLM, en hairul sekeluarga dari scomi. turut memeriahkan adalah kehadiran ahli-ahli keluarga, anak-anak dan pasangan para guru serta kakitangan.
pengetua juga amat bersyukur dengan kehadiran awien serta azli, alhamdulillah semoga semangat muhibah ini akan berkekalan sampai bila-bila.
acara untuk anak-anak tak berapa banyak kali ini kerana "diganggu" oleh acara untuk bapak-bapak anak, atau bapak-bapak yang berani sahaja bak kata husin. acara huru-hara dalam air telah menyebabkan konduktor acara dari wet world telah semput dan mengucap berkali-kali.
kehadiran en kefli yang kering sekering-keringnya berserta cermin mata hitam glamor telah menyebabkan kumpulan bapak-bapak menyerbu beliau hingga basah. tahniah en kefli atas kehadiran cahaya mata beliau, seorang anak perempuan - kami doakan semoga menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada kedua-dua ibu bapanya. namun takziah juga kepada beliau kerana kehilangan kembar anaknya itu yang meniggal dalam kandungan.
acara wanita berjalan dengan lancar dan tidak memeningkan kepala konduktor.
tiba acara yang paling dinanti-nantikan iaitu acara "mendapat bahagian masing-masing". antara yang sempat di highlight adalah:
1. kak isni mendapat seterika agar baju abang pin lebih licin tak berkedut
2. kak normah mendapat tong air agar dapat menyimpan lebih banyak air
3. chor mendapat comforter, sesuai pasangan baru kawen
4. encik zabid/jabit mendapat periuk selepas tiga tahun berturut-turut mendapat seterika
dan banyak lagi...
manakala hadiah bonanza :-
1. basikal - dimenangi pn norfaizah...cayalah pasti makin kurusss
2. m/wave oven - pn helyanie...tahniah...boleh 'rebus' botol baby baru nanti
3. water heate - chor...huhuuuuu...sesuaii pasangan pengantin baru
4. satu lagi dah lupa....boleh sesiapa ingatkan ?
anak2 memang tak putus2 berendam, menyelam dan sebagainya. syabas penganjur dan penyelaras walaupun ada beberapa bahagian masih boleh diperbaiki. semoga kita boleh bersama lagi seperti ini pada tahun-tahun yang akan datang, bersama dengan hadiah-hadiah bonanza yang lagi gempar....insya Allah.
*juga kepada mana-mana ahli warga atau sesiapa sahaja yang ada mengambil gambar semasa sepanjang acara hari keluarga berlangsung dan berminat untuk berkongsi, sila hubungi pptm/muhaimi di sambungan 220 atau emel : muhaimi@gmail.com
Sabtu, Oktober 25, 2008
cuti deepavali
namun begitu kebanyakan pelajar tingkatan lima tidak pulang kerana ingin mengulangkaji pelajaran bagi peperiksaan SPM yang menjelang tiba. semoga pengoranan anda membuahkan hasil dan selamat berusaha.
warga mrsm kkb mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 3kepada semua penganut hindu di malaysia.
Jumaat, Oktober 24, 2008
jambori pengakap MRSM seMalaysia 2008
kontinjen pasukan pengakap MRSM Kuala Kubu Bharu telah berjaya mendapat tempat ke-21 daripada keseluruhan 40 buah MRSM yang turut serta. johan disandang oleh tuan rumah, MRSM Jeli.
berikut disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam untuk diabadikan...