Jumaat, Julai 23, 2010

HARI ANUGERAH PELAJAR 2010

TENTATIF
Tarikh: 31 Julai 2010
Tempat : Dewan Al-Ghazali
Masa : 12.00 tgh hari
Aturcara :
11.30 pagi       -          Semua pelajar masuk ke dalam Dewan Al-Ghazali
11.45 pagi       -          Ketibaan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu ( Perasmi ) dengan diiringi oleh guru-guru MRSM KKB untuk masuk ke dalam Dewan Al-Ghazali
12.00 tengah hari     -          Bacaan Doa, diikuti dengan Ucapan Perasmian Pengetua serta Penyampaian Anugerah-Anugerah Pelajar
1.30 tengah hari       -           Bersurai

OBJEKTIF
Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Selain itu pengiktirafan ini juga dapat memberi perangsang dan galakkan kepada semua pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan. Hal ini penting kerana dalam usaha melahirkan pelajar yang serba boleh dan berdaya saing kecemerlangan seseorang individu bukan sahaja diukur dari segi akdemik semata-mata malah sahsiah dan juga ko-kurikulum.
ANUGERAH-ANUGERAH YANG AKAN DISAMPAIKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR
BIL
NAMA ANUGERAH
BIL PENERIMA

1.

Anugerah Kepimpinan (L & P) - Ting. 3 & 5


4

2.

Anugerah Sahsiah Terpuji (L & P) - Ting. 3 & 5


4

3.

Anugerah Aktif Ko-Kurikulum (L & P) - Ting. 3 & 5


4

4.

Anugerah Akademik Terbaik (T2 – T5)


4

5.

Anugerah Penghormatan Pengetua (PNG ≥3.50) – sijil sahaja


117

6.

Anugerah Subjek Terbaik (T2 – T5) – sijil sahaja


88

7.

Anugerah Homeroom Terbaik (T1 – T5)


5
JUMLAH
226



AJK HARI ANUGERAH PELAJAR 2010
Pengerusi                                 : Pn. Siti Fatimah bt. Hassan
Naib Pengerusi 1                     : Pn. Siti Hajar bt. Mohd Rashid
Naib Pengerusi 2                     : Tn. Hj. Abdul Ghani b. Yahya
Naib Pengerusi 3                     : En. Hussin b. Ghazalli
Ex-Ofisio                                 : Pn. Wan Roshayu bt. Nor Kamal
Penyelaras                               : Pn. Rosyusnita bt. Mohd. Mokhdir
Setiausaha                               : Pn. Safwati Hilyani bt. Abdul Halim

AJK Hadiah, Sijil & Cenderamata
Pn. Safni Alhabshi bt. Sapari (K)
Pn. Sapura bt. Sulaiman
Cik Norli Haizun bt. Norakbar
Pn. Rozilawati bt. Abdul Azid

AJK Pencalonan
Pn. Rohani bt. Maarof (K)
Pn. Hamizatulazian bt. Amir
Cik Nur Zafirah bt. Nasoha

AJK Persiapan Dewan
Pn. Noriza bt. Zainal Abidin (K)

Peralatan & Siaraya
Pn. Azalina bt. Abdullah
Pn. Siti Jasiah bt. Jasmi
En. Rahmat b. Mokhtar Lutfi
En. Mohd Azdi b. Zakaria
En. Ahmad Fitri b. Abd. Ghafar
En. Mohd Najib b. Ahmad
Pn. Noor Hasdayana bt. Mohd Hashim

AJK Jemputan & Sambutan
Pn. Sani bt. Untong (K)
Pn. Farizah bt. Ariffin
Cik Nurul Najmen bt. Taha
Pn. Hasmawate bt. M. Hassan

AJK Dokumentasi & Pamplet
Cik Normah bt. Selamat (K)
Pn. Ithnaini bt. Muhamed Kamil
Pn. Nortutiaini bt. Ab. Wahid
Kelab Media

AJK Jamuan
Pn. Rusidah bt. Ishak (K)
Pn. Rosnah bt. Alang Mohd Rashid
Pn. Norazian bt. Mohd Razlan
Pn. Asmah binti Md Isa

AJK Pengacara Majlis, Protokol Majlis & Kawalan Pelajar
Pn. Nik Emmyliza bt. Nik Ismail (K)
Ust. Zeidi b. Zakaria
Cik Roszaimawati bt. Tamjis
Pn. Nor Sarmila bt. Ishak
En. Mohd Nasir b. Mohd Faroji
Pn. Wan Roslini bt. Wan Ali

PENUTUP
Diharapkan dengan adanya majlis ini kita dapat melahirkan pelajar- pelajar yang berkualiti dan cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.
*maklumat ini dipetik dari kertas kerja program ini atas ihsan Penyelaras Program, Pn Rosyusnita, terima kasih atas izin beliau

Rabu, Julai 14, 2010

Minggu Bahasa 2010 - Keputusan Rasmi

Berikut dipaparkan keputusan rasmi akhir Minggu Bahasa MRSM 2010 di MRSM Kuala Kubu Bharu tempohari. Syabas kepada para pemenang dan para peserta serta semua pihak yang menjayakan program ini.

*berikutan kesukaran memaparkan jadual keputusan dengan betul di sini, anda disarankan merujuk kepada laman web alternatif untuk keputusan berkenaan, sila klik di sini

Rabu, Julai 07, 2010

MINGGU BAHASA 2010

Info Minggu Bahasa

Pelaksanaan Minggu Bahasa MRSM peringkat zon merupakan laluan untuk merebut Piala Pengerusi MARA yang diperuntukkan kepada johan pertandingan bahas Bahasa Melayu dan Piala Ketua pengarah yang diberi kepada johan bahas Bahasa Inggeris pada peringkat kebangsaan.

Mulai tahun 1997, perbahasan ala Parlimen mula diperkenalkan dalam Minggu Bahasa. Selain bahas, pertandingan lain yang turut diadakan ialah pidato, story telling dan drama. Pada tahun 2004, pertandingan Forum Remaja dan Melagukan Syair diperkenalkan. Mulai 2007, Choral Speaking yang sebelum ini dipertandingkan secara berasingan dijadikan sebahagian acara dalam Minggu Bahasa peringkat akhir.

Mulai 2009, acara Bahas Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris telah diasingkan daripada pertandingan Minggu Bahasa dan telah menjadi acara khusus Debat MRSM se-Malaysia.

Choral Speaking pula telah digugurkan sebagai salah satu acara dalam Minggu Bahasa mulai 2010. Manakala Forum Remaja telah menggunakan format baru bagi meningkatkan kemahiran berbahasa peserta untuk mengungkapkan idea secara spontan.

ZON PERTANDINGAN

Terdapat empat zon untuk karnival Minggu Bahasa ini. Dari tahun 1984 hingga 1997 Cuma dua zon diwujudkan untuk iaitu zon Utara dan zon Selatan. Berikutan pertambahan bilangan MRSM , maka mulai 1998, pelaksanaan Minggu Bahasa dikendalikan berdasarkan empat zon iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat. Pada kali ini terdapat 42 buah MRSM yang mewakili empat zon berkenaan.

Johan bagi setiap acara akan mewakili zon masing-masing ke pertandingan akhir atau peringkat kebangsaan.

Pembahagian zon mulai 2010 :
BIL. SELATAN
1. Tun Ghafar Baba
2. Muar
3. Muadzam Shah
4. Alor Gajah
5. Pontian
6 Batu Pahat
7. Kuching
8. Mersing
9. Gemencheh
10. Terendak
11. Betong
12. Mukah

BIL. UTARA
1. Beseri
2. Balik Pulau
3. PDRM Kulim
4. Pendang
5. Langkawi
6 Transkrian
7. Kepala Batas
8. Merbok
9. Pengkalan Hulu
10. Kubang Pasu
11. Taiping
12. Baling

BIL. TIMUR
1. Pengkalan Chepa
2. Kuala Berang
3. Kota Putra
4. Kuala Terengganu
5. Kuantan
6 Pasir Tumboh
7. Jeli
8. Kuala Krai
9. Besut
10. Gerik
11. Tumpat

BIL. BARAT
1. Tawau
2. Kota Kinabalu
3. Serting
4. Pasir Salak
5. Kuala Klawang
6 FELDA Trolak
7. Tun Ghazali Shafie
8. Bentong (Tun Abd Razak)
9. Lenggong
10. KUALA KUBU BHARU



*dipetik dari dinding facebook Cikgu Zaiton Dawi di alamat http://www.facebook.com/note.php?note_id=406576383194

Jumaat, Jun 18, 2010

semester II 2010

cuti sekolah menjelang ke penghujungnya, untuk para pelajar mungkin jika ada tugasan-tugasan yang belum disiapkan inilah masanya untuk disiapkan. para guru juga ada yang mungkin belum memasukkan markah ujian/peperiksaan boleh berbuat demikian sepanjang hujung minggu ini kerana tarikh akhir adalah pada hari isnin, yang mana dijangkakan hari berkenaan adalah agak sibuk.
sebagai makluman tambahan, kepada para pelajar yang tidak melekatkan gambar bersaiz pasport di kad outing dan sebagainya yang memerlukan gambar, perkhidmatan mengambil gambar dan mencetak gambar berkenaan disediakan di maktab untuk kemudahan anda dengan kos minimum iaitu RM3 untuk empat keping gambar. diharap dengan tersedianya kemudahan ini tiada lagi senario kad outing tiada gambar.
selain itu sukacita dimaklumkan juga bahawa majoriti katil, almari dan pintu bilik pelajar yang rosak telah diperbaiki sepanjang cuti. walaupun tidak sesempurna peralatan baru diharapkan para pelajar dapat menjaga kemudahan sedia ada dengan sebaiknya. denda dan tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kerosakan terhadap kelengkapan berkenaan.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!!

Sabtu, Jun 05, 2010

Cuti Persekolahan

Para pelajar telahpun pulang untuk bercuti selepas sahaja tamat Mesyuarat Agung Muafakat 2010 yang berlangsung di Dewan Al-Ghazali semalam. Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti sebaik-baiknya bersama-sama dengan keluarga dan kembali dengan keadaan yang ceria, berdisiplin, bersahsiah serta bersemangan untuk meneruskan persekolahan pada hari Ahad, 20 Jun 2010 nanti. SELAMAT BERCUTI dari pihak maktab...

Ahad, Mei 09, 2010

hari ibu....

hujung minggu, mungkin suatu kebetulan. cuaca agak suram hari ini dan kadar kepanasan juga agak berkurangan. sebaliknya kelihatan peningkatan pada kadar keluar 'outing' yang ketara pada hari ini. mungkin para ibu tidak melepaskan peluang menyambut hari ibu dan menghabiskan hujung minggu dengan anak-anak yang sekian lama berada di asrama. apa pun warga MRSM Kuala Kubu Bharu mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu...

blackout...

pada malam tadi pada jam kira-kira 10.30 malam, asrama puteri diselubungi kegelapan gara-gara litar pintas yang agak serius. usaha memulihkan kembali bekalan elektrik dengan segera menemui jalan buntu apabila suis yang terpelantik adalah suis utama di pencawang kecil mrsmkkb. pihak senggaaraan terpaksa dihubungi dan kakitangan yang berkenaan tiba kira-kira sejam setengah kemudian dan segalanya kembali normal...

spotcheck!!

sekali lagi....memandangkan terdapat dengan jelas dan ketara pelajar yang ponteng solat jumaat. bahkan bukan itu sahaja, mereka bersembunyi di asrama dan melarikan diri apabila dilihat...tentu mencurigakan sesiapa sahaja yang terpandang. dengan senario kehilangan barangan/kecurian, tidak salah rasanya pemeriksaan mengejut/spotcheck diadakan selepas solat jumaat. para pelajar yang tidak keluar bersolat jumaat pasti akan kedapatan akhirnya....makluman kepada ibubapa juga akan menyusul dengan seberapa segera...
moralnya, patuhilah peraturan yang ada...

Jumaat, Mei 07, 2010

jamuan desa mei 2010

salam 1 malaysia..
malam tadi telah diadakan jamuan desa untuk semua warga desa mrsmkkb di kediaman TPHEA, Puan Siti Hajar. majlis bermula pada 7.20 mlm dengan solat maghrib berjemaah dituruti dengan bacaan yasin...majlis seterusnya dilengkapkan dengan solat isya' berjemaah sebelum diikuti dengan jamuan 'nasi ambeng' spesial...memeriahkan majlis adalah kehadiran majoriti warga antaranya adalah (Pengetua)Pn Siti Fatimah Hassan sekeluarga, (TPHEP)Tn Hj Ghani sekeluarga, (Kaunselor)Pn Nurhaniza, Cikgu Ali sekeluarga, Puan Rahayu sekeluarga, Ustaz Azharuddin sekeluarga walaupun jauh, En Amir bersama isterinya Pn Shadatul, En Zainin sekeluarga, Pn Affizan, Pn Sahani, Pn Maheran, En Muhaimi sekeluarga, Pn Rafidah, Cikgu Zaiton, Cikgu Najmen, Cikgu Alyaa, Cikgu Nurzafirah, Ustazah Roszaimawati, Cikgu Hussin sekeluarga, En Saipul, En Pozi, Cikgu Azdi, Cikgu Zaidi, Cikgu Kefli dan ramai lagi...syabas diucapkan atas jalinan silaturrahim yang terjalin...

Cikgu Fitri sekeluarga pula tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

Isnin, Mei 03, 2010

spotcheck!

salam muhibbah...
sebagaimana yang telah dirancang pada minggu lepas, semalam telah diadakan sesi 'spotcheck' atau pemeriksaan mengejut sempena kepulangan para pelajar ke asrama. ini adalah berikutan gejala merokok dan membawa barang-barang larangan lain seperti telefon dan seluar jeans yang berleluasa...
namun tidak seperti yang dijangka, hanya beberapa kes sahaja yang kedapatan semalam, namun pihak maktab amat berharap para pelajar serta ibubapa dapat bersama-sama menghayati peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi kebaikan semua pihak.
kerjasama dari para ibubapa amatlah kami hargai dan kami sanjungi walaupun dalam ada yang dalam keadaan kepenatan setelah mengharungi jalan yang sibuk atau jarak yang jauh....terima kasih dari kami, namun jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan kami semasa menjalankan tugas, budibicara para ibubapa amatlah kami hargai...terima kasih sekali lagi

Jumaat, April 30, 2010

pulang bermalam....

sebagaimana kebiasaan ataupun rutinnya sebulan sekali, para pelajar dibenarkan pulang bermalam di rumah bersama-sama dengan ibubapa. namun timbul sedikit masalah apabila ada sebilangan pelajar ingin pulang dengan menumpang ibubapa rakan mereka walaupun sudah dimaklumkan berulang kali hanya ibubapa pelajar sahaja dibenarkan mengambil anak-anak mereka sendiri. apabila larangan dikeluarkan, ada yang ingin menelefon kereta-kereta sapu untuk datang mengambil mereka bagi mengabui pihak pengawal keselamatan dengan mengatakan itu adalah ibubapa mereka...
para pelajar yang dikasihi, sesungguhnya peraturan berkenaan diadakan adalah untuk melindungi diri setiap individu pelajar, memastikan keselamatan anda apabila pulang/keluar dari kawasan maktab. tiada daya pihak maktab untuk menjamin keselamatan para pelajar sepenuhnya namun itulah yang termampu...walaupun ada segelintir yang mungkin melabelkan peraturan berkenaan menyusahkan. pihak maktab tidak mahu ada yang melencong haluan dan tidak sampai ke destinasi sebenar, rumah ibubapa masing-masing sama ada dengan sengaja ataupun tidak. perkara ini amat sukar dipastikan melainkan untuk pulang cuti persekolahan yang panjang seperti cuti semester, mungkin ibubapa akan segera tahu atau maklum sekiranya pelajar, anaknya tidak sampai di rumah selepas berangkat dari asrama. paling kami risaukan tentulah para pelajar perempuan, namun tidak bermaksud kami mengabaikan pula para pelajar lelaki...
dan bagi semua pelajar yang selamat pulang bermalam, pastikan anda tidak mengabaikan sebarang tugasan yang perlu disiapkan, serta pastikan anda mematuhi segala peraturan maktab apabila pulang ke asrama nanti.....selamat bercuti

Isnin, April 26, 2010

suhu di KKB kembali normal

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi dengan perkembangan terkini nampaknya "suhu kembali normal di KKB"...kehangatan cuaca berserta proses demokrasi yang seolah-olah kebetulan serentak kini nampaknya semakin reda....
sepanjang minggu lepas nampaknya pelbagai program, tidak kiralah secara langsung atau tidak langsung, terlibat atau tidak terlibat, suka atau tidak suka sekalipun membuatkan semua orang seolah-olah teruja dan dilanda kesibukan....nampaknya semua sudah semakin reda....

Sabtu, April 03, 2010

Hari Bumi 2010

Hari Bumi peringkat maktab disambut pada 3 April 2010, 19 hari lebih awal daripada tarikh rasmi 22 April. Hari ini merupakan sekolah ganti untuk Hari Raya. Dalam masa sama, tingkatan 2 dan 4 terlibat dengan Science Fair, manakala tingkatan 1, 3 dan 5 memeriahkan sambutan Hari Bumi dengan pertandingan mewarna, melukis t-shirt, membuat kraf tangan daripada bahan terbuang...sambutan dan penglibatan daripada para pelajar dan guru amat menggalakkan...SYABAS diucapkan

Sabtu, Mac 20, 2010

Pelajar SPM batch 2009

berikut adalah laman yg boleh dilawati utk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan penajaan dsb
www.spmleavers.blogspot.com

Isnin, Mac 01, 2010

Penutup Minggu Aktiviti dan Suai Kenal 2010

Penutup Minggu Aktiviti Semeter 1 dan Minggu Suai Kenal telah diadakan semasa perhimpunan mingguan (2 kali sebulan - minggu Alfa) pada petang tadi.

Perhimpunan kali ini diselaras oleh Homeroom 5 Emerald B. Mu'min Aznan dan Fatin Syahira Baharuddin bertindak sebagai pengacara majlis. Selesai alunan lagu Negaraku dan Warisan, doa dibacakan oleh Muhammad Zuhri dan seterusnya ucapan oleh Timbalan Presiden 1 BWP, Puteri Nurjihan Mohd Nadzor.

Selesai ucapan daripada puan pengetua, pelajar-pelajar tingkatan 4 mempersembahkan 'Choral Speaking' tentang aktiviti sepanjang minggu. Selain itu, persembahan vokal dari pemenang pertandingan nasyid tingkatan 2 - homeroom 2 Topaz A, berjaya memukau penonton yang dipersembahkan secara solo oleh dua orang penyanyinya. Lagu yang dipersembahkan ialah Untukmu Ibu dan Anak Yatim. Persembahan Aerodance gabungan pelajar-pelajar lelaki tingkatan 5 juga menarik perhatian.

Hadiah untuk pemenang setiap pertandingan sepanjang Minggu Aktiviti terpaksa diadakan dua kali kerana mengambil masa yang lama, justeru penyampaian dan persembahan hadiah akan diadakan sekali lagi pada minggu hadapan. Hadiah disampaikan oleh puan pengetua, TPHEA dan TPHEK.

Sementara itu, pemilihan pelajar terbaik (paling Menyerlah - Most Outstanding) turut diadakan. Pelajar tingkatan empat lelaki yang dipilih ialah Lineral a/l Ramakrishnan, manakala pelajar perempuan disandang oleh Nurul Syafika Md Yahya. Kedua-duanya pelajar baru. Muhammad Hafifi bin Mohamad Jumari dan Nur Syahirah binti Manhairi pula dipilih sebagai Pelajar Paling Menyerlah tingkatan 1. Homeroom paling Menyerlah pula ialah 4 Emerald B (Pn. Azalina) dan 1 Topaz A (Cik Normah). Syabas dan tahniah kepada semua pemenang, pelajar, guru dan kakitangan yang terlibat menjayakan Minggu Aktiviti dan Minggu Suai Kenal 2010.






Jumaat, Februari 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Selawat dan salam kepada junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w....
sempena maulidur rasul para pelajar dibenarkan pulang bermalam bermula pagi ini selepas tamat sesi gotong royong. kelihatan para ibu bapa datang seawal jam 8 pagi...
nampaknya terubatlah homesick pelajar-pelajar baru dan dapatlah merehatkan diri selepas minggu aktiviti dan sukan/olahraga...
kepada para pelajar, pastikan datang awal pada hari ahad nanti...

Minggu Aktiviti & Minggu Penyesuaian Diri/Kejohanan Olahraga Tahunan

Tidak seperti kebiasaan, pada tahun ini Minggu Penyesuaian Diri diadakan serentak dengan Minggu Aktiviti. Dalam Minggu Aktiviti ini juga diselitkan kejohanan Olahraga Tahunan Maktab kali ke-5. pelajar-pelajar baru tingkatan 1 terutamanya lebih 'enjoy' dan kurang 'homesick' disebabkan mereka turut dilibatkan dalam minggu aktiviti dan dapat bergaul dengan semua senior.

Minggu Penyesuaian Diri bermula dengan pendaftaran pelajar-pelajar baru tingkatan 1 dan 4 pada 17 Februari lalu. Pada tahun ini majoriti pelajar tingkatan 4 merupakan pelajar lama KKB, 34 orang dari MRSM Kuala Klawang, sementara beberapa orang pelajar dari sekolah harian. bagi tingkatan 1, ini merupakan pengalaman pertama berjauhan dari keluarga, tetapi mereka cukup bersemangat. Pada tahun ini juga kurang sekali kedengaran pelajar 'homesick' dan menangis, berbanding tahun-tahun sebelum terutama dua tahun lepas....(huhuhu...masa ni warden pon rase nak ikut menangis..adesss)..

Selain sesi bersama penasihat homeroom dan kaunselor, mereka turut diselia oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dengan bermacam aktiviti untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Minggu aktiviti pula bermula sehari selepas pendaftaran dengan program senamrobik/poco-poco bersama BWP di dataran berhadapan Dewan Besar. Ia turut melibatkan guru-guru dan kakitangan yang diketuai oleh 'Pak Hussin' (TPHEK) dan tidak ketinggalan TPHEA disamping Ketua-ketua Jabatan, beberapa orang guru dan kakitangan pejabat yang 'sporting'..(yg 'sporting' jee..)

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu (19 - 25 Feb.) ialah sukan tradisional, pasar malam, kuiz matematik, amazing science (t3), puisidra, amali haji, aerodance, talent show (t5), Human Chess, pert nasyid (t2), kingdom of homeroom, pesta remaja citra, spontan (2,3 & 5),dan banyak lagi. latihan rumah sukan diadakan setiap petang manakala Pertandingan Merentas Desa pada 22 feb, saringan olahraga pada 23 dan 24 feb manakala kemuncak kejohanan olahraga pada 25 feb serentak dengan upacara penutup disempurnakan oleh YDP Muafakat Caw. MRSMKKB, Dato' Ahmad bin Md Yassin.

Johan keseluruhan pada tahun ini disandang oleh rumah Emerald (Hijau). Olahragawan MA disandang oleh Lukman Hakimi (Sapphire), Olahragawati MA - Shalini (Sapphire) . Bagi Olahragawan MR - Muhammad Afiq (Topaz) dan Olahragawati MR - Divashini juga dari Rumah Topaz. Olahraga dwi-tahunan ini diadakan buat kali ke-5 sejak 2002. Pada tahun hadapan akan diadakan acara sukan dan permainan.

Pemenang-pemenang akan dipilih untuk mewakili maktab dalam kejohanan Olahraga MRSM peringkat Zon Barat pada April depan.

Minggu Aktiviti semester dua akan diadakan pada Ogos depan. Tunggu....!!!

Ahad, Februari 21, 2010

duty warden

semalam tak dapat bertugas dek kerana demam panas/high fever sehinggakan terpaksa MC pada hari jumaat/kelmarin. hari ini tidak sebagaimana jangkaan tidak ramai pula pelawat apatah lagi pelajar yang ingin keluar. mungkin kerana baru mendaftar atau kembali ke asrama menjadi faktor, tambahan pula mesin ATM Bank Rakyat pula telah beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang masalah yang ketara menjadi faktor penyumbang terhadap bilangan kunjungan mahupun keperluan untuk keluar.....
dalam pemerhatian dan berdasarkan laporan, terdapat sebilangan pelajar masih belum arif dengan peraturan keluar masuk asrama. ada sebilangan yang tidak melaporkan diri di balai pengawal, pakaian yang tidak mematuhi peraturan dan sebagainya...
demi kebaikan semua pihak, tinggi harapan pihak warden agar peraturan yang telah ditetapkan ini dipatuhi dan mendapat kerjasama semua pihak, termasuk ibubapa/penjaga.

selesai pendaftaran

bermacam ragam dan senario kelihatan pada hari pendaftaran....seawal 7.30 pagi kelihatan telah ada bakal pelajar bersama keluarga menanti kaunter pendaftaran dibuka....sehinggalah kepada versi pendaftar lewat tiba jam 8.00 malam...bermacam ragam dapat diperhatikan....
proses orientasi atau penyesuaian juga serta merta bermula....kita saksikannn....

Isnin, Februari 15, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

kepada semua pembaca, rasanya masih belum terlewat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, terutamanya kepada para pembaca dari kaum Cina....maktab bercuti bermula daripada hari Sabtu lepas sehinggalah hari Selasa, dan sesi persekolahan akan bermula kembali pada hari Rabu nanti. Jadi para pelajar dikehendaki kembali ke maktab pada petang Selasa, SEBELUM JAM 6 petang....harap maklum

angin kencang dan suasana panas

Salam satu malaysia....
seperti biasa pada penghujung tahun dan diikuti awal tahun berikutnya adalah musim berangin(tidak sampai ribut pun) yang hebat di mukim buloh telor di mana terletaknya MRSM KKB.....kali ini disertai dengan cuaca panas membakar sehinggakan rumput di padang dan sekitar kawasan maktab kelihatan begitu kering dan seolah-olah garing/rapuh....
sehubungan dengan itu para warga maktab amnya dan para pelajar khasnya dinasihatkan berhati-hati terutamanya dalam menjaga kesihatan(pastikan anda meminum air masak sebanyak yang mungkin) dan awas dengan pintu dan juga objek-objek lain yang ditolak angin....kerana anda MUNGKIN TERCEDERA!

Jumaat, Februari 12, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru Ting. 1 dan 4, 2010

Selamat datang kepada pelajar-pelajar BARU tingkatan 1 dan 4.

Sesi pendaftaran akan diadakan pada 17 Februari 2010, bermula pada jam 8.30 hingga 11.00 pagi. Kami amat mengharapkan agar ibu bapa/penjaga dapat hadir pada waktu yang ditetapkan bagi melancarkan proses pendaftaran dan

8.30 - 11.00 pagi : Pendaftaran
11.00 - 12.00 tgh : Taklimat Pengetua bersama pelajar dan ibu bapa
12.00-1.00 : Perjumpaan penasihat homeroom bersama pelajar dan ibu bapa
1-00 - 6.30 ptg : Makan/mengemas bilik asrama dan sebagainya (bersama ibu bapa)
6.30 : ibu bapa pulang ke destinasi masing-masing

Bagi memudahkan urusan pendaftaran, sila pastikan segala dokumen yang diperlukan dibawa dan telah lengkap diisi sebelum diserahkan ke setiap kaunter.

Bayaran yuran sebanyak RM270 dan ini antaranya meliputi bayaran asrama utk sebulan dan yuran Muafakat (keahlian dan tahunan), bayaran lain adalah tertakluk kepada keperluan seperti Koperasi.

Sebagai peringatan: pelajar DILARANG membawa barang-barang keperluan yang berharga/berjenama dan juga TELEFON. Diingatkan juga supaya tidak membawa pakaian, kasut dan barang-barang yang tidak penting kerana 'locker' dan bilik tidak mampu menampung barang yang banyak. Pastikan yang penting dan perlu sahaja.

Setiap bilik menempatkan empat orang pelajar dan hanya menyediakan KEMUDAHAN ASAS. Walaupun begitu, kami sedaya upaya cuba memberikan keselesaan kepada semua. Jadi, jangan bayangkan suasana bilik di rumah sendiri atau di hotel....

Bagi mereka yang datang dari arah utara dan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), susur keluar adalah di Tg. Malim atau Bt. Beruntung atau melalui jalan lama Ipoh-KL. Dari Selatan susur keluar di Rawang atau Bt. Beruntung (Bt. Beruntung - alternatif untuk mengelakkan kesesakan di Rawang). Sementara dari Kuala Lumpur boleh melalui jalan Ulu Yam-Batang Kali atau Selayang-Rawang arah ke Utara (Ipoh). Dari Pantai Timur, boleh menggunakan laluan Genting-Batang Kali.

Jika anda dari arah utara, anda akan melalui Pekan KKB sementara dari arah selatan boleh menggunakan Jalan Ampang Pecah. MRSMKKB terletak berhampiran Darul Quran, PLKN, Kem Bina Semangat dan IKBN Peretak.

Kami dikelilingi hutan...tetapi hutan ini memberikan seribu satu rahmat. Kepada yang sudah terbiasa dengan hutan batu mungkin akan terkejut dan kata-kata "macamana anak saya nak hidup di sini...." atau "apa yang ada di sini..." itu sudah biasa kedengaran sewaktu kali pertama menjejakkan kaki di sini. Bagi yang telah lama di sini-KKB ada segalanya, kalau tak cukup boleh ke KL yang tak sampai sejam perjalanan...
Kami juga pernah mendapat komen yang baik dari seorang bapa yang mahu anaknya belajar di sini kerana 'persekitarannya' yang hijau dan sunyi daripada bunyi kenderaan.
Bagaimanapun, datang dan rasailah sendiri. Terpulang anda untuk menilai.

Selamat datang untuk pelajar baru MRSMKKB (benar2 baru...)

Ahad, Februari 07, 2010

Majlis Pelancaran Menu Ikan Air Tawar

Majlis Pelancaran Menu Ikan Air Tawar telah selamat disempurnakan oleh Dato' Ibrahim bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA pada Khamis, 4 Februari di MRSM Kuala Kubu Bharu.


Ia seiring dengan keputuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Jun 2009 yang bersetuju melaksanakan Dasar Bekalan Ikan Tawar ke Organisasi Kerajaan seluruh negara dan mensyaratkan bekalan ikan air tawar dijadikan sebagai menu di organisasi-organisasi kerajaan seperti asrama sekolah berasrama penuh, kolej, pusat latihan, kem tentera, penjara dan hospital sekurang-kurangnya seminggu sekali. Dasar ini telah diumumkan oleh YB Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 21 Jun 2009 semasa pelancaran Menu Ikan Air Tawar di Pasar Tani Mega Shah Alam, Selangor anjuran FAMA.


Jenis ikan yang dipersetujui adalah ikan keli, tilapia dan patin. MRSM KKB menjadi projek perintis MARA sebelum diperluaskan secara berperingkat ke MRSM dan Kolej MARA yang lain di Semenanjung Malaysia.


Majlis yang hanya bermula pada jam 12 tengah hari berjalan lancar dengan ucapan ringkas diikuti dengan penyerahan simbolik replika ais berbentuk ikan keli yang ditaja oleh pihak Dewan Selera. 'Press Conference' bersama pihak media diadakan sebelum makan tengah hari. Menu utama pula antaranya Gulai Lemak Ikan Patin dan Ikan Keli Goreng Berlada.

Bukan semua orang makan ikan air tawar dan inilah yang terjadi kepada tetamu yang dihampiri secara tiba-tiba oleh Datuk KP, menggelabah ambil tulang dari pinggan orang sebelah. Ada pulak tu terus cubit ikan masuk mulut dan kata "This is my first time..!". Macam mana? sedapkan? Bagi pelajar-pelajar maktab ini, ikan keli bukan baru kerana ia adalah antara menu kegemaran terutama sekali ikan keli goreng berlada. Tak percaya, tanyalah bekas tuan punya kafe maktab yang terdahulu...

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah-pengarah MARA, pengetua-pengetua MRSM terdekat dan sekolah-sekolah berhampiran.




Sabtu, Januari 30, 2010

KEM...KEM...KEM...

Tradisi MRSMKKB diteruskan...

Dalam sebulan saja sudah berlangsung empat kem :

1) Kem COS PMR

khusus untuk pelajar-pelajar Mentor (Cream of Students) tingkatan 3, diadakan di Kamaraishah, Ulu Tamu, Batang Kali pada 15 - 17 Januari lalu. Kem ini melibatkan 40 orang pelajar. Tidak seperti kebiasaan di mana berlangsung selama 3 hari 2 malam, kem kali ini hanya 2 hari 1 malam. Acara wajib setiap kali kem...BBQ...tetap diadakan. Program kem lebih ditumpukan kepada motivasi dan kepimpinan untuk kumpulan pelajar yang mengumpul TPNG atau mencapai PNG 3.50 dan ke atas sewaktu peperiksaan semester 2, 2009 (tingkatan 2). Majoriti pelajar adalah dari kelas C, manakala selebihnya dari kelas-kelas lain. Penyelaras PMR pada tahun ini ialah En. Mohd. Kefli Ismail atau lebih mesra dipanggil 'ayahanda' dan penyelaras COS PMR - Pn Suzieana Deraman. Komandan kem - Ust. Azharudin Mohd. Isa. Majlis penutup disempurnakan oleh TPHEK - En. Hussin Ghazalli atau Pak Hussin pada Sabtu, 16 Januari. Dalam ucapannya beliau mengingatkan pelajar tentang kepentingan kecemerlangan sahsiah dan kokurikulum seiring pencapaian akademik.


2) Kem Kepimpinan

Dalam masa yang sama, Kem Kepimpinan melibatkan pelajar-pelajar Badan Wakil Pelajar (BWP), Lembaga Disiplin Pelajar (LDP), Pembantu Pusat Sumber Pembelajaran (PPSP), Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan beberapa wakil Badan Amal dan Tarbiah (Badar). Pelaksanaan kem di dalam maktab sahaja (memandangkan kekangan bajet disebabkan langkah berjimat-cermat yang diambil oleh MARA dan perlu diikuti oleh maktab). Bagaimanapun, kem ini yang dihadiri oleh 57 orang pelajar mewakili sesi 2009/2010 berjalan dengan lancar dan ditutup dengan jayanya oleh TPHEA, Pn. Siti Hajar Mohd Rashid pada Ahad, 17 Januari. Jamuan BBQ diadakan pada sebelah petang bagi meraikan pelajar-pelajar ini. Penyelaras kem ialah Pn. Aniza merangkap penasihat BWP, manakala Ust. Mohd Jaamat bertindak sebagai komandan kem.

3) Kem Jati Diri SPM

diadakan pada 22 - 24 Januari bertempat di Kamaraishah. Kumpulan besar ini dibahagikan kepada lima kumpulan kecil mengandungi 10 orang pelajar dan seorang guru yang bertindak sebagai fasilitator. Modul kem kali ini agak berbeza memandangkan sebahagian daripada mereka pernah menghadiri kem yang sama sewaktu di tingkatan tiga. Tiada acara kembara sebab 'dah biasa' dan 'tahu sampai mana'...kecuali 'lawatan' ke kolam Air Panas selepas solat subuh sebagai program riadah. Bagaimanapun, malam BBQ wajib ada dimeriahkan dengan persembahan kumpulan yang cukup menghiburkan terutama dari kumpulan yang mempersembahkan iklan bertajuk "kau ok?kalau kau ok, aku pun ok...". Cukup menghiburkan hingga abang Syah ('pilot' maktab) gelak sampai semput.....:). Penyelaras kem tidak lain dan tidak bukan iaitu kak Ja (Pn. Nurhaniza Mokhtar - kaunselor) merangkap chef yang menyediakan sos BBQ, sambal kicap dan coselaw. Kepada ex-kkbian yg pernah menghadiri kem ini pasti ada pelbagai kenangan sama ada pahit atau manis... - (biasanya yang 'pahit akan manis akhirnya...').Majlis penutup disempurnakan oleh puan pengetua yang mana dalam ucapannya sempat 'bercerita' kepada kumpulan pelajar ini sebagai ingatan. Para pelajar pulang setelah selesai solat Zuhur dan mengemas tapak kem.

4) Kem Ibadah
Masa dan ketika ini, sedang berlangsung Kem Ibadah yang dikhususkan kepada ahli Badar (Badan Amal dan Tarbiah). Peserta kem terdiri daripada pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 berjumlah 62 orang. Kem ini juga dilaksanakan di dalam maktab dengan tempat utamanya di surau...bermula pada petang 29 Januari dan akan berakhir pada 31 Januari 2010. Majlis penutup dijadual disempurnakan oleh TPHEA, Pn Siti Hajar Mohd Rashid. Penyelaras kem Ust Mohd Jaamat, manakala barisan fasilitator didatangkan khas dari luar (mana ya..?). Kumpulan pelajar ini berkorban cuti hujung minggu menghadiri program ini memandangkan rakan-rakan lain pulang bermalam.

Kepada semua pelajar yang terbabit dengan kem-kem yang telah atau akan dilaksanakan, moga pendedahan seperti ini mampu memberi semangat dan pengetahuan baru yang dapat diadaptasi tidak hanya sewaktu berada di maktab tetapi sepanjang kehidupan yang bakal ditempuh.

Kepada barisan pelajar yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab kepimpinan, manfaatkan segala ilmu dan pesanan sebaik mungkin untuk meningkatkan mutu dan prestasi lagi badan yang diwakili.

Salam

Assalamualaikum wth,



Dah lama rupanya tidak menulis dalam blog ni. Kali terakhir berkenaan cuti pada 15 Oktober 2009. Jarak 3 1/2 bulan. Selama itu banyak yang tidak sempat kami paparkan.


Hujung-hujung tahun hampir semua sibuk dengan tugas hakiki - guru, ppsm dan pelajar sendiri. Akhirnya semua berlalu begitu sahaja walaupun ada dokumentasi program seperti Bara'an Desa MRSMKKB, peperiksaan PMR, SPM dan UKKM. Dan akibatnya blog ini terbiar dan tidak dikemas kini hingga tiga setengah bulan lamanya.



Insy'Allah, kami akan bermula semula walaupun bulan pertama tahun baru telah hampir tamat. Sepanjang tahun ini telah ada program-program yang telah dirancang dalam planner MARA dan maktab sendiri. Satu program adhoc juga akan berlangsung minggu hadapan ('menyelit'' dalam kekalutan maktab membuat persediaan menerima pelajar baru).


Ketiadaan Asyraf (StudenT) mungkin akan diganti oleh orang baru - kebiasaannya penyandang Presiden Kelab Sains Komputer. Kepada Muhammad Asyraf Maarof, terima kasih kerana turut membantu dan memeriahkan blog ini sepanjang tahun 2009. jasamu dikenang :).


Kepada pengikut blog ini sama ada Kkbian atau bukan, teruskan melungsuri laman ini untuk paparan aktiviti-aktiviti maktab dan juga sebagai salah satu cara kita berkongsi maklumat.


Terima kasih sekali lagi.wassalam.


Khamis, Oktober 15, 2009

CUTI SEHINGGA ISNIN 19 OKT. 2009

Makluman kepada SEMUA pelajar tingkatan 1 hingga 5, cuti sekolah DILANJUTKAN sehingga ISNIN 19 OKTOBER 2009. pelajar-pelajar akan kembali semula ke maktab pada tarikh berkenaan sebelum jam 630 petang. Pemberian cuti ini dimaklumkan kepada maktab melalui fax drp BPL(M) pada petang 15 okt. 2009.Semua pelajar telah pulang bercuti pada pagi dan tengah hari tadi selepas selesai majlis Graduasi. HARAP MAKLUM.

Isnin, Oktober 05, 2009

majlis restu dan solat hajat....

alhamdulillah pada hari sabtu yang lepas telah dilangsungkan dengan jayanya majlis restu dan solat hajat bagi mendoakan keberkatan dan kejayaan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi....
sambutan para ibubapa sangat menggalakkan, beberapa maklumbalas secara aktif turut diterima pihak maktab...
namun begitu amat dikesalkan kerana hari yang mulia ini turut dicemari dengan beberapa karenah nakal para pelajar terutamanya dari tingkatan dua...semoga mereka cepat berubah kerana bak kata pepatah; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...

Jumaat, Oktober 02, 2009

UKKM

proses pengambilan nombor pin bagi tujuan permohonan menduduki ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM telahpun bermula sejak isnin, namun tidak sebagaimana yang dijangka sambutan adalah amat dingin sekali, walaupun setelah mengambil kira permohonan nombor pin di PMD Hulu Selangor...
manakala bagi permohonan yang dihantar, hanya terdapat seorang calon sahaja yang mengisi borang permohonan atas talian menggunakan kemudahan yang ada di maktab...
kita tunggu dan lihat.....

Jumaat

hari ini jumaat sudah...para pelajar telahpun bermula sesi persekolahan pad ahari isnin lepas selepas cuti berhari raya tempohari....
tidak mengendahkan pesanan sebelum bercuti, terdapat segelintir pelajar membawa mercun ke asrama dan membakarnya tanpa menghiraukan situasi pihak lain...spotcheck dilakukan dan beberapa orang pelajar tertangkap membawa mercun...
pengajarannya, buat jahat jangan sekali

Isnin, September 21, 2009

gangguan bekalan elektrik

hari terakhir sebelum bercuti hari raya(khamis) telah berlaku 'major fault' dimana bekalan elektrik terputus sama sekali bermula jam 12.30tghari sehinggalah kira-kira 7.00petang. para pelajar bernasib baik kerana telahpun pulang bercuti, tinggallah warga maktab lain menanggung derita....

Khamis, September 17, 2009

Salam Lebaran

kepada semua warga maktab dan sesiapa jua yang membaca blog ini....kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin....
semoga berjumpa lagi selepas raya nanti...

dan sebagai tambahan, ini dia hasil karya pelajar dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selasa, September 08, 2009

pautan

pautan, bukannya paultan...
bukan apa, sekadar ingin berkongsi beberapa pautan menarik...

http://hasmahmm.blogspot.com/2008/09/majlis-restu-mrsm-kkb.html
http://iejahazliza.blogspot.com/2008_11_01_archive.html
http://mrsmstudents.ning.com/
http://surayaanuar.blogspot.com/2007/12/interview-with-mrsm-kkb-juniors-coffee.html

Ahad, September 06, 2009

Selasa, September 01, 2009

pagi yang dingin

kepanasan malam tadi rupanya membawa kepada hujan yang lebat pada pagi ini setelah beberapa hari kuala kubu bharu berpanas.....hampir pasti ramai yang akan mendapat selesema...kepada semua warga pastikan anda menjaga kebersihan dari semua aspek demi kesihatan...

Isnin, Ogos 31, 2009

kembali.....

hari ini semua pelajar kembali ke maktab...senario yang sama, kelihatan ada yang keberatan meniggalkan anak-anak, begitu juga ada anak-anak yang keberatan ditinggalkan. namun ada juga yang gembira tak terkata berjumpa kembali dengan rakan-rakan seperjuangan...
walau apapun, diharapkan para pelajar sempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini dapat menjaga sahsiah dan tatasusila masing-masing serta saling nasihat menasihati antara satu sama lain....
SELAMAT KEMBALI DIUCAPKAN
dan SELAMAT HARI MERDEKA KE-52 untuk semua

Sabtu, Ogos 29, 2009

salam ramadhan

rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam ramadhan kepada semua pembaca muslim khasnya...semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sudah dan mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan ramadhan yang akan datang...
seminggu bercuti dan para pelajar berpeluang berpuasa bersama keluarga masing-masing. pelajar tingkatan lima khabarnya akan pulang awal sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, selamat maju jaya untuk anda semua dan semoga pengorbanan ini berhasil untuk anda....amin...

Selasa, Julai 28, 2009

JAMBORI PANDU PUTERI MRSM SEMALAYSIA

LAPORAN JAMBORI PANDU PUTERI MRSM SEMALAYSIA
KALI KEENAM, 2009

Pasukan:Pandu Puteri Renjer/Pandu Puteri Remaja Cawangan MRSM Kuala Kubu Bharu,Selangor
Zon:Barat
Tarikh:22 – 25 Julai 2009
Tempat:Putra Beach Camp, MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu
Jumlah Pelajar:24 orang
Pemimpin:1. Nurzafirah Nasoha (Pandu Puteri Remaja)
2. Nurul Alyaa Ahmad (Pandu Puteri Renjer)

Keputusan Pertandingan :(belum dapat disenaraikan)

Tarikh : 22 Julai 2009
Masa bertolak : 2.00 pagi
Tiba di Kota Putra : 2 ptg

Bertolak balik : 25 Julai 2009
Masa : 12 tgh
Tiba di KKB :

Pesta Kerjaya dan Pendidikan IPT 2009

kembali lagi...kali ini lebih meriah dan lebih hebat!!!

AKTIVITI:ceramah kerjaya, pameran dari agensi : IPTA, IPTS, NGO dan badan berkanun,jualan buku-buku terbitan SASBADI, Karangkraf dan lain-lain, serta pemeriksaan kesihatan PERCUMA.

penganjur utama : SASBADI Sdn Bhd
rakan penganjur : MRSM Kuala Kubu Bharu
tempat : MRSM Kuala Kubu Bharu
tarikh : 31 Julai hingga 1 Ogos 2009
masa : 8.30 pagi - 5.00 ptg

Terbuka kepada SEMUA..!!!Hadirlah beramai-ramai..!!!
penyelaras program : kaunselor 2 : Nursarmila
ex-officio : Nurhaniza Mokhtar (kaunselor 1)

(haha-mcm promo SureHeboh)

Isnin, Julai 27, 2009

hari ko-q

pada hari sabtu lepas telahpun diadakan sambutan hari ko-q bagi tahun ini, bersempena dengan hari sekolah gantian....jika ada sesiapa/mana-mana pihak sudi untuk menyumbangkan sebarang artikel untuk program ini bolehleh berhubung secara langsung dengan saya di psp - Muhaimi-

Bas Baru

sukacita dimaklumkan maktab telahpun menerima sebuah bas serba baru....insya Allah gambar akan menyusul kemudian...

Isnin, Julai 06, 2009

Kenduri Doa Selamat Rumah Pn Suzi - 4th July, 2009

Puan Suzianti telahpun mengadakan kenduri doa selamat sempena memasuki rumah baru beliau di Rawang. Majlis berkenaan telah dihadiri warga maktab termasuk Pn Siti Fatimah serta Pn Siti Hajar....
Terdapat album Facebook ihsan Kak Ja Kaunselor, terima kasih diucapkan...

Sabtu, Julai 04, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Akademik

bagi menghargai para pelajar yang telah mencapai kecemerlangan di kalangan yang cemerlang, telah diadakan satu majlis penganugerahan sebagaimana tradisi setiap tahun. majlis berjalan dengan lancar, turut mendapat pujian adalah pengacara majlis yang begitu mantap dan mendapat pujian langsung dari naib yang dipertua muafakat cawangan mrsm kkb, syabas. En Mohd Radzuan selaku naib yang dipertua muafakat telah mewakili yang dipertua muafakat untuk merasmikan majlis yang mulia ini.tidak ketinggalan puteri beliau, NUR NAZIFA SYUHADA BINTI MOHD RADZUAN turut dianugerahkan ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI bagi kategori TINGKATAN 3. tahniah dan syabas diucapkan....

Ahad, Jun 14, 2009

Nadwah Islamiah 2009

Pada tahun ini MRSM KKB menjadi tuan rumah untuk program Nadwah Islamiah MRSM Peringkat Kebangsaan pada 15 hingga 17 Jun 2009. Sebelum ini program ini diadakan di MRSM Pontian. Segala perancangan, persiapan dan persediaan diadakan semenjak hampir empat bulan lepas dan sentuhan-sentuhan terakhir masih giat dijalankan sehingga hari ini...
Semoga program berkenaan akan diberkati dan mendapat sambutan serta berjalan lancar dengan jayanya hingga ke majlis perasmian dan penutup pada 17 Jun nanti.

Sukan MARA Kali Ke VI 2009

Sebagaimana tradisinya, pada tahun ini diadakan Temasya Sukan MARA, yang diadakan setiap tiga tahun sekali.
Kali ini Johor menjadi tuan rumah dengan temasya ini berlangsung di nun jauh pedalaman bandar Penawar huhuuuuu....tidak kurang bersemangat warga MRSM KKB, terdiri daripada para guru dan kakitangan yang mewakili Selangor. Mereka adalah...

1. Najib (pengurus petanque)
2. Azli (pengurus futsal wanita - phewwieett)
3. Suhaimi (pengurus memanah)
4. Rohaimi, Azhar, Khairol, Pozi - memanah
5. Hj Nizar, Fitri, Shah - petanque
6. Dayana, Zeezee, Haizun, Eiyta, Sahani - futsal wanita
7. Husin, Zainin - bola penampar
8. Wadi, Awien - bola sepak
9. Hasbullah - badminton

Isnin, Mei 04, 2009

jamuan desa....






seperti yang dijanjikan dna dijadualkan...siri jamuan desa kembali ke rumah Pn Siti Fatimah. menu kali ini cukup hebat iaitu nasi minyak disertai dengan kurma kambing...tidak ketinggalan seperti biasa menu buah-buahan tempatan serta buah-buahan import dan cukup istimewa, kerabu sotong....
kelihatan pn siti serta baba begitu bersemangat melayan para tetamu....
Alhamdulillah.....

Sabtu, April 18, 2009

Science Fair n' Hari Bumi

bertemakan warna hijau, science fair dan hari bumi diadakan serentak. sebilangan pelajar mengambil peluang menyertai kuiz falak....cuba teka siapa paling hijau ? hijaunya...

Fire Drill...

sebagaimana yang telah direncanakan, 'fire drill' telah diadakan pada tengahmalam tadi. ketiadaan siren tidak menghalang ujian diadakan namun 'kebocoran' informasi menjadikan keadaan di asrama pelajar lelaki sedikit 'huru-hara'.
masa yang diambil untuk 'evacuate' asrama lelaki memang tidak memuaskan. ramai yang berlenggang kangkung dan berbual2 sepanjang berjalan kaki ke padang...akibatnya, ramai 'rentungs'.....cikgu azdi berjaya menyelamatkan diri, mangsanya seorang pelajar yang tidur mati....kesian mereka...

Ahad, April 12, 2009

Minggu Bahasa Zon Barat 2009

Bertempat di MRSM Kuala Lipis.Berlangsung selama 3 hari 2 malam.MRSM KKB tak ketinggalan menghantar wakilnya seramai 33 orang.Kontijen KKB diiringi oleh Cg. Nizar, Ms. Aniza, Ms Alyaa dan Ms. Sandra.Kami bertolak mengikut jalan lama ke Raub.Memang memeningkan dengan jalan yang bengkang-bengkok dan agak lama.Dua kali tido bangun balik pun x abis-abis lagi.Kami sampai pd 1.30 ptg dan disambut mesra oleh BWP sana.MRSM Lipis berbeza dengan KKB kerana jarak antara bangunan dengan bangunan lain agak rapat berbanding dengan KKB yang jaraknya jauh antara satu sama lain.Pelbagai pertandingan telah berlangsung sepanjang tiga hari, antaranya ialah Public Speaking, Forum Remaja, Dramafest, Syair, Sajak, Story Telling, Pidato dan banyak lagi.Pada petang hari kedua, cg nizar telah bwa kami berjalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lipis dan sempatlah kami berjalan-jalan ke pasar malam di Bandar Lipis.Satu yang uniknya ialah batu di tepi jalan yang bernombor 0 menandakan kiraan bermula di situ.Majlis penutup pada hari ketiga telah berjalan dengan lancarnya walaupun agak mengantuk.MRSM Serting sepertinya telah menjuarai banyak pertandingan diikuti dengan MRSM KoKi.MRSM KKB telah menjuarai Public Speaking(Open) oleh Salman Ayassy(Presiden BWP), Public Speaking(Lower Form) oleh Saranyah,Syair oleh Syazwan, Pidato Menengah Atas(Kedua) oleh Hisham, Story Telling(Kedua) oleh Daniel. Kami bertolak pulang pada jam 3.30. Kali ini kami ikut lebuh raya..aman sikit..x de nk pening2 kepala..Dalam perjalanan, kami singgah McD di Genting Sempah.Banyak student diambil oleh parents kat sini.Kami teruskan perjalanan kami melalui jalan ke Genting Highlands seterusnya tembus ke Batang Kali.Kami sampai di maktab dalam pukul 8 malam dan asrama gelap gelita kerana pelajar pulang bermalam....Secara tak rasminya dengar2 MRSM KKB dapat no 3 utk minggu bahasa kali ni.....

the transition....

untuk makluman, syarikat yang menguruskan bekalan makanan bermasak di dewan selera telahpun ditamatkan perkhidmatannya semalam dan digantikan dengan pengusaha lain berikutan perkhidmatan yang kurang memuaskan...
saat-saat kritikal peralihan semalam berlangsung hampir tanpa sebarang masalah. adalah diharapkan mutu bekalan makanan untuk para pelajar boleh mencapai tahap terbaik selepas ini...

Jumaat, April 10, 2009

pot luck majlis perpisahan pn suriah dan pn ermalawati

pada 30 mac yang lepas telah diadakan satu majlis ringkas meraikan pn suriah dan pn ermalawati yang bakal berangkat ke HQ. turut tidak ketinggalan para warga yang menyambut hari ulangtahun juga diraikan bersama....
kepada pn suriah dan pn ermalawati, selamat maju jaya diucapkan

update on the journey to gua tempurung...

click here

Khamis, April 09, 2009

BUSTED!!!

memandangkan aduan yang diterima semakin menjadi-jadi, satu siri spotcheck telah diadakan di asrama pelajar lelaki. hah! bermacam-macam dijumpai...paling banyak adalah seluar jeans, handset, rokok.....warden-warden kepenatan tapi sasaran tercapai. kepada para pelajar yang 'terkena' tu, lain kali ingatlah...peraturan tetap peraturan, wajib dipatuhi dan jika dah buat salah tu, terimalah hukumannya.....

Sabtu, April 04, 2009

Angkasawan Pulang ke Gagang II

Segala persiapan adhoc bagi menyambut kehadiran angkasawan pertama negara, datuk dr sheikh muszaphar shukor sheikh mustapha yang hanya bermula selasa lalu, akhirnya berjaya juga disempurnakan. walaupun majlis hanya bermula pada jam 11.00 pagi, para pelajar dan guru beserta beberapa kakitangan telah membuat persiapan seawal jam 8.00 pagi. manakala para pelajar menunggu di dewan sejak jam 9.00 pagi.
beliau tiba pada jam 11.00 pagi dan diiringi oleh beberapa timbalan-timbalan pengetua mrsm dan wakil ANSARA. sejurus selesai ucapan pengetua, beliau telah mengambil tempat di bahagian bawah pentas dan bercerita mengenai pengalamannya bermula dari impiannnya semasa kecil, zaman persekolahan, proses pemilihan untuk program angkasawan, latihan, semasa di angkasa dan sehingga pulang ke bumi setelah 10 hari berada di ISS.
para pelajar juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan dan kesempatan ini diambil sepenuhnya walaupun terdapat pelajar yang kecewa kerana jumlah pelajar dihadkan. keseluruhan sesi mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit dan sebelum mengakhiri sesi ceramah, beliau telah menasihati para pelajar supaya menyimpan cita-cita walaupun dianggap mustahil oleh orang lain, berusaha bersungguh-sungguh dan menghormati guru...
sesudah itu acara bergambar bersama-sama guru-guru turut diadakan dan seperti mana sewaktu masuk, para pelajar juga berebut-rebut bersalaman sewaktu beliau berjalan keluar meninggalkan dewan untuk sesi autograf di bilik seminar.
hanya kira-kira 10 minit di bilik seminar, beliau terus meninggalkan majlis dan pulang menyebabkan sesi fotografi bersama pelajar terpaksa dibatalkan. majlis berakhir pada jam 12.45 tengah hari iaitu dua jam 15 minit lebih awal daripada jadual asal...
bagaimanapun, diharap segala pengalaman dan perjalanan menggapai impiannya akan terus menjadi motivasi dan inspirasi kepada kita semua terutama pelajar. peganglah segala nasihat dan pesanannya yang baik kerana kita tidak boleh memandang atau menilai peribadi kepada orang yang memberi nasihat. fikirkan dan ambillah yang positif kerana sesungguhnya manusia itu serba kekurangan walau sehebat mana pun dia dipandang oleh manusia lain.

Jumaat, April 03, 2009

Angkasawan Pulang ke Gagang

MRSMKKB akan menerima kehadiran Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pada Sabtu, 4 April 2009 ini sempena pogram Angkasawan Pulang ke Gagang. Majlis akan berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di dewan Al-Ghazali. Lima buah maktab berhampiran dan tidak ketinggalan tiga buah sekolah terdekat turut dijemput dan akan menghantar wakil pelajar untuk turut sama mendengar pengalaman dan bersua muka dengan beliau. Datuk Dr SMS dijadualkan memberikan ucapan berkenaan pengalaman beliau sepanjang program angkasawan berjalan dan semasa tinggal di ISS. moga kehadiran beliau akan menyuntik semangat baru kepada semua pelajar dan mereka yang hadir kelak.

Sabtu, Mac 28, 2009

EARTH HOUR 2009

blok A/B

sekitar maktab

nampak gigi je...

goreng fries bertemankan cahaya lilin...

cahaya lilin semata-mata

blok F/K
Warga maktab turut tidak ketinggalan dalam menjayakan kempen Earth Hour - fight global warming. bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam semua lampu di blok asrama, blok akademik, surau dan dewan selera (kecuali dapur) telah dipadamkan untuk satu jam. terima kasih kepada semua kerana memberikan sokongan dalam menjayakan kempen ini. malahan ahli PUM sanggup menggunakan lilin dalam kiosk mereka sambil menggoreng fries.jangan hangus sudahlah. demi Earth Hour!. kafe juga turut memberikan sokongan. pemerhatian di sekitar kawasan maktab mendapati keadaan seperti biasa : terang benderang! bagaimanapun KBS/PLKN turut bergelap sebahagiannya (mungkin juga mereka memang tiada di bilik)tetapi suasana di pekan kkb tidak diketahui. kepada yang seronok sangat masa bergelap tu : kalau ada buat 'benda lain' ingat satu je : ALLAH dan malaikatNya tetap nampak walaupun cikgu/warden tak nampak...!terima kasih sekali lagi kerana sikap sporting masing-masing. sumbangan sekecil ini akan menjadi besar dan bermakna jika ada kerjasama semua...bravo!

Mesyuarat Agung Koperasi kali ke 5....

semalam, 27 mac 2009 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Koperasi kali ke 5 yang diadakan di Dewan Besar Al-Ghazali. para pelajar dikehendaki berkumpul di dewan pada pukul 3 petang. tapi jenuh menunggu, mesyuarat hanya dimulakan pada pukul 4 petang. tertidur2 dibuatnya budak-budak tu menunggu. akhirnya, mesyuarat itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Hussin bin Ghazali selaku pengerusi koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu. kemudian mesyuarat diteruskan dengan cadangan untuk mempengerusikan majlis. pelbagai gelagat dapat dilihat ketika para pelajar memberi cadangan. al maklumlah mereka ni mana pernah datang mesyuarat formal macam ni. tetapi apa pun, mesyuarat telah dijalankan dengan jayanya walaupun ramai pelajar lena dibuai mimpi ditambah pula hujan lebat. mesyuarat ini dihentikan seketika apabila wakil suruhanjaya koperasi malaysia(SKM) datang merasmikan mesyuarat walaupun sepatutnya majlis tersebut dirasmikan sejak awal lagi. akhirnya majlis tersebut bersurai pada pukul 6 petang.

Ahad, Mac 22, 2009

gua tempurung...the journey....

blogger tak ikut sama xpdc nie.....but it looks interesting, should give it a try next time ;p

photos courtesy of mr suhaimi
and if there are anybody else want to share their bits, i'll appreciate it much and credit will be given :)

Jumaat, Mac 13, 2009

cuti lagi....

cuti pertengahan semester telah pun bermula dan para pelajar telah berangkat pulang hari ini. kali ini mereka hanya dibenarkan balik pada jam 2.30 petang, selepas sembahyang jumaat termasuk yang pulang dijemput keluarga masing-masing.

bagaimanapun terdapat beberapa orang pelajar tingkatan 3 dan 5 yang mengikuti PROTEM (program terus maju). ini adalah program tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru khusus untuk pelajar yang berada dalam kedudukan 30 kebawah (gpa). terdapat juga pelajar yang mengikuti program secara sukarela. tuisyen ini akan berlangsung sehingga isnin. nampaknya hari selasa baru boleh balik ke rumah..tak mengapalah..berkorban masa seronok tu sekejap demi masa depan...

Rabu, Mac 11, 2009

lawatan dari SMK Syed Mashor

pada hari ini maktab menerima sejumlah tetamu dari SMK Syed Mashor yang mana merupakan sebahagian daripada PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MRSM KKB: SEHARI BERSAMA PELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)SEK MEN SYED MASHOR BATANG KALI

OBJEkTIF
Memberi khidmat masyarakat kepada sekolah berhampiran dengan MRSM Kuala Kubu Bharu

Membuka laluan hubungan kerjasama di antara MRSM KKB dan SMKSM

Memberi motivasi dan rangsangan kepada pelajar KRK yang akan menduduki PMR nanti

Sepintas Kata Secebis Bicara Yg. Bhg. Pn. Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu
Assalamualaikum w.b.t,
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, Program Khidmat Masyarakat MRSM KKB: Sehari Bersama Pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) bagi tahun 2009 dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Program ini terutamanya barisan pendidik, kakitangan dan pelajar-pelajar PRS.
Saya berharap pelajar dapat memanfaatkan pengalaman yang ditimba kerana penglibatan pelajar secara tidak langsung telah mengasuh pelajar untuk menguasai kemahiran-kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan. Semoga pelajar-pelajar cemerlang dari aspek akademik, tinggi akhlaknya, menguasai ilmu dan kemahiran, berketerampilan dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pn. Siti Fatimah bt Hassan

hujan....

"hujan yang turunnn...bagaikan airmata....", bagai kata allahyarham Sudirman
hari ini hujan turun dengan lebat sekali bermula kira-kira jam 3.00 petang.
kemungkinan akan ramai mendapat selesema memandangkan cuaca di maktab adalah agak panas dan kering sebelum ini

Ahad, Mac 08, 2009

tayangan.....

malam tadi telah diadakan satu program tayangan filem, dianjurkan oleh homeroom cik najmen.
tajuk filem adalah Taken lakonan Liam Neeson dan lain-lain....boleh tahan filemnya, tapi terpaksa hantar pelajar ke hospital dan tak berkesempatan menonton bersama-sama....
tayangan tamat hampir jam 11.30 malam setelah dimulakan lewat, hampir jam 9.40 malam....
tahniah kepada homeroom kerana menjayakan tayangan dengan lancar sekali, melainkan permohonan yang dihantar terlalu lewat sebenarnya....
SYABBASSSS!!!!

Sabtu, Mac 07, 2009

majlis pelancaran kecemerlangan SPM dan PMR...

pada hari khamis, 5 mac 2009 yang lepas telah diadakan satu majlis gilang gemilang bagi melancarkan dan merasmikan program kecemerlangan SPM dan PMR 2009.
program ini dirasmikan oleh wakil jemputan khas dari BPL(M), Tn Hj Arshad yang merupakan Timbalan Pengarah Pembangunan Kurikulum...
majlis diserikan dengan paluan kompang serta alunan gamelan Gemalai Sari yang merupakan tradisi turun temurun di MRSM KKB yang gemilang, cemerlang dan terbilang ini...
gambar sepanjang majlis boleh dilihat disini....

uptime!!!

ok, finally....after dedicatedly 'struggling' in the server room for a few hours on this weird saturday morning...the connection is coming back up again!
but the RM24k tipping point firewall is not really in its peak since the configuration is missing here and there, so prepare for the worst within three weeks to come!
aiseh speaking pulaks...saja je melepaskan perasaan pagi sabtu...

downtime....

makluman, talian internet dalam maktab mengalami gangguan serius, berpunca daripada kerosakan firewall, yang mana kerosakan berkenaan pula berpunca daripada gangguan bekalan elektrik(masih misteri) yang berlaku di Bilik Server sebanyak dua kali, iaitu pada hari ahad dan isnin, semuanya pada waktu lewat malam/awal pagi...

jadi sebarang komunikasi menggunakan internet adalah sangat-sangat terbatas sehingga firewall berkenaan dapat dipulihkan...

sebarang kesulitan, amatlah dikesali..

Isnin, Mac 02, 2009

kebersihan asrama....

ronda asrama pagi nie...bila sampai jer di asrama, ketua warden dah ada...
atas permintaan ketua warden, pemeriksaan dilakukan kepada bilik pelajar2 tingkatan lima di tingkat atas....
hasilnya - MENARIK! bilik2 pelajar tingkatan lima umumnya amat bersih, malah ada yang berbau harum....tinggal lagi ada banyak yang menyidai tuala di dalam bilik serta meletakkan kasut di atas tembok koridor...buruk mata memandang, akhirnya item2 berkenaan(yang tidak dibenarkan) melayang terbang ke tanah....apart from that, GOOD JOB form 5 students...bilik you all mmg bersih, rasa nak jer bagi peluang pelajar2 puteri melawat ;p

KEM KEPIMPINAN 2009

Kem Kepimpinan khusus untuk BWP, LDP dan beberapa orang ahli Badar (Badan Dakwah dan Kerohanian) telah diadakan di Kamar Aishah Resort, Ulu Tamu, Batang Kali pada 27 & 28 hingga 1 Mac 2009.
seramai 42 orang pelajar menyertai kem yang antara lain bertujuan untuk memantap dan memperkasakan badan perwakilan pelajar yang banyak membantu urusan maktab. peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 5. kursus ini lebih banyak memberi pendedahan dan maklumat berkaitan kepimpinan seperti mengendali/membuat minit mesyuarat, kertas kerja, pengucapan awam, protokol, komunikasi asertif dan Budaya MRSM. penceramah terdiri daripada timbalan-timbalan pengetua akademik dan kokurikulum, guru-guru cemerlang dan ketua jabatan. walaupun masa yang singkat dan maklumat yang disampaikan terhad, ia sedikit sebanyak dapat membentuk ciri-ciri pemimpin seperti yang diperlukan antaranya: berkaliber, bertangungjawab, dedikasi, berpengetahuan dan amanah.
hujan lebat yang turun hampir setiap hari menyebabkan paras air sungai meningkat dan agak keruh. acara meredah sungai seperti yang dilakukan dalam kem2 terdahulu tidak dapat dijalankan kali ini. bagaimanapun, mereka dibawa berjalan oleh komandan kem, cikgu nasir sehingga ke kolam air panas di ulu tamu sambil setiap kumpulan membawa plastik sampah untuk mengutip sampah-sampah bukan organik yang terdapat di sepanjang perjalanan. setibanya di kolam air panas, mereka diberi peluang merasai tahap kepanasan air di situ.
sebelah malamnya pula..acara tradisi-BBQ. orang kuat tentunya kak ja kaunselor...semua bahan beliau yang sediakan. kalau dia tak ada, tak ada la BBQ...tukang jaga api pulak en zainin dan cik adlin (ambik tempat ayah...hehe). TPHEK, en 'pak' hussin bermurah hati menaja udang dan kerang. Bagaimanapun, kerang hanya dikhususkan kepada ajk sahaja bagi mengelakkan terjadi masalah yang tidak diingini. malam tu masing2 kekenyangan makan ikan siakap, udang, sosej, potato salad, ditambah nasi goreng cina, bihun, air sirap bandung....
ucapan ringkas tetapi bermakna daripada puan pengetua menutup secara rasmi majlis berkenaan pada keesokan hari. dalam ucapannya bonda pengetua mengingatkan para peserta supaya memegang tanggungjawab yang diamanahkan dengan amanah dan dedikasi . beliau juga turut menegur segelintir pemimpin pelajar yang hanya bangga memakai pakaian rasmi BWP/LDP tetapi tidak bersungguh dalam menjalankan tugas.
turut sama dalam majlis ini ialah TPHEP Tn. Hj. Abd. Ghani Yahya, TPHEK En. 'Pak' Hussin Ghazalli, penyelaras kem Pn Disdi Munah Mad Saman, komanden kem En Mohd Nasir Mohd Faroji dan barisan ajk yang terdiri daripada guru dan kakitangan.
majlis diakhiri dengan makan tengah hari dan usai acara makan dan solat zuhur, acara mengemas pun bermula. Peserta bertolak balik ke maktab pada kira-kira jam 3.00 petang.
minggu depan, di tempat dan masa yang sama akan berlangsung pula kem jati diri tingkatan 3 dan 5.

Ahad, Mac 01, 2009

mesej dari doha

baru sahaja mendapat emel dari ustaz azharuddin.....nampaknya beliau baru sahaja menerima mesej dari doha, dan buat yang masih mengingati, terutamanya anak2 didik ustazah aishah....saksikan...

kembali ke asrama...

dua malam tanpa 'bintang', heh...dua malam bermalam dengan keluarga, para pelajar harus kembali ke asrama selewat-lewatnya jam 6 petang hari ini. diharapkan semua pelajar dapat kembali dengan selamat, semangat dan tekad - ingin menjadi lebih baik, lebih cemerlang, lebih bersih dan bersahsiah.
kami di maktab sentiasa menantikan kehadiran anda, dengan hati dan terbuka...disinilah kami, selamanya...selagi ada mrsm kkb....